Jumaat, 7 Oktober 2016

Anak Tidak Sah Taraf

Semenjak dua menjak FASSO dihubungi dengan permintaan mengendalikan kes daripada klien-klien berkenaan anak tak sah taraf yang mana mereka memaklumkan agar kesilapan mereka terdahulu ditutup dengan pendaftaran nama anak di JPN, dengan membinkan nama-nama anak tidak sah taraf ini kepada nama bapa mereka sekarang adakah boleh atau tidak? mari FASSO rungkaikan terlebih dahulu fatwa Jabatan Mufti negeri Selangor dengan menakrifkan anak tak sah taraf itu ialah;
  1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah samada hasil daripada zina, rogol, atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syarak.
  2. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah daripada waktu 'imkan ad dukhul' dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.
  3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah daripada waktu 'imkan ad dukhul' selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara' bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya) atau 4 orang saksi yang memenuhi hukum syara'. 
Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, istilah anak tak sah taraf adalah istilah yang digunakan untuk anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah.

"tak sah taraf berhubungan dengan seseorang anak ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah"

FASSO yakin dan percaya para bakal klien belum memahami sepenuhnya maksud anak tak sah taraf terutama berkaitan samada ada boleh difailkan atau tidak. Hubungi kami!

Rabu, 5 Oktober 2016

Perkahwinan di Thailand

Kahwin, siapa yang tak suka? Kalau ditanya pasangan yang buta pun mereka akan terseyum lebar sampai ke telinga kerana maklum ianya fitrah. Apatah lagi perkahwinan ini bukan kali pertama, tetapi tambahan kepada sedia ada. Dunia bagai ana yang punya seperti kata P.Ramlee... Maka FASSO menasihatkan agar mana-mana pihak baik suami atau isteri yang telah pun bernikah di sempadan atau mana-mana kawasan di luar negara berdaftar bagi mendapatkan hak perkahwinan yang diiktiraf oleh undang-undang negara.
Pastikan juga berapa ramai yang berada di dalam bilik pernikahan dengan memastikan nama jurunikah, nama saksi-saksi dan sebaiknya memiliki saksi dari dalam negara yang ikut ke sana dan bakal dijadikan saksi perbicaraan di mahkamah kelak.

gambar-gambar semasa majlis akad nikah adalah penting sebagai sokongan kepada dakwaan wujudnya perkahwinan di sana dan pihak-pihak janganlah sampai terlupa tentang tujuan mereka ke sana adalah untuk mendirikan pernikahan yang halal.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran kes di mahkamah;
Pasport yang sah atau Pas Sempadan
Kad Pengenalan
Surat cerai (jika berkenaan)
Sijil mati (bagi balu yang mahu nikah semula)
Surat izin wali (jika ada)
Dinasihatkan ambil gambar dan merakamkan kejadian di sana terutama apabila lafaz nikah disebut
Surat Nikah dari Majlis Agama Islam (Selatan Thailand)
Surat Konsulat daripada Kedutaan Besar Malaysia di Songkla
 contoh-contoh borang yang akan disi di Konsulat di Kedutaan Besar Malaysia di Songkla.


Hubungi FASSO di 014 6420014 untuk mendapatkan perkhidmatan kepeguaman bagi mengendalikan kes-kes pernikahan di luar negara.