Ahad, 18 Ogos 2019

Mengapa memilih FASSO

Kenapa anda perlu melantik kami menguruskan kes-kes syariah ANDA?

1. Berpengalaman
2. Beramal di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
3. Belajar kedua-dua disiplin ilmu Syariah dan Sivil
4. Mempunyai staff dan pengurusan sendiri
5. Mempunyai penasihat syariah yang juga bekas Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan

Penasihat Syariah FASSO Dato Haji Mohammad (Mantan Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan dan Hakim Rayuan Syariah Malaysia)

Kami tunggu anda hubungi kami
014 642 0014

Kesan Akta Peguam Syarie dan Klien

18hb Ogos 2019, Kajang Bangi - Menjadi peguam syarie bukanlah satu kebanggaan dan kelebihan. Bukanlah tiada peguam syarie yang bercerai atau disaman oleh pihak isteri kerana kes-kes mahkamah namun apabila kaedah peguam syarie sebelum ini diselian oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri telahpun diambil oleh badan profesional maka akan berlaku beberapa kesan dan menaikkan taraf proesionalism.

Hari ini, ada pihak klien yang tidak berpuashati dengan tindakan peguam mereka telahpun menyerang semula peguam mereka sendiri 'back fire' dengan membuat aduan kepada jawatankuasa disiplin peguam syarie dan tidak kurang juga yang membuat tuduhan palsu melalui report polis akibat daripada ketidakpuashatian mereka. Hal ini dapat dibendung dengan wujudnya akta peguam syarie yang mengikat dan menjaga tingkah laku peguam dan juga klien agar tidak berbuat sesuatu yang melampau.

Peraturan yang sedia ada adalah di bawah Kaedah-kaedah Syarie 1993. Setelah sekian lama, peruntukan di dalam kaedah-kaedah ini didapati tidak mencukupi bagi aspek pentadbiran dan pengawalseliaan profesion guaman syarie. Ia hanya meliputi perkara berkaitan kelayakan, penerimaan masuk dan aduan terhadap peguam syarie. Kaedah-kaedah sedia ada dilihat kurang berkesan untuk menjamin kepentingan dan kebajikan peguam syarie serta klien peguam syarie.

Penyakit-penyakit klien:
1. Dia rasa peguam kena ikut cakap dia kerana dia yang bayar.
2. Asyik-asyik nak telefon dan berjumpa sebab dia kata dia dah bayar. Sedangkan baru bayar open file.
3. Maki-maki hamun peguam sebab dia rasa dia bayar
4. Ada klien lelaki sibuk mengacau staff wanita yang masih bujang.
5. Ada yang peguam dah terangkan tapi tetap buat tak faham dan nak eknakan peguam.
6. Susah nak bayar dan lari-lari bila minta duit sedangkan kes dah selesai atau menang.
7. Bila dia lantik dan apabila dia tidak suka dia minta balik semula duit yang telah dibayar kepada peguam. Seperti bila ke klinik dan doktor bagi ubat dan tidak sembuh, tidak pula dia minta balik duit dari doktor.

Akibat daripada penyakit-penyakit klien yang sedia ada, menyukarkan lagi para peguam bijaksana melaksanakan tugasan dengan baik dalam semua keadaan. Lagi-lagi jika tunggakan bayaran fee daripada klien boleh mengakibatkan 'masalah besar' kepada operasi sesebuah firma guaman di Malaysia. Apatah lagi bila Akta Guaman Syarie dilaksanakan maka terepat kesan-kesan lain kepada bidang ini pula seperti:
1. Fee guaman akan meningkat
2. Klien akan mencari jalan 'memurahkan' kes nya dengan mencari agen atau ulat-ulat mahkamah dan akan makin berleluasa
3. Pelanggan sewajarnya menggunakan khidmat peguam
4. Kes-kes akan meningkat kepada peguam kerajaan bagi yang tidak berkemampuan
5. Seterusnya, pelapi dari graduan-graduan muda akan berkira-kira untuk memasuki bidang guaman

Sebagai kesimpulannya, bagi peguam janganlah khuatir dan bimbang kerana rezeki telah pun ditetapkan oleh Allah dan bagi klien pula boleh mengkaji terlebih dahulu latar belakang peguam tersebut sebelum memilih mereka mewakili kita. Akhirnya, kedua-dua pihak dikira beruntung apabila telah melaksanakan tugasan masing-masing.

kami FASSO 014 642 0014