Rabu, 29 April 2020

RAGAM MACAM-MACAM RUMAHTANGGA (siri 2)


MACAM-MACAM RAGAM RUMAHTANGGA (siri 1)

30hb April 2020, Seremban

Betul dah kata ustaz tu.. setiap kali pasangan bergaduh mesti ada ruang perdamaian atau saat ketikanya boleh bertolak ansur. Maka para pasangan kena gunakan masa yang terhad itu bagi memperbetulkan semula masalah-masalah rumahtangga sesama suami isteri. rumahtangga kita adalah milik kita jangan diberikan campurtangan orang ketiga melainkan kita sudah tidak mampu lagi  namun dapatkanlah nasihat dari yang pakar dan betul.

Aduh, jangan lah kerana yang baharu kita burukkan yang lama. Bila kita mabuk bercinta maka kita akan jadi buta dan dibutakan. Maka para pasangan semua kena tabah jika berlaku krisis dalam rumahtangga dan dapatkan nasihat yang betul sebaiknya. jika berpolgami sekalipun janganlah sampai mengaibkan pasangan yang sedia ada. Busuk-busuk mereka pun, dialah yang bersama semasa kita membina kerjaya. manusia memang mudah lupa. 

kikikiki... bukan main senang hati abg Jamil dengar lagu ini. Namun, banyak perkara yang perlu difikirkan dan diambil berat dan bukan semudah itu mahu bernikah lagi dan lagi. Jika ada kesangsian dan pertanyaan adukan kepada kami.

FASSO 014 642 0014

Jumaat, 24 April 2020

Nikah Online, kerisauan para isteri

25 April 2020 -  Semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini banyak pula isu yang timbul yang melibatkan isu-isu syariah dan undang-undang keluarga Islam memandangkan istilah 'new normal' ni sedang melazimi kita sebagai rakyat Malaysia biasakan yang baharu dan baharukan yang dah biasa. Bagi yang dah biasa bekerja apabila disuruh duduk ontok-ontok(diam-diam) di rumah maka mati kutu dibuatnnya sehinggakan ada yang mengatakan banyak berlaku kes-kes penceraian namun sejauh mana kebenarannya belum dibuktikan lagi. Apa yang pasti ramai ayah-ayah yang telah bertukar profession menjaga anak-anak mereka bahkan menjadi suri rumah jika si isteri bertugas di barisan ahadapan di hospital.


Manakan tidaknya, bila perintah berkurung dan had pergerakan menjadikan maslaah kepada mereka yang berpoligami secara penjarakkan, maksudnnya pasangan pertama dan kedua tidak tinggal berdekatan dan berjauhan pula, apatah lagi kaalu yang rentas sempadan. Kasihan..


Namun apa yang hendak diperhalusi dalam topik kali ini bukanlah topik tersebut tetapi isu yang hangat diperkatakan ialah berkaitan 'NIKAH ONLINE".


Bagi mereka yang belum memahami isu ini sehingga menimbulkan guraun di media sosial apabila si suami yang lama menghadap laptop dimarahi si isteri kerana menimbulkan syak seolah-olah mahu bernikah secara online.

Baik, bagi menjawab tuduhan netizen terhadap memudahkan pernikahan maka hendaklah diperhalusi dahulu nikah online yang dibenarkan di jabatan agama Islam negeri-negeri di Malaysia ini hanyalah:
1. kes-kes pernikahan yang mendesak
2. Permohonan dan kebenaran telah diperolehi sebelum tempoh PKP
3. Tiada unsur penipuan
4. Bukan semua majlis akad boleh dilangsingkan secara online, hanya yang dibenarkan oleh jabatan agama sahaja.

Legakan para isteri apabila dengar macam ini....  hubungi kami

014 642 0014

Ahad, 18 Ogos 2019

Mengapa memilih FASSO

Kenapa anda perlu melantik kami menguruskan kes-kes syariah ANDA?

1. Berpengalaman
2. Beramal di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
3. Belajar kedua-dua disiplin ilmu Syariah dan Sivil
4. Mempunyai staff dan pengurusan sendiri
5. Mempunyai penasihat syariah yang juga bekas Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan

Penasihat Syariah FASSO Dato Haji Mohammad (Mantan Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan dan Hakim Rayuan Syariah Malaysia)

Kami tunggu anda hubungi kami
014 642 0014

Kesan Akta Peguam Syarie dan Klien

18hb Ogos 2019, Kajang Bangi - Menjadi peguam syarie bukanlah satu kebanggaan dan kelebihan. Bukanlah tiada peguam syarie yang bercerai atau disaman oleh pihak isteri kerana kes-kes mahkamah namun apabila kaedah peguam syarie sebelum ini diselian oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri telahpun diambil oleh badan profesional maka akan berlaku beberapa kesan dan menaikkan taraf proesionalism.

Hari ini, ada pihak klien yang tidak berpuashati dengan tindakan peguam mereka telahpun menyerang semula peguam mereka sendiri 'back fire' dengan membuat aduan kepada jawatankuasa disiplin peguam syarie dan tidak kurang juga yang membuat tuduhan palsu melalui report polis akibat daripada ketidakpuashatian mereka. Hal ini dapat dibendung dengan wujudnya akta peguam syarie yang mengikat dan menjaga tingkah laku peguam dan juga klien agar tidak berbuat sesuatu yang melampau.

Peraturan yang sedia ada adalah di bawah Kaedah-kaedah Syarie 1993. Setelah sekian lama, peruntukan di dalam kaedah-kaedah ini didapati tidak mencukupi bagi aspek pentadbiran dan pengawalseliaan profesion guaman syarie. Ia hanya meliputi perkara berkaitan kelayakan, penerimaan masuk dan aduan terhadap peguam syarie. Kaedah-kaedah sedia ada dilihat kurang berkesan untuk menjamin kepentingan dan kebajikan peguam syarie serta klien peguam syarie.

Penyakit-penyakit klien:
1. Dia rasa peguam kena ikut cakap dia kerana dia yang bayar.
2. Asyik-asyik nak telefon dan berjumpa sebab dia kata dia dah bayar. Sedangkan baru bayar open file.
3. Maki-maki hamun peguam sebab dia rasa dia bayar
4. Ada klien lelaki sibuk mengacau staff wanita yang masih bujang.
5. Ada yang peguam dah terangkan tapi tetap buat tak faham dan nak eknakan peguam.
6. Susah nak bayar dan lari-lari bila minta duit sedangkan kes dah selesai atau menang.
7. Bila dia lantik dan apabila dia tidak suka dia minta balik semula duit yang telah dibayar kepada peguam. Seperti bila ke klinik dan doktor bagi ubat dan tidak sembuh, tidak pula dia minta balik duit dari doktor.

Akibat daripada penyakit-penyakit klien yang sedia ada, menyukarkan lagi para peguam bijaksana melaksanakan tugasan dengan baik dalam semua keadaan. Lagi-lagi jika tunggakan bayaran fee daripada klien boleh mengakibatkan 'masalah besar' kepada operasi sesebuah firma guaman di Malaysia. Apatah lagi bila Akta Guaman Syarie dilaksanakan maka terepat kesan-kesan lain kepada bidang ini pula seperti:
1. Fee guaman akan meningkat
2. Klien akan mencari jalan 'memurahkan' kes nya dengan mencari agen atau ulat-ulat mahkamah dan akan makin berleluasa
3. Pelanggan sewajarnya menggunakan khidmat peguam
4. Kes-kes akan meningkat kepada peguam kerajaan bagi yang tidak berkemampuan
5. Seterusnya, pelapi dari graduan-graduan muda akan berkira-kira untuk memasuki bidang guaman

Sebagai kesimpulannya, bagi peguam janganlah khuatir dan bimbang kerana rezeki telah pun ditetapkan oleh Allah dan bagi klien pula boleh mengkaji terlebih dahulu latar belakang peguam tersebut sebelum memilih mereka mewakili kita. Akhirnya, kedua-dua pihak dikira beruntung apabila telah melaksanakan tugasan masing-masing.

kami FASSO 014 642 0014


Rabu, 12 September 2018

CERAI di Thailand???

13,Sept2018 - Sebagaimana ada di kalangan pasangan pada hari ini memilih untuk berkahwin di luar negara atas pelbagai faktor maka ada pihak-pihak yang ingin bercerai juga memilih dengan jalan seperti ini namun penulisan ini akan membawa kepada penjelasan dan maklumat siapa yang boleh dan apakah implikasi perundangan terhadap mereka. Jangan ambil mudah kes-kes sebegini.


PERKAHWINAN DI LUAR DARI MALAYSIA

Mereka yang bernikah di luar negara dan memilih lokasi pernikahan adalah bersandarkan beberapa faktor:
1. Tiada wali
2. Mahu sorok daripada isteri pertama kerana berpoligami
3. Pelajar universiti/ kolej yang mahu rahsiakan daripada ibubapa tapi takut dan buat maksiat
4. Terpengaruh cerita ombak rindu
5. Wali halang 
6. Mahu sorokkan daripada keluarga
7. Penjawat awam yang mahu elak daripada prosuder nikah sebenar
8. lain-lain lagi..

Namun bagi pasangan yang berkahwin di luar negara sangkakan tidaklah hanya semanis madu sahaja apabila telah melaksanakan upacara ini di luar negara terutamanya di Selatan Thailand, di saat mereka menghadapi penceraian. Ini menambahkan bebanan kepada pasangan terutama si Isteri jika perkahwinan mereka belum disahkan di Malaysia mengikut perundangan yang sebenar maka segala hak perundangan terhadap mereka dinafikan termasuklah berkaitan dnegan nafkah.


PUNCA PENCERAIAN PIHAK YANG BERKAHWIN DI LUAR DARI MALAYSIA

1. Pihak-pihak tersedar bahawa mereka berkahwin hanya mencari keseronokkan dan hawa nafsu sahaja
2. Isteri pertama dapat tahu dan mengugut akan bercerai
3. Sama seperti kes penceraian di Malaysia yang lain


Bagi pihak-pihak yang telah tersedar bahawa mereka perlukan penceraian sebagaimana mereka telah berkahwin di luar negara tanpa pengesahan perundangan dan hanya mendiamkan diri dan amat malang lagi jika ada anak yang lahir, namun perkahwinan tidak disahkan, penceraian tidak disahkan, apatah lagi jika ada jodoh lain yang tiba tanpa diundang, bagaimana hendak menyelesaikannya???

Hubungi kami

014 642 0014