Ahad, 8 Julai 2012

Fakhrurrazi & Associates -FASSO (update 2019)


FAKHRURRAZI & ASSOCIATES

Dengan Nama Tuhan Pencipta alam, dan Tuhan yang Esa, Yang Maha Penyayang dan Maha Lemah Lembut, Berkatilah usaha mikro ku ini agar dapat dimanfaatkan oleh mereka beroleh faedah daripadanya.

Firma guaman ini, Fakhrurrazi & Associates yang telah ditubuhkan pada 20hb. Februari 2012 dan diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fakhrurrazi Bin Mohd Hanapi Al-hafiz. Sedikit latarbelakang beliau sebagai pengenalan, Dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Hulu Langat Selangor dan membesar di Nilai, Negeri Sembilan dan kini menetap di Sungai Ramal Dalam Kajang Bangi. Menghafaz al-Quran semenjak berusia 11 tahun kerana bercita-cita ingin menjadi Imam Masjidil Haram Mekah dan seorang peguam hebat. Latar belakang pendidikan beliau:
- SK Kampong Bharu Kuala Lumpur
- SK Tun Abdul Aziz Majid Hulu Langat
- Raudhoh Tahfiz Al-Quran Sungai Serai Hulu Langat
- SMK Abdul Jalil Hulu Langat 
- SMKA Maahad Hamidiah Kajang 
- Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat (KUIS) 
- Ijazah Sarjanamuda Ilmu Wahyu Usul Fiqh (UIAM) 
- 2 Ijazah Sarjanamuda Shariah & Undang-undang (USIM) 
 - Ijazah Sarjanamuda ke-3 dalam bidang Usuluddin&Falsafah (UKM) 
- Sarjana Undang-undang (UKM) 
- Diploma Lanjutan Syariah & Amalan Guaman (UiTM) 
 - Sedang dalam pengajian Doktor Falsafah Undang-undang (UKM) 

Beliau sempat berguru dengan Tuan Guru Dato Dr.Haron Din dalam bidang Rawatan Islam Pernah bertugas sebagai Ketua Imam di Masjid Putra Nilai dan Imam Masjid Ar Rahman UM. Kini adalah seorang Peguambela & Peguamcara Syariah Mengambil inspirasi dari isteri Nabi SAW iaitu Saydatina Khadijah RA yang mewakafkan semua harta,tenaga, tulang belulangnya demi ISLAM.



Bersama dengan firma ini ialah rakan-rakan sekutu yang terdiri daripada peguam-peguam berpengalaman dan berkebolehan terutama dalam memahami mengeakkan kebenaran. Firma juga dibantu oleh beberapa kakitangan sokongan yang terdiri daripada kerani, penghantar saman, paralegal dan kerani akaun.

Berikut adalah maklumat firma guaman:

No.Tel:  012 316 7660

Facebook:// Rakan Guaman FASSO

Tel. Pejabat: 06 - 7953 676
Fax Pejabat: 06 - 850 7681
Email:
peguamhebat@gmail.com

Website:
www.lawyersyarie4u.com

Blog ini telah diwujudkan pada 09. hb Julai 2012 bersamaan 19 Syaaban 1433H bagi membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah guaman, khidmat nasihat syariah dan juga sivil. Konsepnya mudah, seorang peguam bukanlah handal menghafal akta tapi tahu di mana 'ianya' berada, so alhamdulillah ilmu yang ada akan di'share' agar menjadi bekalan ke alam sana.

Peguam Syarie Kelantan.(1)
Peguam Syarie KL Wilayah Persekutuan.(2)
Peguam Syarie Terengganu.(3)
Peguam Syarie Melaka.(4)
 
Peguam Syarie Negeri Sembilan.(5)
 Peguam Syarie Perlis.(6)
Peguam Syarie Johor.(7)
 Peguam Syarie Pulau Pinang. (8)
Peguam Syarie  Pahang. (9)
 
 Peguam Syarie Selangor (10)

Peguam Syarie Kedah (11)

Peguam Syarie Sarawak (12)

Peguam Syarie Perak (13)

Peguam Syarie Negeri Sabah (14)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan