Bila berlaku penceraian, maka pihak-pihak yang ego dengan tindakan masing-masing akan mengenepikan perasaan anak-anak mereka walaupun mereka kata mereka sayang dan lakukan demikian kerana mementingkan anak-anak. Inilah gambaran biasa atau lebih tepat lagi wayang-wayang yang dimainkan oleh ibu atau bapa sedangkan pada hakikatnya soal mereka adalah lebih utama berbanding anak-anak. Bahkan lebih buruk lagi bila ada pihak-pihak yang melarikan anak-anak tadi dan membawanya ke tempat yang tidak dapat dihubungi oleh pihak-pihak lain. Maka bergegaslah mereka mencari saluran yang boleh mendapatkan hak penjagaan bagi anak-anak mereka atau lebih dikenali sebagai HADHANAH.
Seksyen 82 Enakmen Keluarga Islam Perak
Tahun 2004 memperuntukkan Orang-Orang Yang Berhak menjaga Kanak-Kanak.Di
Mahkamah Syariah Perak lazimnya, pasangan yang telah bercerai akan memohon
kepada Mahkamah Tinggi Syariah Hak Penjagaan untuk menetapkan Penjaga anak-anak
mereka samaada Hak Penjagaan anak diberikan kepada Ibu ataupun Bapa. Mengikut
seksyen 82 Enakmen Keluarga Islam Perak Tahun 2004, mana-mana pihak bapa atau
ibu atau mana-mana pihak yang berkepentingan boleh menuntut Hak Penjagaan Anak
walaupun ibu atau bapa kanak-kanak yang dituntut belum berpisah atau bercerai.
Biasanya penjagaan anak-anak dibawah umur 9
Tahun adalah tertakluk kepada perintah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah manakala
anak-anak yang berumur 9 Tahun ke atas adalah tertakluk kepada kehendak
anak-anak itu samada mahu tinggal bersama Bapa atau Ibu. Di Mahkamah Tinggi
Syariah, anak-anak yang berumur 9 Tahun ke atas yang menjadi pertikaian akan
dipanggil oleh Hakim di dalam Kamar untuk Hakim bertanyakan siapakah penjaga
yang mereka mahukan.
Di Mahkamah Syariah Perak, Permohonan Hak
Penjagaan Anak ( Hadhanah) hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak
yang berpejabat di Mahkamah Syariah Perak, Aras 5, Jalan Pari, Off Jalan Tun
Abdul Razak, 30100, Ipoh, Perak.
Berikut
adalah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi proses penfailan kes :-
•Saman
dan Penyata Tuntutan ( Hendaklah ditaip sendiri oleh Pemohon)
•Kad
Pengenalan Plaintif (Pemohon)
•Sijil
Nikah atau Sijil Cerai ( Ibu dan bapa kanak-kanak)
•Surat
Beranak anak-anak
•Repot
Polis ( Jika Ada )
•Dokumen-Dokumen
yang menyokong permohonan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan