Ku pinang-pinang tak dapat... Ku pujuk-pujuk ku bawa lari... Pernah dengar rangkap ini? Macam biasa dengarkan tapi bila ya?
Nabi SAW bersabda:
ابركهن اقلهن مهرا
Seberkat-berkat wanita ialah
paling sedikit maharnya
Ok, nanti mesti ada yang jawab mereka berikan
mahar yang rendah mengikut negeri. Ada negeri hanya RM20 sahaja dan itu sudah
kira rendah lah tu. Tetapi pernah kita fikirkan bahawa pada zaman Nabi (zaman
kolot pada pandangan kita kini) tiada pula hantaran-hantaran. Yang ada hanya
mahar. Rasanya ia bermula menjadi praktis selepas permintaan Puteri Gunung
Ledang rasanya (kerana Nabi tak katakan begitu).
NATIJAH KEPADA ITU...TIDAK MUSTAHIL sampai 3
perceraian berlaku setiap jam di Malaysia ini. Kebanyakannya berlaku kerana
MASALAH KEWANGAN. Antara satu sebabnya ialah "Hutang Perkahwinan
Lama".
Fikir-fikirkan agar kita sama-sama mendapat
manafaat. Sila sampaikan dan share artikel ini bagi membuka minda umum terhadap
perkahwinan. Ingatlah semua pembaca, RUKUN NIKAH HANYA ADA
5 dan ia tidak pernah bertambah-tambah dari dahulu sehingga sekarang. Mengapa
perlu kita susah-susahkannya.
KAHWIN AWAL MENGHINDAR ZINA
Dahulu zaman generasi X, tidak sama dengan generasi Y kini. Gen X dahulu umur 15-16 tahun barulah kita sorok-sorok ada yang terjumpa kawan bawa VHS tape yang ada video lucah. Adakala, mereka sendiri tidak faham mengapakah kemaluan mereka tegang apabila melihat wanita seksi sehinggalah berumur 16 tahun. Ada pula yang ingat, hanya dengan pegang tangan selepas berkahwin akan menyebabkan seorang perempuan mengandung. Pada ketika ini, pada umur 16 tahun mereka kurang lebih telah mencapai satu tahap yang dipanggil "puberty" ataupun keinginan pada individu berlainan jantina.
TETAPI tidak bagi Generasi Y (Gen Y) yang kini telah mendapat exposure tentang seks ketika di sekolah rendah lagi. Mana tidaknya, apabila mereka melayari facebook sahajapun, mereka akan dapat lihat pautan-pautan di sebelah kanan dan kiri browser yang menunjukkan pelbagai imej lucah yang tidak sepatutnya. Pada ketika ini level of puberty menjadi lebih cepat, jerawat gatal juga cepat tumbuh dan keinginan kepada individu berlainan jantina semakin tinggi walaupun ketika berumur 13 tahun.
Dari kajian dan pemerhatian kami, kebanyakan kes zina yang berlaku telah bermula kebanyakannya pada usia 13 tahun. Pendedahan yang awal tanpa kekangan dan pemahaman tentang agama akan menyebabkan perkara itu berlaku.
PERMUDAHKAN PERKAHWINAN dan bukannya dengan meletakkan hantaran yang tinggi-tinggi. Memang wajar kita lihat pada zaman sekarang perkahwinan itu dilambatkan jika hantarannya sahaja sudah sampai 50,000. Kita tidak boleh mengekang kemahuan biologikal lelaki dan wanita yang normal terhadap seks. Keinginan itu BUKAN PERKARA YANG MEMALUKAN tetapi itu perkara normal / fitrah (kalau tak, mungkin kena periksa kesuburan anda atau anda mungkin orang yang minat dengan orang sejenis). Sebab itu Allah halalkan hubungan itu dengan jalan perkahwinan. Itu juga menjawab mengapa pasangan Islam yang banyak buang anak, bukannya kerana pasangan islam sahaja yang berzina tetapi pasangan bukan Islam tidak anggap zina satu kesalahan. Jika mengandungpun, ia satu yang tidak memalukan sangat. Maka, dengan NIKAH AWAL ini...biarlah mereka terlanjur berkali-kali sampai beranak pun tapi halal dan memelihara nasab. KALAU MEMANG DAH GATAL SANGAT TAK TAHAN-TAHAN WALAUPUN BERUMUR 13 TAHUN...KAHWINKAN SAHAJA dengan bekalan ILMU rumahtangga mengikut Islam. Tak perlu beri harta benda tetapi berikan mereka ilmu...itu lebih hebat sebenarnya. Kami ada beberapa kes dalam sampel komuniti kami di Rumah Pengasih Warga Prihatin yang kami kahwinkan awal dan semakin FOKUS mindanya kepada kemajuan akademik, kerjaya dan segala apa yang dilakukan selepas itu. Jika belum kahwin, ada "hutang" belum berbayar...hati gusar, kerja apapun tak menjadi.
Tak faham?
Tak faham macamamna dengan perkahwinan tadi akan menambahkan fokus kita pada kerja lain dan buat kita orang yang berjaya?
Baiklah, mungkin dalam bahasa mudahnya orang selalu kaitkan itu dengan "REZEKI ORANG KAHWIN". Sebenarnya bukan sesuatu yang magik tetapi satu yang boleh dibuktikan dengan sains. Jika minat tak merewang, fokus kepada yang lain akan bertambah. Tak ada lagi nak pergi cuci mata di Bukit Bintang, tiada lagi tonton "Redtube", tiada lagi majalah porno, tiada lagi membuang masa dilorong-lorong gelap...semuanya akan DIBERKATI DAN LEBIH BERJAYA LAGI.
Kajian kami mendapati, mempermudahkan perkahwinan adalah salah satu solusi menangani masalah penzinaan dan pembuangan bayi yang kini sampai tak larat nak dikira lagi statistiknya. Hari ini kita sibuk mencegah masalah-masalah terbitan sedangkan MASALAH AKAR tidak kita tangani. Tangkaplah semua orang yang buang anak dan masukkan mereka dalam penjara, nescaya kita memerlukan penjara sebesar Pulau Pinang.
Ibu bapa atau nenek dan atuk kita dahulu berkahwin hanya ada tilam sekeping, belanga dan dapur sahaja. Yang lain semuanya kosong. Benar, mereka mulakan rumahtangga dengan rumah yang kosong dan bukannya seperti sekarang yang menetapkan bagi Si Lelaki nak berkahwin, perlu ada rumah yang lengkap dengan sofa, perabot, tilam 15 inci, peti sejuk, kabinet dabur, penghawa dingin, karpet dan macam-macam lagi. Kononnya, nak melihat samaada Si Lelaki mampu menjaga anak mereka SEBAIK ibu bapanya sendiri.
Persediaan atau kemampuan seorang lelaki dan wanita untuk menjadi suami dan isteri perlu dilihat pada sudut ilmunya dan bukan pada harta semata-mata. Perkahwinan yang asalnya mudah menjadi sangat sulit.
Jangan dilihat hanya di Malaysia, mari kita lihat di Arab Saudi yang mana anak gadis Arab ini untuk dikahwini akan memakan belanja sekurang-kurangnya 100,000 Riyal. MasyaAllah...sebab itu kita boleh lihat, setiap hujung minggu lelaki Arab berbondong-bondong masuk ke Bahrain sehingga sesak lalulintas di jambatan ke Bahrain hanya kerana mereka mahu melampias nafsu jantan yang tidak mampu dilepaskan dengan cara yang halal. Takkan kita mahu sampai ke peringkat itu.
Luahan mereka di di Rumah Pengasih Warga Prihatin mengambil langkah-langkah berikut.
1. Pendidikan
2. Kekangan terhadap bahan bacaan, sms, internet dll sehingga mereka sendiri mampu mengongkong diri sendiri selepas akil baligh.
3. Setelah mereka bersedia, kami tunangkan mereka dengan pasangan pilihan sebelum masuk ke universiti.
4. Mereka tentukan bila perkahwinan boleh dilangsungkan. Jika mahu cepat pun boleh, jika mahu tunggu sampai habis belajar pun boleh.
Tetapi, langkah ke3 dan 4 tidak mungkin juga berlaku jika langkah pertama dan kedua tidak dijalankan. Terlalu panjang untuk kami ceritakan. InsyaAllah kami akan keluarkan satu artikel tentang salah seorang dari sahabat kami di Prihatin yang percaya tentang kahwin awal dan beliau sangat berjaya dengan perkahwinan awal itu.
Nafsu ini seperti satu tekanan yang berat dan ia akan reda jika mampu dilepaskan dengan cara yang terbaik dan halal. Jika kita ada pilihan yang mudah, mengapa kita persulitkan hanya kerana nafsu kita nak rasa glemer bila anak kita diberikan hantaran sehingga RM50,000. Sedangkan mereka tak mengira RM50,000 itu yang bakal menghantui rumahtangga mereka ini apabila ceti dan bank yang akan menjadi lebih mesra berbanding hubungan suami isteri itu.
Jangan rukunkan sesuatu yang bukan rukun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan