Selasa, 30 Disember 2014

Melebarkan peranan di bumi Kenyalang: Peguam Syarie Sarawak

Kuching, 30hbDis2014 - Syukur Ya Allah, masih lagi diizinkan nikmat Iman dan Islam walaupun dunia sedang huru-hara menerima musibah banjir di Tanah air sendiri apatah lagi kemalangan pesawat QZ8501 Airasia yang terhempas di lautan, menjadikan manusia gundah dan berdukacita. Namun teringat sabda nabi SAW yang menyurh andai di tapak tangan mu terdapat biji benih dan engkau ketahui kedatangan kiamat pada hari esok maka tanamlah biji benih tersebut. Until the last resort. 
Janjiku di hadapan Yang Amat Arif Ketua Hakim Sarawak bahawa aku akan membantu sedaya mampu dalam meninggikan system syariah di Malaysia dan akan mempastikan wake up calling dengan kes GID, cabar 121 1A dan sebagainya itu bukan sekadar panggilan kepada golongan muslim professional sahaja malah selagi di atas batu jemala patik mereka mengucapkan kalimah tauhid itu maka itulah asas yang perlu dipatuhi selagi hayat dikandung bada, apa dia? Menjunjung Syariat Allah SWT.
 Juga sempat meninjau pejabat cawangan Sarawak di Kuching bagi membolehkan orang di sini berurusan dang sekaligus membantu. Pertama kali ke bumi Sarawak adalah kenangan terindah apatah lagi dapat memahami sendiri budaya dan amalan di sini yang lebih majmuk dan terperinci dan teristimewa berbanding di Semenanjug. Patutlah kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain di sini dan juga dengar-dengar gereja di Miri akan meletakkan kalimah Allah di luar gereja secara besar-besaran. Insha Allah akan diulas dengan lebih mendalam di bicara syariah yang lain.
 bergambar di hadapan mahkamah pertama di Sarawak di James Brooke Court berhadapan Sungai Sarawak dan pada tahun 1955 barulah perjanjian Inggeris dan Tanah Melayu dalam melaksanakan undang-undang Common Law terpakai jika tidak mereka akan menggunakan undang-undang James Brooke sahaja. Apatah lagi sedih dengar bahawa ada yang mengatakan undang-undang syariah hanyalah undangkelas kedua. Siaplah ko nanti! 
Bersama Firdaus partner di Firma dan juga Haji Fuad selaku pengurus firma di sana. Ini adalah alamat pejabat di Sarawak, Fakhrurrazi & Associates, Lot 381, Tingkat 3 Section 5, KTLD Wisma Polarwood, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak. Alhamdulillah berkat doa umi abah dan anda semua. Saya juga doakan yang terbaik buat anda semua. Amin Ya Rabb