Rabu, 12 September 2018

CERAI di Thailand???

13,Sept2018 - Sebagaimana ada di kalangan pasangan pada hari ini memilih untuk berkahwin di luar negara atas pelbagai faktor maka ada pihak-pihak yang ingin bercerai juga memilih dengan jalan seperti ini namun penulisan ini akan membawa kepada penjelasan dan maklumat siapa yang boleh dan apakah implikasi perundangan terhadap mereka. Jangan ambil mudah kes-kes sebegini.


PERKAHWINAN DI LUAR DARI MALAYSIA

Mereka yang bernikah di luar negara dan memilih lokasi pernikahan adalah bersandarkan beberapa faktor:
1. Tiada wali
2. Mahu sorok daripada isteri pertama kerana berpoligami
3. Pelajar universiti/ kolej yang mahu rahsiakan daripada ibubapa tapi takut dan buat maksiat
4. Terpengaruh cerita ombak rindu
5. Wali halang 
6. Mahu sorokkan daripada keluarga
7. Penjawat awam yang mahu elak daripada prosuder nikah sebenar
8. lain-lain lagi..

Namun bagi pasangan yang berkahwin di luar negara sangkakan tidaklah hanya semanis madu sahaja apabila telah melaksanakan upacara ini di luar negara terutamanya di Selatan Thailand, di saat mereka menghadapi penceraian. Ini menambahkan bebanan kepada pasangan terutama si Isteri jika perkahwinan mereka belum disahkan di Malaysia mengikut perundangan yang sebenar maka segala hak perundangan terhadap mereka dinafikan termasuklah berkaitan dnegan nafkah.


PUNCA PENCERAIAN PIHAK YANG BERKAHWIN DI LUAR DARI MALAYSIA

1. Pihak-pihak tersedar bahawa mereka berkahwin hanya mencari keseronokkan dan hawa nafsu sahaja
2. Isteri pertama dapat tahu dan mengugut akan bercerai
3. Sama seperti kes penceraian di Malaysia yang lain


Bagi pihak-pihak yang telah tersedar bahawa mereka perlukan penceraian sebagaimana mereka telah berkahwin di luar negara tanpa pengesahan perundangan dan hanya mendiamkan diri dan amat malang lagi jika ada anak yang lahir, namun perkahwinan tidak disahkan, penceraian tidak disahkan, apatah lagi jika ada jodoh lain yang tiba tanpa diundang, bagaimana hendak menyelesaikannya???

Hubungi kami

014 642 0014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan