Sabtu, 24 September 2016

Permohonan Keluar Islam di Malaysia

Dalam membicarakan isu sensitif di negara kerana ianya menyentuh perihal agama lain jelas peruntukan Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-undang bertulis negara mengangkat darjat Islam sebagai agama rasmi namun meraikan agama-agama lain selain Islam untuk dipraktikkan di negara dengan aman dan harmoni.



Maksud permohonan keluar Islam yang mudah difahami oleh orang awam iaitu satu pengisytiharaan status Islam mengikut rekod pendaftaran negara kepada bukan Islam atau agama lain setelah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di negara ini.

Hal ini berbeza keadaannya di Singapura sebagai contoh, deklarasi beragama boleh diperoleh melalui pengakuan bertulis secara rasmi daripada peguam dan pendaftaran di rumah ibadat atau agensi sesuatu agama yang mahu dianuti. Bagi yang mahu memeluk Islam boleh lah ke Arqam iaitu agensi di bawah MUIS(Majlis Ugama Islam Singapura) dan bagi agama-agama lain boleh ke rumah ibadat mereka. Dalam erti kata lain, kebebasan memilih agama sangat mudah sehingga dijangkakan boleh menukar agama setiap hari mengikut keimanan individu tersebut.

Perihal ini sama dengan keadaannya di Indonesia dalam bertoleransi dalam agama dengan merujuk prinsip Pancasila. Hal ini akan dikupas lebih lanjut kerana peguam-peguam utama FASSO baharu sahaja pulang dalam melakukan penyelidikan sistem perundangan di Indonesia di Pengadilan Agama Jawa Tengah.

Oleh yang demikian, polimik skeptikal yang dilontarkan oleh sebahagian masyarakat yang tidak memahami perundangan adalah perlu dijelaskan tujuan undang-undang itu dilaksanakan bagi menegah dan mencegah status agama ini dipermainkan apatah lagi hal yang menyangkut tentang keimanan dan kesucian agama. Maka sebarang permohonan keluar Islam atau murtad hendaklah diputuskan melalui bidangkuasa Mahkamah Syariah sebagai contoh seperti berikut, dan FASSO adalah firma yang berpengalaman dalam mengendalikan hal ini.

ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN XI - AM


Seksyen 119. Keluar daripada Agama Islam

(1) Seseorang Islam tidak boleh keluar daripada Agama Islam atau disifatkan telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya melainkan jika dan sehingga dia telah memperoleh suatu perisytiharan bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Suatu permohonan bagi perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara ex parte kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam mahkamah terbuka oleh orang yang berhasrat untuk meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya.

(3) Suatu permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah menyatakan alasan-alasan yang berdasarkannya pemohon berhasrat untuk meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya dan hendaklah disokong oleh suatu afidavit yang menyatakan semua fakta yang menyokong alasan permohonan itu.

(4) Setelah diterima permohonan di bawah subseksyen (2), Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang mendengar permohonan tersebut hendaklah—

   (a) menasihati orang itu supaya bertaubat, dan jika Hakim berpuas hati orang itu telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, hendak merekodkan taubat orang itu; atau

   (b) jika orang itu enggan bertaubat, sebelum membuat apa-apa perintah terhadap orang itu, menangguhkan pendengaran permohonan itu untuk tempoh 90 hari dan pada masa yang sama menghendaki pemohon untuk menjalani sesi runding cara dan bimbingan bagi maksud menasihati pemohon untuk menimbang semula Agama Islam sebagai agamanya.
(5) Jika pada bila-bila masa orang yang dikehendaki menjalani sesi runding cara dan bimbingan itu telah bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah.

(6) Jika Hakim berpuas hati bahawa orang yang dikemukakan di hadapannya mengikut subseksyen (5) telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, Hakim itu hendaklah merekodkan taubat orang itu.

(7) Jika setelah habis tempoh 90 hari yang disebut dalam perenggan (4)(b), orang itu masih enggan bertaubat, maka pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah.

(8) Jika setelah diterima laporan yang disebut dalam subseksyen (7), Mahkamah berpendapat bahawa harapan masih ada untuk orang itu bertaubat, maka Mahkamah boleh menangguhkan pendengaran permohonan orang itu di bawah subseksyen (2) dan pada masa yang sama memerintahkan orang itu supaya menjalani sesi runding cara dan bimbingan yang selanjutnya selama tempoh yang tidak melebihi satu tahun.

(9) Jika selepas perintah di bawah subseksyen (8) dibuat, orang itu bertaubat, maka subseksyen (5) dan (6) terpakai.

(10) Jika setelah habis tempoh yang diperintahkan di bawah subseksyen (8) dan orang itu masih enggan bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah boleh membuat keputusan untuk mengisytiharkan bahawa orang itu meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya.

(11) Sebelum Mahkamah mengiytiharkan bahawa orang itu telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya, Mahkamah hendaklah membuat perintah mengenai perkara yang berikut:

   (a) pembubaran perkahwinan;

   (b) pembahagian harta sepencarian;

   (c) hak perwalian;

   (d) hak pusaka; dan

   (e) hadhanah.


Bagi sesetengah negeri, permohonan keluar Islam adalah dilarang untuk dikendalikan oleh peguam-peguam muslim maka sebaiknya kepada pihak-pihak yang berhasrat untuk keluar Islam yang menepati syarat-syarat sebagaima diperuntukkan dalam seksyen di atas berjumpa dengan peguambagi mendapatkan khidmat rundingan terlebih dahulu.

Hubungi kami FASSO
014 642 0014

Jumaat, 23 September 2016

Usrah Undang-undang FASSO

Bagi masyarakat umum, mereka menganggap Mahkamah adalah satu institusi yang hanya memainkan peranan kepada yang berkehendak dengan keadilan apabila berlaku suatu pertikaian. Lebih-lebih lagi jika ianya dekat dengan mereka seperti menuntut gantirugi apabila berlakunya kemalangan atau penipuan daripada pelaburan skim cepat kaya yang mana mereka menjadi mangsa dan mencari keadilan agar yang bersalah dapat dihukum.

Mahkamah Syariah adalah mahkamah ummah kerana mahkamah yang bersistem ini disediakan bukan sahaja menghukum pesalah malah diletakkan juga hal-hal berkaitan orang Islam seperti perwarisan selepas berlakunya kematian ahli waris dengan mendapat khidmat mahkamah. FASSO akan jadi peneman.
Sehubungan itu, usrah undang-undang berkala akan menjadi pemankin buat FASSO dalam bermuzakarah berkaitan kes-kes pelanggan di firma dan juga penyelesaian yang diambil dengan jayanya disamping mengeratkan silaturrahim dikalangan pengurusan, kakitangan dan mereka yang terlibat di FASSO. Jika FASSO mesra KLIEN akan gembira.Kerana itu, kami cadangkan kepada bakap pelanggan, dapatkan info terlebih dahulu mengenai PENEMAN anda ke Mahkamah Syariah...

 SELAMAT DATANG KE FASSO!!!


Pejabat Firma FASSO baharu di MiTC Melaka

Sukacita dimaklumkan bahawa FASSO telah menambahkan cawangan firma guaman syariah dan sivil ke Bandaraya Melaka yang bersejarah dan kami telah memilih Kota Fesyen Mitc berhadapan dengan Bank Islam dan juga Kompleks Mahkamah Syariah Ayer Keroh Melaka.

Selain daripada menyediakan khidmat guaman syariah, pihak kami juga menyediakan khidmat penyediaan dokumen mahkamah kepada pihak-pihak yang kurang berkemampuan mendapatkan khidmat guaman profesional dengan kadar yang munasabah dan mampu. moga ini dapat menyelesaikan masalah dalam perundangan syariah di Negeri Melaka.

Sila lihat alamat FASSO Cawangan Melaka.

FASSO di ASTRO AWANI: Insurans Ta'mim

Memberikan pencerahan menerusi saluran media berita terpenting negara iaitu Astro Awani di Kuala Lumpur berikutan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar diwujudkan insurans Ta'mim bagi pasangan yang mahu berkahwin sebagai langkah persediaan satu insurans yang akan membantu pihak teraniya seperti isteri sekiranya berlaku penceraian dan pengabaian dalam tuntutan nafkah.

Bersama rakan kongsi firma, Tuan Ikhsan Mazlan dalam mengupas isu Insurans sebelum perkahwinan yang dilihat sebagai mekanisme menyelesaikan masalah tunggakan nafkah atau pengabaian dalam pemberian nafkah.

Secara langsung dari bilik berita Astro Awani FASSO memberikan pandangan yang praktikal dalam isu berkaitan nafkah, namun mekanisme semasa yang mewujudkan BSk Biro Sokongan Keluarga merupakan langkah terbaik buat masa ini sebelum ada sebarang pandangan hukum Syarak dengan kewujudan insuran sebelum perkahwinan kerana dibimbangi akan mewujudkan budaya tidak sihat seperti pengabaian nafkah makin berleluasa kerana para suami menyedari bahawa mereka telahpun membeli polisi insurans berbentuk nafkah buat pasangan sekiranya bercerai atau mereka lari dari tanggungjawab.

 Pandangan agar yang terbaik buat ummah hanya dilontarkan oleh peguam utama FASSO.

Anda bersama FASSO hanya yang terbaik dalam cuba mendirikan keadilan melalui perundangan syariah. Doakan kami...

Ibupejabat berwajah baharu: FASSO 2016

Bagi memudah dan memberikan keselesaan kepada kakitangan yang berkhidmat di FASSO, pihak pengurusan telah mengambil langkah membaikpulih dan menukar wajah tempat bekerja yang stereotaip kepada lebih mesra dan bernafas segar. Maka para pelanggan yang hadir dengan jutaan masalah di benak pemikiran dapat berehat dan lega apabila berjumpa dengan peguam-peguam yang berdedikasi. Insha Allah satu kelegaan...

Ruang pejabat yang terdiri daripada Department Sivil dan Syariah telah dinaiktaraf dengan pemandangan yang lebih luas dan selesa disamping dilengkapi dengan lebih bahan-bahan rujukan dalam menentukan hujah-hujah dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Ruang penyambut tetamu juga dihiasi gaya terkini dengan mengenakan pattern platewood agar kelihatan sempoi bagi menambahkan citarasa dalam bekerja seharian. al maklum sahaja bidang guaman yang serius dan penuh dengan emosi dan tekanan memerlukan daya kekretivitian yang tinggi agar tidak tertekan dan sentiasa ceria.

Penambahan meja kerja dengan tambahan pekerja dan kakitangan agar melancarkan lagi tugasan yang diberikan dan memenuhi kehendak klien agar tenang dan yakin bila berurusan dengan pihak FASSO.
 FASSO= FAKHRURRAZI & ASSOCIATES

Bilik pengarah yang funky dan bercitarasa sendiri tanpa perlu dipersoalkan minatnya yang mendalam terhadap seni guaman dan seni musik. Hehehe...

Selamat berurusan di FASSO, Kami sediakan yang TERBAIK untuk anda! Semua warganegara akan berurusan dengan Mahkamah Syariah dan kami akan MENEMANI anda!