Talak
sunni ialah seorang wanita diceraikan oleh suami dalam keadaan wanita
tersebut bersih
daripada haid dan nifas, dan tidak disetubuhi oleh suaminya lagi
dalam tempoh tersebut. Hukumnya
adalah harus dan jatuh talak. Talak jenis ini adalah bertepatan
dengan syarak.
Talak
bid'i ialah seorang wanita yang diceraikan oleh suami dalam keadaan
wanita tersebut haid
atau nifas, ataupun dia dalam keadaan suci tetapi telah disetubuhi
oleh suaminya. Hukumnya
adalah haram dan berdosa kerana bertentangan dengan bentuk talak yang
disyariatkan. Talak tetap jatuh. Walaubagaimanapun suami sunat ruju'
semula isterinya. Sebab pengharaman ialah kerana memudharatkan isteri
disebabkan panjangnya tempoh iddah kerana waktu haid tidak termasuk
dalam iddah. Haram menceraikan isteri yang disetubuhi ketika sucinya
kerana kemungkinan isterinya akan mengandung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan