Cerai
ta'liq ialah suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau
syarat. Talak akan jatuh jika syarat atau sifat benar-benar
berlaku.
Contohnya
suami mengatakan "Aku
ceraikan kamu di bulan puasa", "Aku ceraikan kamu kalau
kamu keluar bekerja", "Aku ceraikan kamu kalau kamu sentuh
telefon aku".
Talak
tidak akan jatuh selagimana perkara yang dikaitkan dengan talak tidak
berlaku.
Suami
isteri masih lagi boleh menjalani kehidupan melaksanakan
tanggungjawab sebagai suami isteri secara berterusan selagimana
ta'liq tidak dilanggar.
PENGERTIAN TA‘LIQ
- Ta‘liq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan ta‘liq tersebut.
SYARAT TA‘LIQ
- Syarat jatuh cerai ta‘liq :
1. Suami: Hendaklah mempunyai keahlian menjatuhkan cerai dengan melafazkan kata-kata ta‘liq.
2. Belum berlaku: Hendaklah ta‘liq ke atas perkara yang belum berlaku atas perkara yang mungkin berlaku.
3. Isteri: Hendaklah menjadi ahli cerai (masih menjadi isteri yang sah).
- Contohnya suami berkata kepada isteri: “Jika engkau keluar dari rumah ini sepanjang ketiadaan aku, jatuhlah talaq engkau” atau “Apabila engkau pergi ke rumah si anu, jatuhlah talaq” atau “Manakala engkau pergi ke sana tanpa izinku jatuh talaq” atau sebagainya.
- Apabila berlakunya perkara yang bertentangan dengan syarat yang dilafazkan, maka terjatuhlah talaq menurut hukum syara‘.
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI TA‘LIQ
- Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 50, seseorang perempuan yang bersuami boleh jika berhak memohon penceraian menurut syarat-syarat ta‘liq yang dibuat selepas akad nikah. Kandungan lafaz ta‘liq tersebut:
1. Meninggalkan isteri selama empat bulan berturut-turut.
2. Tidak memberi nafkah yang wajib selama empat bulan berturut-turut.
3. Menyakiti tubuh badan isteri.
4. Suami tidak mempedulikan isteri selama tempoh empat bulan berturut- turut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan