Sabtu, 14 Mac 2015

Nusyuz: Bila isteri makin ramai yang derhaka

15hb Mac 2015, Kg.Sg.Ramal Dalam - Semenjak dua tiga menjak ini, ramai suami yang dating melontar dan memuntahkan masalah mereka tidak puas hati dengan para isteri. Dari A hinggalah ke Z semuanya diceritakan seolah telah lama berbuku dan bertingkat-tingkat kebengangan mereka dengan perangai dan tingkah laku isteri sehinggalah sang singa rumah ini akhirnya mengaum di pejabat ku dengan menyatakan ini dah melammmmppaaaauuuu ustaz!!! kemudian, isteri call.. "ye.. ye.. yang, jap lagi abang balik..." huhuhu.. tadi hang mengaum macam singa last.. last.. sejuk macam biskut pingpong kena air teh o.." piiirrraaahhhh...
 
KES 1

Ustaz, apa lagi yang saya tak beri ustaz, dari atas sampai bawah sampai dalam-dalam semua berjenama, sebut je lah nak apa mesti saya sediakan ustaz. Beg puluh ribu tu bukan satu saya belikan berpuluh-puluh.. kasut LV matching dengan beg sampai ke syiling rumah ustaz, tapi dia buat juga perangai macam ni.. dah setahun tak balik rumah, saya sabra je.. kali ni saya dah tak sabra ustaz, saya nak sabitkan dia nusyuz!
 
KES 2
 
Bukan saya tak nak belasah dia balik ustaz, dia ingat saya lelaki lembut ke macam serita suamiku en.sotong! saya ni ustaz dah 3 orang anak tau, dia ingat dia maki hamun saya baling-baling barang ke saya sampai luka badan saya ni saya tak sakit ke, kang kalau saya belasah dia kang polis tangkap saya pula, nasib baik perbuatan dia pukul saya tu saya rakam dalam cctv di rumah dan hp ustaz, saya nak sabitkan dia DERHAKA ustaz!
 
KES 3
 
Jantan tak guna! Sial! Ko ingat ko boleh suka-suka hati marah2 aku ke? Ustaz, ini rakaman yang saya rakam masa isteri saya maki saya, ustaz tengoklah keadaan rumah saya dengan anak-anak kecil, bersepah-sepah, dia sibuk keluar rumah meniaga online jual tudung lah tapi  keluar gi luar negara ambil stok tu dengan jantan lain tunjuk gambar dalam FB tapi keluarga langsung tak peduli. Anak makan ke tak saya yang berserabutnya. Ni baru-baru ni belum habis pantang lagi dah keluar pergi bantuan misi banjir ke pantai timur tulis dalam FB tapi anak baru lahir dia tinggal rumah kakak dia tak peduli dah anak-anak ada 4 orang. Apalah nasib suami macam saya ni ustaz... ni derhaka ni ustaz, saya dah tak boleh nak sabar.
 
 

KES 4

Hello u.. I ingat kat U lah that's Y I call U ni.. (gulp..) suami I ni hem, I pelik lah.. dah lah buat tak kisah je.. I keluar dengan lelaki sampai 2 3 pagi baru balik pun dia buat tak kisah, dia hanya kata asalkan U milik I, hem.. I bukan apa ustaz, dia ni dah lah jarang sentuh I, kadang2  3 bulan sekali buat tak kisah je keperluan I dari segi nafkah batin, I takut lah kalau I berzina ke kat luar, hem.. I ni derhaka ke ustaz kalau camni?


Memandangkan entri ini bagi membantu masyarakat memahami dengan lebih mudah dan ringkas maka penulisan saya akan berbeza tanpa menggunakan banyak perkataan dan akan 'highlight'kan poin-poin penting sahaja insha Allah. Mee maggi pun 2 minit, kalau ada 1 minit mesti lagi laku...
 
 
 
Apa itu NUSYUZ?
 
1. apabila isteri menjauhkan dirinya dari suaminya.
2.  apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
3.  apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syara’.
Pengisytiharan nusyuz hanya boleh disabitkan oleh mahkamah dan bukannya suami memandai2 kata isteri nusyuz dan saya tak perlu bagi nafkah.
 
AKTA/ENAKMEN: Sekiranya seorang isteri dengan sengaja tidak menurut suatu perintah yang diberikan oleh suaminya yang sah mengikut hukum syarak, seorang isteri boleh didakwa di bawah seksyen 129 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan.
 
Apa tempoh atau had masa isteri NUSYUZ?
 
 - Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi NUSYUZ.
 - Selepas bercerai tidak boleh dilabelkan isteri nusyuz.
 
 
 Isteri curang adakah NUSYUZ juga?
Ya kerana nusyuz boleh dibahagikan kepada 2:
1. Nusyuz melalui percakapan boleh berlaku sekiranya seorang isteri itu menengking atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada suami seperti menghina suami.
2. Nusyuz perbuatan pula berlaku apabila pihak isteri menunjukkan sikap kasar yang keterlaluan dan tidak menunjukkan penghormatan kepada pihak suami dan lebih bahaya ialah isteri menjalinkan kelakuan curang dengan lelaki lain. Hal ini secara jelas haram hukumnya.
 
Apa yang perlu dilakukan jika isteri tadi NUSYUZ?
- hubungi peguam anda (0123167660)
Nusyuz sebelum pensabitan mahkamah:
1. Nasihat isteri
2. Asingkan tempat tidur
3. Pukul mendidik bukan mendera
Perkara-perkara hendaklah dilakukan kerana kebiasaan nya hakim akan mempastikan terlebih dahulu bahawa suami telah pun mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dan mengikut hukum syarak.
Bagi proses pensabitan mahkamah:
1. kumpulkan bukti-bukti
2. buat aduan di pejabat agama di kawasan tempat tinggal anda
3. laporan sesi kaunseling dari pegawai yang menerima aduan di pejabat agama
4. memfailkan kes di mahkamah
 
 
Apa kesan isteri NUSYUZ?
Suami dibenarkan untuk tidak memberi nafkah isteri SAHAJA
Menurut peruntukan undang-undang yang ada juga, seorang isteri yang sudah disabitkan oleh mahkamah tidak lagi berhak untuk menuntut TUNGGAKAN NAFKAH termasuk NAFKAH 'IDDAH sekiranya perceraian berlaku.
Persepsi negative sekiranya isteri pernah disabitkan nusyuz oleh mahkamah
AKTA/ENAKMEN: Seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 59 Akta 303, isteri yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah dari suaminya sehinggalah isteri kembali menjalankan tanggungjawabnya terhadap suami.
 
Boleh ke failkan isteri NUSYUZ sedangkan isteri telahpun memfailkan tuntutan cerai seperti fasakh?
Boleh. Sehubungan itu, kes nusyuz ini biasanya dijadikan sebagai satu pembelaaan dalam tuntutan perceraian ta’liq atau fasakh yang menggunakan alasan tidak memberi nafkah.
Selain itu, undang-undang juga memperuntukkan bahawa jika seorang isteri disabitkan nusyuz, mahkamah berbidangkuasa untuk memerintahkan isteri agar kembali taat kepada suami.
AKTA/ENAKMEN: Merujuk Arahan Amalan Mahkamah Syariah No 11 tahun 2001 ada menyebutkan mana-mana kes nusyuz hendaklah didengar dalam kes induk dan tidak perlu dibuat secara berasingan.
Perkara Penting: Sekiranya isteri tadi NUSYUZ berpunca daripada suami maka sukar untuk mensabitkan seorang isteri nusyuz. Contoh suami tidak beri nafkah makanan maka isteri keluar tanpa kebenaran suami bekerja atau mendapatkan makanan bukanlah NUSYUZ kerana berpunca dari suami yang ZALIM.
 
"...Sayang sayang juga, kerana Allah kita sayang,... marah-marah sayang, kerana sayang kita marah"
 
 

26 ulasan:

  1. Bukti apa yang ada selain dari mintak isteri sumpah laknat.kekurangan saya ialah tidak tahan provoke.mintak dilepaskan berkaLi² namun tiada sebab yang kukuh selain dari membuat saya hilang pertimbangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sumpah laknat adalah sebahagian daripada proses sahaja. Isunya, untuk mensabitkan isteri nusyuz hendaklah ada pembuktian yang jelas dan tempoh nusyuz tersebut.

      Padam
  2. Boleh tak saya failkan diri saya sendiri nusyuz? Saya dah tak mampu nak layan zahir batin suami saya. Saya dah tak boleh nak pandang dia dengan rasa sayang dan hormat selepas apa yang dia buat. Bukan sekali dua tapi entah berapa kali. Curang dan berzina dengan perempuan jalang, isteri jiran, kaum sejenis pon ada. Hati saya memang dah tak ada langsung utk dia dan mana-mana lelaki. Saya dah puas mintak dilepaskan secara baik. Tapi dia ego, tak nak kalah. Sepanjang kawin 9 tahun, tak pernah sekali pun dia imamkan saya solat. Baca Quran pon dia taktau. Ya silap saya sebab saya percaya yang dia boleh berubah. Silap saya sebab saya kesiankan dia. Saya anggap dia jadi macam tu atas sebab kejahilan keluarga dia. Saya silap sebab saya ingat saya mampu jadikan dia lelaki yang berguna. Tapi saya silap. Silap paling besar dalam hidup saya. Andai saya dapat undur masa, dan andai saya tau jodoh saya hanta dia, saya rela hidup seorang diri hingga maut menjemput. Saya bekerja, jadi awal pagi dah bangun siapkan keperluan anak-anak. Dia? Solat subuh pon tak pernah. Doa Qunut pon tak tahu. Balik kerja, terus siapkan makan malam, dan kemas beg sekolah anak. Lepas tu sambung basuh pinggan dan kemas rumah. Bila semua tu dah siap, dah waktu tidur. Jadi saya memang tak ada masa nak ajar anak-anak mengaji dan ajak solat bersama. Suami saya tak masak, tak kemas rumah, tak boleh bawak anak saya pergi surau utk solat berjemaah, tak boleh ajar anak-anak AlQuran sebab dia pon tak tau. Saya cuba simpan semua ni selama bertahun-tahun, sebab saya ingat saya kuat utk hadap semua ni demi anak-anak. Saya tak nak anak-anak jadi mangsa penceraian. Tapi, kebelakangan ni saya sedar saya semakin panas baran, bahasa kasar, pukul anak, dan saya sedar saya buat semua tu sebab saya terlalu tertekan dan saya tak ada tempat nak meluahkan. Hati saya rasa macam nak pecah. Kepala saya berserabut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy juga disituasi lbh kurang sma, 9thun dh berkahwin..sntiasa kena maki hamun. Silap sikit maki hamun. Malukan sy dpn khalayak ramai. Lmbt laun sy pun sedar sy semakin kasar dan sntiasa menjawab. Sy jug sgt tertekan.

      Padam
    2. salam puan, semoga tabah dalam mengahadpi ujian. Puan kena bertindak agar tidak tertindas dan mendapatkan hak puan kembali, semoga Allah memudahkan urusan puan dan dikira berjuang di jalan Allah bila puan mencari kebenaran.

      Padam
  3. Boleh tak saya hubungi tuan untuk mintak pandangan?

    BalasPadam
  4. Isteri tdk melayani sy sejak kelahiran anak..sudah 4 tahun lebih..sy bersabar dan menjalankn tanggungjawab sy..dan kami dlm proses cerai kerana dia tuntut fasakh..dan saya tuntut isteri kembali taat...adakah point sy cukup kuat..kerana dlm jawapan pembelaannya mengaku yg dia mmg tdk melayani sy selama 4 tahun

    BalasPadam
  5. Isteri tdk melayani sy sejak kelahiran anak..sudah 4 tahun lebih..sy bersabar dan menjalankn tanggungjawab sy..dan kami dlm proses cerai kerana dia tuntut fasakh..dan saya tuntut isteri kembali taat...adakah point sy cukup kuat..kerana dlm jawapan pembelaannya mengaku yg dia mmg tdk melayani sy selama 4 tahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh masukkan sebagai isu nusyuz atau kembali taat, namun sudah pasti pihak isteri ada alasan kenapa tidak melayani suami

      Padam
  6. hak penjagaan anak kepada siapa sekiranya didapati isteri nusyuz

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak penjagaan anak mahkamah akan melihat kepada siapa yang lebih berkebajikan dan isu nusyuz adalah salah satu poin untuk merit hak tersebut kepada ibu atau ayah dan ia bukanlah secara total

      Padam
  7. Boleh ke isteri buat tuntutan fasakh,? Disebabkan suaminya kantoi chat dgn perempuan lain(hanya chat). Sebelom berlakunya perbuatan suaminya itu, si isteri pernah curang 'keluar dgn lelaki lain(nusyuz) .

    BalasPadam
    Balasan
    1. fasakh adalah cara untuk memfailkan penceraian. jika elemen fasakh dipenuhi maka isteri boleh memohon fasakh untuk bercerai, sebaiknya hubungi peguam bagi fakta kes sebelom apa2 pemfailan di mahkamah

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. sy pnh trlibat dgn dadah n brkasar trhdap isteri..berkasar punca dari teguran sy pada isteri yg suka media sosial dgn laki laen dgn alasan kwn lama jew n xdosa pon wat cmtu bkn kuar dating..sy brusaha utk brsbar tetapi bila dye byk mnjwb sy jd marah terjadi kekasaran..penglibatan dadah sy dh tgalkan tapi isteri masih ckp mat gian mmang pndai memujuk..skrg dye failkn fasakh tdk lama lps tu dye dtgap khalwat n slpas itu jgk prgai tdk brubh msih mesej dgn laki laen dlm mesej pula ad ckp2 lucah.skrg sy kna thn kerja dari bulan 3 sapa skrg sy xbgi nfkah harian krn xbkrja dan tgal di kg jaga ayh yg lumpuh manakala isteri tgal di sremban..dia tdk benarkn sy blik dgj alasan fmily dh tak time sy n laporan polis dh dibuat..prkhwinan kami ada anak sorang(tdk sah taraf).spnjg kt kg sy brusaha utk brubh n brhrp dye time sy blik tpi lme2 prgai dye xberubah sy dh jd twar hati dan tgu bicara mhkmh..lafaz talak sy mau dlm mhkmh shj,isteri pnh pksa2 sy lfaz talak 3 trus tpi sy cuba brsbar.dia juga ad aibkn sy kt aume laki yg dye brhbung trmsuk fmily dia.kslahan dia juga tdk mgaku dkt fmily dia,pusing2 cerita utk npkkn sume yg jd pnca dari sy..utk bicara nti ap bukti2 yg patot sy lampirkn n ap pndpat tuan trhadap situasi sy skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg bkn drug adict kadang lebih buruk perangai nya..suke menjaja hal rumahtangga kt org..semua tu sbb mereka nk ttp perkara hina yg mereka buat..

      Padam
    2. sebaiknya tuan diwakili peguam bagi mempertahankan tuan daripada serangan yang mengaibkan

      Padam
  10. Sya dgn isteri dlm proses cerai.isteri mtk fasakh.dlm proses isteri xsya xpenah hormat sya sbgai suami.sya ibarat musud dlm hidup dia.dia jgk pgl sya dgn pangian ko,kamu,dan isteri selalu ckp sya bodoh,bengong,sial,gampang.sya ada prin whatsap cra isteri sya berkate seperti sya masud jn td..apa kah isteri blh diangap nusuz

    BalasPadam
    Balasan
    1. secara umumnya tindakan isteri itu memanglah tindakan yang nusyuz namun bagaimana tuan menjadikannya satu sabitan dan bukan aduan sahaja lagi-lagi dalam kes fasakh, kerana ia membabitkan isu teknikal

      Padam
  11. Sbb tu allah srh kita ikot hukum hudud..itu ubat yg paling berkesan agar mereka ni takot..sy sendiri pn kene br seminggu segala2 nya terbongkar..allah..teguran nasihat hukuman da di bg tp mereka ttp suke yg haram ni

    BalasPadam
  12. Suami saya dah lafaz kan cerai masa anak saya 7@8 bulan . Lpastuh saya kantoi curg saya tumpang kan kawan laki saya ke rumah mak mertue saya. Jadi mereka ade bukti yg mengata kan saya curg. Jadi ape hukum saya kalau saya pergi makhamah skrg . Sbb kes lafaz cerai pada tahun 2017

    BalasPadam
    Balasan
    1. tumpangkan lelaki lain belom lagi dikira curang menurut Islam, semua fakta kes kena dilihat dan suami yang memfailkan curang terhadap isteri hendaklah mempastikan pemfailan mereka betul mengikut kaedah dan prosuder mahkamah.

      Padam
  13. Bergini tuan sejak awal perkhawinan kami di ganggu pihak ke tiga iaitu mak angkat kepada isteri sy. Dan dalam masa sama apebila sy bekerja maknya suruh kerja shinggakan sy adakala terkecil hati dengan sikap nya. Pelbagai masalah sy dan isteri sy terjdi . Tahun lepas apa bila sy kembali kepngkal jalan ajak beliau solat bliau perlekehkan sy apebila sy bekrja beliaub turut bekerja shingga sy kena berhnti kerja handle ank.tp dlam masa sama sy dapat kerja kdai makan smntara beliau balik anak terpaksa sy bawa tunggu smpai berliau balik kerja..tidak menyangka tuan sy di tipu kali kedua asalnya kata kwan rupanya beliau curang. .

    BalasPadam