Dipetik daripada Temubual Ustaz Mohd Fakhrurrazi Bin Mohd Hanapi Al-hafiz, Ph.D dengan majalah Al-Islam pada ogos 2013
1. Dalam hukum fekah terdapat
hukuman sebat atau rotan bagi beberapa kesalahan. Minta tuan terangkan secara
jelas kesalahan-kesalahan tersebut bersama dalil. Isu
perlaksanaan hukuman sebat di bawah undang-undang syariah yang mengikut prinsip
feqah telah lama diperdebatkan di negara ini sejak dari dahulu lagi bahkan
ianya kerapkali diperbincangkan di kalangan ahli akademik serta masyarakat
umum.
Secara
asasnya, hukuman sebat di bawah undang-undang syariah adalah hukuman bagi
kesalahan hudud seperti jenayah zina dan minum arak dan lainnya. Ianya dilaksanakan hukuman
sebat jika tertuduh berjaya dibuktikan di mahkamah bahawa dia melakukan jenayah
tersebut yang dilakukan dengan sengaja atau dengan niat jenayah.
Sebagai
contoh kesalahan jenayah zina yang dikeji dalam Islam seperti dalam surah isra
ayat 32:
wur (#qç/tø)s? #oTÌh9$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. Zpt±Ås»sù uä!$yur WxÎ6y ÇÌËÈ
“dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya ia merupakan satu perbuatan yang keji serta seburuk-buruk jalan”.
Bahkan
hukuman sebat bagi pesalah zina dikhususkan kepada pesalah yang bujang dan
tidak mempunyai isteri yang sah pada masa kejadian sebagaimana firman Allah SWT
dalam surah al Nur ayat 2:
èpuÏR#¨9$# ÎT#¨9$#ur (#rà$Î#ô_$$sù ¨@ä. 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB sps($ÏB ;ot$ù#y_ ( wur /ä.õè{ù's? $yJÍkÍ5 ×psùù&u Îû ÈûïÏ «!$# bÎ) ÷LäêZä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ÌÅzFy$# ( ôpkô¶uø9ur $yJåku5#xtã ×pxÿͬ!$sÛ z`ÏiB tûüÏZÏB÷sßJø9$# ÇËÈ
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan
kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu
beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman
mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”
Manakala
bagi pesalah zina yang telah berkahwin dan mempunyai isteri yang sah semasa
kejadian dihukumkan rejam.
Walaupun hukuman sebat pada
asasnya adalah merupakan hukuman hudud yang diperuntukkan khusus kepada
jenayah-jenayah hudud, hukuman sebat juga turut boleh dijadikan sebagai hukuman
takzir yang diperuntukkan kepada kesalahan-kesalahan jenayah takzir yang lain. Ternyata
hukuman sebat di bawah jenayah-jenayah takzir juga adalah berasaskan kepada hukuman-hukuman
sebat yang telah diperuntukkan dalam jenayah-jenayah hudud seperti yang telah
diperbincangkan dalam jenayah zina di atas.
Walau bagaimanapun,
bilangan sebatan hukuman sebat dalam konteks kesalahan-kesalahan jenayah takzir
adalah jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan hukuman sebat di bawah
kesalahan-kesalahan jenayah hudud. Ini bererti bilangan sebatan dalam konteks kesalahan
jenayah takzir tidak boleh melebihi bilangan sebatan minima di bawah kesalahan
hudud.
Dalam sebuah
hadis, Abu Barda Ansari telah melaporkan bahawa Nabi SAW telah bersabda yang
mana mafhumnya:
“Hukuman (sebat
itu) (dalam kes-kes takzir) tidak sepatutnya dilaksanakan lebih dari sepuluh
kali sebatan, kecuali dalam kes-kes hudud yang merupakan hak Allah.”
Terdapat
perbezaan pandangan di kalangan ulama’ mengenai bilangan sebatan yang paling
minima bagi kesalahan jenayah takzir. Walau bagaimanapun, berdasarkan hadis di
atas, sebahagian ulama’ berpandangan bilangan sebatan, yang paling minima ialah
sepuluh kali sebatan.
Dalam sebuah
hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda yang bererti:
“Barangsiapa
yang melaksanakan (sesuatu hukuman) sehingga sampai had hukuman hudud dalam
kesalahan-kesalahan yang bukan hudud, maka orang itu adalah terdiri dari
golongan orang-orang yang melampau.”
Dalam
konteks perundangan syariah di Malaysia dengan merujuk di bawah Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, terdapat beberapa peruntukan undang-undang mengenai
kesalahan-kesalahan jenayah syariah seperti kesalahan doktrin palsu serta kesalahan-kesalahan
yang dianggap paling berat dan serius mahupun tidak bermoral. Kesemua
kesalahan-kesalahan jenayah syariah tersebut ada memperuntukkan hukuman sebat.
1) Kesalahan mengamalkan serta menyebarkan
doktrin palsu, seksyen 4(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997 telah memperuntukkan seperti berikut:
Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin
atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama
Islam di mana-mana tempat, samada tempat persendirian atau tempat awam, adalah
melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu
berlawanan dengan hukum syarak atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di
Wilayah Persekutuan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi
hukuman itu.
2) Bagi kesalahan-kesalahan
yang menyalahi kesusilaan pula, terdapat banyak peruntukan undang-undang
mengenainya di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997.
Seksyen-seksyen tersebut antara lainnya adalah seperti seksyen 23 (persetubuhan
luar nikah), seksyen 20 (perbuatan sumbang mahram) serta seksyen 21
(pelacuran).
Kedua-duanya seksyen 23(1) dan seksyen 23(2) memperkatakan tentang
jenayah melakukan persetubuhan di luar pernikahan yang sah di antara lelaki dan
perempuan secara sukarela antara kedua-duanya. Seksyen 23(1) berbunyi:
Mana–mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan
yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam
sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Dalam pada itu, seksyen 23(2) pula berbunyi:
Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang
lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam
sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
3) Seksyen 20 pula menyentuh
tentang kesalahan jenayah sumbang mahram yang melibatkan persetubuhan haram di
luar pernikahan di antara lelaki dan perempuan yang merupakan mahram kepada
satu sama lain secara sukarela antara kedua-dua belah pihak.
Seksyen 20 tersebut berbunyi:
Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat
tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman
itu.
4) Seksyen 21(1)
memperkatakan tentang kesalahan jenayah pelacuran yang melibatkan perilaku
seorang perempuan yang dengan sengaja menawarkan diri serta melakukan persetubuhan
haram dengan seorang lelaki lain di luar perkahwinan yang sah dengan menerima
bayaran atas perkhidmatan yang telah ditawarkan kepada lelaki tersebut.
Seksyen 21(1) menjelaskan:
Mana – mana orang perempuan yang melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan
atau dihukum dengan mana – mana kombinasi hukuman tersebut.
5) Seksyen 21(2)(a) dan (b)
yang menjelaskan tentang kesalahan jenayah melacurkan isteri atau kanak-kanak
perempuan dalam peliharaannya ataupun menyebabkan kedua-duanya melacurkan diri
berbunyi seperti berikut:
Sekyen 21(2)(a) dan (b) menjelaskan:
Mana-mana orang yang:
(a) melacurkan isterinya atau
kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya; atau
(b) menyebabkan atau membenarkan
isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya melacurkan diri,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana
kombinasi hukuman itu.
6) Seksyen 22 pula yang
menguatkuasakan jenayah muncikari atau perlakuan menjadi ibu atau bapa ayam
kepada aktiviti pelacuran sebagai suatu kesalahan jenayah syariah berbunyi:
Sekyen 22 menjelaskan:
Mana-mana orang yang bertindak sebagai muncikari adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi
enam sebatan atau dihukum dengan mana – mana kombinasi hukuman itu.
7) Liwat serta musahaqah
turut dianggap oleh syarak dan Akta sebagai dua jenis perlakuan jenayah Syariah
yang wajar dihukum. Seksyen 25 yang menetapkan perlakuan seorang lelaki
memasukkan batang zakar ke dalam dubur seseorang yang lain ataupun berliwat
sebagai suatu perilaku jenayah berbunyi:
Sekyen 25 menjelaskan:
Mana – mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi
enam sebatan atau dihukum dengan mana – mana kombinasi hukuman tersebut.
8) Seksyen 26 pula yang
menetapkan perlakuan seorang wanita menggesel-geselkan kemaluannya dengan
kemaluan wanita lain ataupun musahaqah sebagai suatu perilaku jenayah
menegaskan:
Sekyen 26 menjelaskan:
Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana – mana kombinasi
hukuman tersebut.
Kesemua kesalahan yang dinyatakan di dalam
Akta Kesalahan Jenayah Syariah tersebut adalah terbit daripada kesalahan
jenayah hudud berkaitan zina bagi menjaga kemaslahatan umat manusia. Islam
menjaga bukan sekadar kehidupan harri ini malah kelangsungan manusia dengan
menjaga keturunan sehinggalah hari kiamat.
2. Apakah cara pelaksanaan
sebat yang tepat sebagaimana dalam hukum fekah dari sudut masa dan kaedah
sebatan? Dibahagian tubuh manakah yang perlu disebat? Adakah dipunggung,
belakang badan, tapak tangan atau bahagian-bahagian lain?
Berikut adalah metod serta cara-cara perlaksanaan hukuman sebat
bagi apa jua kesalahan syariah pun, hudud mahupun takzir, hendaklah menepati
metod serta cara hukuman sebat bagi jenayah hudud zina ini. Metod serta cara
perlaksanaan hukum sebat yang dimaksudkan sebagaimana yang dijalankan bagi
jenayah hudud zina adalah seperti berikut:
Hukuman sebat tersebut mestilah bercirikan menghukum serta
menginsafkan pesalah. Oleh itu, hukuman sebat tersebut hendaklah dilakukan
dengan cemeti tanpa buah. Pegawai yang melaksanakan hukuman sebat itu juga
tidak boleh mengangkat tangan melebihi paras kepalanya sewaktu menghayun cemeti
untuk menyebat pesalah. Pukulan sebat yang dikenakan itu juga mesti bersifat
sederhana kuatnya, tidak terlalu kuat dan tidak pula terlalu ringan. Ini bagi
memastikan agar sebatan itu berupaya mendatangkan kesakitan yang sederhana ke
atas pesalah tanpa mengakibatkan kulitnya melecet atau terkoyak.
Mengenai anggota tubuh badan yang disebat, para ulama’ secara
keseluruhannya bersetuju bahawa sebatan-sebatan yang dikenakan haruslah tidak
bertumpu kepada satu-satu anggota badan atau bahagian-bahagian badan yang
tertentu sahaja. Ini bagi mengelakkan kulit pesalah dari melecet atau terkoyak
akibat disebat berkali-kali pada tempat yang sama. Mazhab Hanafi mewajibkan
agar sebatan itu diagih-agihkan kepada anggota badan yang lain seperti bahu,
lengan, betis, kaki dan sebagainya. Setiap sebatan itu mestilah menjauhi anggota-anggota
badan yang ditakuti boleh membawa maut seperti muka, kepala, dada, perut serta
kemaluan. Ini dipersetujui oleh Imam Shafie. Imam Ahmad pula berpandangan
sebatan yang dikenakan boleh dibahagi-bahagikan kepada semua anggota kecuali
muka, kepala dan kemaluan. Manakala Imam Malik pula menambah bahawa sebatan
yang dikenakan haruslah pada bahagian belakangnya serta anggota-anggota yang
berhampiran dengannya.
Contoh bagaimana sesuatu hukuman sebat itu boleh diaplikasikan menurut
metod serta cara yang selari dengan prinsip syariah ialah peruntukan
undang-undang mengenai perlaksanaan hukuman sebat di bawah Akta Prosedur
Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang didapati hampir selari
peruntukan undang-undangnya dengan The Execution of The Punishment of
Whipping Ordinance, 1979 (Ordinance No: IX of 1979), Islamic Republic of
Pakistan.
3. Apakah syarat-syarat yang
perlu ada sebelum seseorang itu menerima hukuman sebat?
Hukuman sebat tidak boleh dilakukan dengan cara yang boleh
memudaratkan mahupun membinasakan pesalah. Itu sebabnya hukuman sebat tersebut
tidak boleh dilakukan dalam cuaca yang terlalu panas ataupun terlalu sejuk.
Malah, menurut mazhab Shafie dan Hambali, sekiranya pesalah sakit atau uzur
sehingga tidak tahan disebat bertalu-talu tanpa berhenti, orang yang
melaksanakan hukuman sebat tersebut hendaklah mempelbagaikan cara serta alat
sebatan. Ini kerana, matlamat hukuman sebat tersebut ialah untuk menghukum
serta mencegah jenayah dan bukannya untuk membinasakan pesalah.
Pesalah yang dihukum umumnya mestilah berpakaian menutup aurat
samada lelaki mahupun perempuan. Secara khususnya, dari segi pakaian pesalah
lelaki ini, terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama’ manakala tidak
terdapat sebarang perbezaan pendapat yang ketara dari segi pakaian pesalah
wanita. Menurut mazhab-mazhab Shafie dan Ahmad, pesalah lelaki dibolehkan
berpakaian sempurna selapis. Apa-apa pakaiannya yang berlapis lain seperti
jubah dan sebagainya haruslah ditanggalkan. Sebaliknya menurut mazhab Hanafi,
pesalah lelaki hendaklah ditanggalkan semua pakaiannya kecuali kainnya. Imam
Malik juga mengeluarkan pandangan yang hampir sama apabila menyatakan pesalah
lelaki hendaklah ditanggalkan pakaiannya kecuali pakaian yang menutupi aurat
antara pusat dan lututnya.
4. Waktu bila pula hukuman
sebat tergugur dari pesalah?
Seksyen 125(4) Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997 pula memperuntukkan bahawa dalam kes pesalah yang hanya
dijatuhkan dengan hukuman sebat, pesalah akan dipenjarakan sepertimana
seolah-olah beliau dijatuhkan dengan hukuman penjara sehinggalah hukuman sebat
ke atasnya selesai.
Seksyen 125(5) Akta yang sama pula memperuntukkan sekiranya
pegawai perubatan yang sah mendapati bahawa pesalah tidak mampu secara perubatannya
menjalani keseluruhan atau sebahagian dari hukuman sebat tersebut atas
sebab-sebab tua, sakit mahupun atas apa-apa sebab lain, kes tersebut akan
dirujukkan kepada mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman sebat itu. Mahkamah
tersebut seterusnya akan mengeluarkan suatu perintah sebagaimana yang
difikirkan oleh mahkamah adil serta sesuai menurut keadaan tersebut.
5. Adakah wujud perbezaan
sebatan antara pesalah wanita, lelaki, kanak-kanak dan orang tua?
Ya, wujud perbezaan sebatan antara pesalah wanita dan lelaki.
Namun faktor usia seperti tua bukanlah satu ukuran bagi mengelakkan dikenakan
hukuman tetapi hukuman yang akan dikenakan ke atasnya ialah dengan melihat
faktor kemampuan dan kesihatan mereka menerima hukuman. Manakala bagi
kanak-kanak pula, faktor baligh dan berakal adalah syarat dikenakan hukuman
tersebut tetapi bagi kanak-kanak yang belum mencapai tahap baligh dan berakal
adalah diangkat dosa dan kesalahan tersebut sebagaimana hadith Riwayat Ahmad,
Ashabi, Sunan dan Hakam:
“Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang
tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang
gila hingga ia berakal (siuman)”
Seksyen 125(2) Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997 tersebut telah memperuntukkan alat sebatan, tidak termasuk
pemegangnya, yang digunakan untuk melaksanakan hukuman sebat menurut prinsip
syariah hendaklah terdiri dari sebatang alat sebatan yang sebaik-baiknya
diperbuat dari kulit atau rotan. Alat sebatan tersebut seharusnya tidak
mempunyai sendi mahupun bonggol serta mempunyai panjang dan ketebalan yang
masing-masing tidak melebihi 1.22 meter dan 1.25 sentimeter.
Seksyen 125(3) Akta yang sama pula kemudiannya memperuntukkan
beberapa peruntukan yang terpakai kepada hukuman sebat menurut prinsip syariah iaitu:
a) sebelum sesuatu hukuman
sebat itu dilaksanakan, seorang pegawai perubatan yang sah hendaklah
menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas pesalah bagi memastikan agar pesalah
berada dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman sebat itu;
b) sekiranya pesalah adalah
merupakan seorang wanita yang sedang mengandung, hukuman sebat tersebut
hendaklah ditangguhkan ke jangkamasa sekurang-kurangnya dua bulan selepas
wanita tersebut melahirkan anak atau keguguran;
c) hukuman sebat tersebut
hendaklah dilaksanakan dengan kehadiran seorang pegawai perubatan yang sah
serta dilaksanakan di tempat awam yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang
memerintah;
d) pegawai sebat yang
melaksanakan hukuman sebat tersebut hendaklah merupakan seorang yang bersikap
adil, tidak memihak kepada sesiapa serta berfikiran matang;
e) pegawai sebat tersebut
hendaklah melaksanakan setiap sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa
mengangkat tangannya melebihi dari kepalanya dalam memastikan agar kulit
pesalah tidak luka atau melecet disebabkan sebatan yang dikenakan;
f) setiap kali pegawai sebat
melakukan sesuatu sebatan, beliau hendaklah mengangkat alat sebatannya ke atas
serta tidak menarik alat sebatan tersebut;
g) sebatan hendaklah dikenakan
pada keseluruhan badan pesalah (agar sebatan tidak tertumpu kepada beberapa
anggota yang sama secara berulang) tetapi tidak pula boleh mengenai
anggota-anggota seperti kepala, muka, perut, dada ataupun mana-mana bahagian
lain badan pesalah yang sulit;
h) pesalah hendaklah
dibenarkan memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang dibenarkan oleh
prinsip syariah;
i) hukuman sebat tersebut
hendaklah dijalankan ke atas pesalah lelaki dalam keadaan beliau berdiri, atau
ke atas pesalah wanita dalam keadaan beliau duduk; jika semasa hukuman sebat
tersebut dijalankan, pegawai perubatan yang sah itu mendapati serta memperakui
bahawa pesalah tidak lagi mampu menanggung sebatan yang dikenakan, maka hukuman
sebat tersebut hendaklah ditangguhkan sehinggalah pegawai perubatan tersebut
mengesahkan bahawa pesalah berada dalam keadaan sihat secara fizikalnya untuk
menjalani baki hukuman sebat yang dikenakan ke atas beliau.
6. Dalam perundangan sivil
terdapat juga hukuman sebat, jadi apakah perbezaan antara pesalah syariah dan
pesalah sivil dalam aspek sebatan dan rotan yang digunakan?
Permasalahan yang wujud di antara peruntukan perundangan bagi hukuman sebat
utnuk pesalah syariah dan pesalah sivil adalah ketidakseragaman peruntukan
undang-undang mengenai hukuman sebat di bawah Kanun Tatacara Jenayah, Peraturan
Penjara dan Enakmen atau Akta Prosedur Jenayah Syariah. Ketidakseragaman
kesemua peruntukan undang-undang tersebut telah mengakibatkan timbulnya
persepsi bahawa apabila terdapat percanggahan antara peruntukan undang-undang
federal (iaitu Kanun Tatacara Jenayah dan Peraturan Penjara) dan peruntukan
undang-undang negeri (Enakmen/Akta Prosedur Jenayah Syariah), maka peruntukan undang-undang
federal akan mengatasi dan terpakai.
Oleh itu, menurut para pengkritik undang-undang
syariah, hukuman sebat tidak boleh dilaksanakan atas sebab-sebab di
atas.[72] Percanggahan yang disebut di atas bolehlah disimpulkan seperti
berikut:
Skop
|
Kanun Tatacara Jenayah
|
Peraturan Penjara
|
Enakmen/Akta Prosedur Jenayah Syariah
|
1) Alat Sebatan
|
Diameter rotan yang digunakan tidak boleh melebihi setengah inci
|
Diameter rotan yang digunakan bagi pesalah dewasa tidak boleh
melebihi 1.25sm. Bagi banduan muda, rotan ringan digunakan
|
Panjang alat sebatan
tidak melebihi 1.22m dan diameter tidak melebihi 1.25sm. Pesalah muda juga
disebat sebagaimana pesalah dewasa.
|
2) Method Sebatan
|
- Dikenakan pada bahagian anggota yang diarahkan oleh Menteri
- Bilangan sebatan tidak melebihi 24 sebatan (pesalah dewasa/10
sebatan (pesalah muda)
|
-Dikenakan pada
punggung pesalah
- Bilangan sebatan bagi banduan muda tidak melebihi 6 sebatan
- Cara sebatan kuat dan ekstrim sebagaimana yang dilaksanakan di
penjara
|
- Dikenakan pada keseluruhan anggota pesalah kecuali muka,
kepala, perut, dada atau bahagian sulit - Bilangan sebatan bagi pesalah
dewasa/muda tidak melebihi 6 sebatan
- Cara sebatan yang
sederhana bertujuan untuk menghukum dan mendidk (menurut Prinsip Syariah yang disepakati)
|
3) Tempat Hukuman
|
- Di mana-mana tempat seperti yang diarahkan oleh Majistret.
|
-Dalam penjara atau sebahagian di mana-mana penjara lain
-Disaksikan oleh
kakitangan - kakitangan yang berkenaan
sahaja
|
- Di mana-mana tempat seperti yang diarah oleh mahkamah / yang
ditetapkan oleh kerajaan negeri
- Dijalankan di tempat
awa m serta dikhalayak ramai
(menurut Prinsip Syariah yang disepakati)
|
4) Pengecualian Sebatan
|
- Pesalah Wanita
-Pesalah Lelaki yang dijatuhkan hukuman mati - Pesalah Lelaki
melebihi 50 tahun
|
- Banduan Wanita
-Banduan Lelaki melebihi 50 tahun
|
- Tiada pengecualian samada bagi Pesalah Wanita mahupun Pesalah
Lelaki yang melebihi 50 tahun
|
Persepsi bahawa hukuman sebat di
bawah Enakmen/Akta Prosedur Jenayah Syariah tidak boleh dilaksanakan atas
sebab-sebab percanggahan dengan Kanun Tatacara Jenayah dan Peraturan Penjara
adalah tidak benar sama sekali.
Ini kerana pada hakikatnya,
peruntukan undang-undang federal (Kanun Tatacara Jenayah dan Peraturan Penjara)
hanya akan mengatasi peruntukan undang-undang negeri (Enakmen/Akta Prosedur
Jenayah Syariah) jika berlaku pertindanan antara peruntukannya atau
bidangkuasanya.
7. Sejauhmana sebatan sebat
dilaksanakan terhadap pesalah syariah di Malaysia?
Jika diperhatikan tentang prosedur serta garispanduan yang perlu
diikuti oleh mahkamah syariah di Malaysia untuk menguatkuasakan serta melaksanakan
hukuman sebat menurut prinsip syariah telah diterangkan dengan jelas melalui
pelbagai enakmen atau akta prosedur jenayah syariah negeri-negeri. Walau
bagaimanapun pada realitinya, masih lagi terlalu banyak permasalahan dan
cabaran yang harus diatasi sebelum hukuman sebat di mahkamah syariah dapat dilaksanakan
dengan berkesan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang syariah.
Permasalahan pertama yang sering tidak
disedari ataupun dipandang ringan oleh kebanyakan pihak ialah tahap kefahaman
yang rendah mengenai perlaksanaan hukuman sebat yang betul sebagaimana yang
dituntut oleh prinsip syariah. Samada kita sedar atau tidak, masyarakat umumnya
beranggapan bahawa hukuman sebat di bawah undang-undang syariah hanya
bermatlamatkan untuk menghukum pesalah.
Persepsi sedemikian adalah tidak tepat samasekali kerana masih
ramai lagi dalam masa yang sama para pencinta serta pejuang undang-undang syariah yang cuba mempertahankan
keberkesanan hukuman sebat di bawah undang-undang syariah. Mereka menegaskan
bahawa di samping mempunyai matlamat untuk menghukum, hukuman sebat juga
bermatlamatkan untuk menginsafkan serta mendidik diri pesalah. Malah dengan
niat yang murni serta dengan nada yang penuh bersemangat, mereka turut
menegaskan bahawa hukuman sebat juga mampu untuk mendidik masyarakat secara keseluruhannya.
Ini kerana hukuman sebat tersebut turut mampu menimbulkan rasa insaf di
kalangan anggota masyarakat, yang mana keadaan tersebut sekaligus akan berfungsi
untuk mencegah serta mengawal kadar jenayah dalam sesebuah negara.
Permasalahan kedua yang wujud ialah ketidakseragaman peruntukan
undang-undang mengenai hukuman sebat di bawah Kanun Tatacara Jenayah,
Peraturan Penjara dan Enakmen atau Akta Prosedur Jenayah Syariah.
Ketidakseragaman kesemua peruntukan undang-undang tersebut telah mengakibatkan
timbulnya persepsi bahawa apabila terdapat percanggahan antara peruntukan
undang-undang federal (iaitu Kanun Tatacara Jenayah dan Peraturan Penjara) dan
peruntukan undang-undang negeri (Enakmen/Akta Prosedur Jenayah Syariah), maka
peruntukan undang-undang federal akan mengatasi dan terpakai. Oleh itu, menurut
para pengkritik undang-undang syariah, hukuman sebat tidak boleh dilaksanakan
atas sebab-sebab di atas.
Permasalahan ketiga yang timbul ialah kewujudan
persepsi yang menganggap bahawa Jabatan Penjara tidak mempunyai bidangkuasa untuk
melaksanakan hukuman sebat di bawah Enakmen/Akta Prosedur Jenayah Syariah
negeri-negeri. Persepsi sedemikian timbul akibat pentafsiran sempit yang
diberikan kepada takrif “mahkamah” di bawah seksyen 3 Akta Penjara 1995
yang mana timbul anggapan bahawa “ mahkamah syariah”
tidak termasuk ke dalam tafsiran “ mahkamah” di bawah seksyen tersebut.
Sudah pasti persepsi di atas tidak benar sama sekali. Ini kerana
Jabatan Penjara sebenarnya mempunyai bidangkuasa yang amat luas untuk
melaksanakan hukuman sebat samada di bawah Kanun Tatacara Jenayah mahupun
hukuman sebat dibawah Enakmen/Akta Prosedur Jenayah Syariah negeri-negeri.
Apatahlagi, semua mahkamah-mahkamah syariah di seluruh negara
telah ditubuhkan secara sah di bawah Butiran I, Senarai II Jadual Kesembilan, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Oleh itu, jelaslah bahawa Jabatan Penjara sebenarnya
mempunyai bidangkuasa untuk melaksanakan hukuman sebat di bawah mahkamah syariah
sebagaimana ianya mempunyai bidangkuasa untuk melaksanakan hukuman sebat di
bawah mahkamah sivil.
Permaslahan keempat yang timbul ialah kewujudan persepsi yang menganggap
bahawa Jabatan Penjara tidak mempunyai bidangkuasa untuk menjatuhkan hukuman
sebat ke atas pesalah wanita dan pesalah yang berumur 50 tahun ke atas. Ini
berikutan seksyen 131(2) Akta Penjara 1995 yang memperuntukkan sesuatu hukuman
sebat tidak boleh dilaksanakan ke atas banduan wanita atau banduan lelaki yang
berumur 50 tahun ke atas.Sebaliknya seksyen 125 dan seksyen 126 Enakmen/Akta
Prosedur Jenayah Syariah negeri-negeri pula tidak mengecualikan langsung
pesalah wanita mahupun pesalah lelaki atau wanita dari hukuman sebat dibawah
prinsip syariah.
Persepsi tersebut adalah tidak benar samasekali. Ini kerana
peruntukan undang-undang di bawah seksyen 131(2) Akta Penjara 1995 yang
memperuntukkan sesuatu hukuman sebat tidak boleh dilaksanakan ke atas banduan
wanita atau banduan lelaki yang berumur 50 tahun ke atas hanya terpakai kepada
perlaksanaan hukuman sebat di bawah mahkamah sivil. Peruntukan seksyen 131(2)
ini tidak samasekali terpakai kepada perlaksanaan hukuman sebat bawah Enakmen/Akta
Prosedur Jenayah Syariah negeri-negeri. Malah, Jabatan Penjara, dalam
melaksanakan hukuman sebat di bawah Enakmen/Akta Prosedur Jenayah Syariah ini,
adalah tertakluk kepada prosedur perlaksanaan hukuman sebat sebagaimana yang
digariskan oleh enakmen/akta tersebut yang tidak mengecualikan langsung pesalah
wanita mahupun pesalah lelaki atau wanita dari dihukum dengan hukuman sebat.
Permasalahan kelima yang timbul ialah
kewujudan anggapan bahawa perlaksanaan hukuman sebat di bawah Enakmen/Akta Prosedur Jenayah
Syariah negeri-negeri (dan juga perlaksanaan hukuman sebat di bawah Kanun
Tatacara Jenayah dan Peraturan Penjara) adalah bertentangan dengan beberapa
konvensyen antarabangsa yang telah ditandatangani oleh Malaysia.
Di sini hanya mengambil beberapa contoh dari banyak
konvensyen-konvensyen antarabangsa ini. Perkara 37 di bawah Convention on The
Rights of The Child (CRC) menegaskan tiada kanak-kanak boleh diberikan layanan
atau hukuman yang bersifat mendera, kejam, tidak berperikemanusiaan serta
memalukan. Kanak-kanak di bawah umur 18 juga tidak boleh dijatuhkan hukuman
mati mahupun hukuman penjara seumur hidup. Perkara 39 konvensyen yang sama juga
menekankan sekiranya mana-mana kanak-kanak telah menjadi mangsa pengabaian,
eksploitasi dan penderaan, ataupun menjadi mangsa kepada hukuman yang bersifat
mendera, kejam, tidak berperikemanusiaan atau memalukan, maka semua pihak
haruslah mengambil semua langkah yang perlu untuk memulihkan kanak-kanak
tersebut secara fizikal dan saikologi, serta mengintergrasikan kembali
kanak-kanak tersebut dalam masyarakat.
Satu contoh lain ialah Perkara 5 Universal Declaration of Human
Rights 1948 (UDHR) yang menegaskan tiada seorangpun yang patut dikenakan
hukuman yang bersifat mendera, kejam, tidak berperikemanusiaan serta memalukan.
Berdasarkan kepada semua konvensyen-konvensyen di atas, penulis ingin
menghujahkan bahawa hukuman sebat di bawah Enakmen/Akta Prosedur Jenayah
Syariah negeri-negeri adalah samasekali tidak bersifat mendera, kejam, tidak
berperikemanusiaan.
Permasalahan keenam ialah kewujudan lacuna dalam peruntukan undang-undang
mengenai prosedur hukuman sebat. Adalah tidak dinafikan bahawa peruntukan
undang-undang mengenai prosedur perlaksanaaan hukuman sebat telah diperjelaskan
dengan agak terperinci dalam enakmen negeri. Namun sekiranya diperhalusi, masih
terdapat lacuna dalam peruntukan undang-undang mengenai perlaksanaan hukuman
tersebut. Umpamanya, peruntukan undang-undang tidak menjelaskan dengan
sejelas-jelasnya apakah alat sebatan yang digunakan sewaktu menyebat pesalah.
Adalah tidak jelas samada alat sebatan yang sepatutnya digunakan tersebut cemeti
ataupun rotan. Dalam pada itu, lokasi bagi perlaksanaan hukuman sebat itu juga
tidak diperincikan dengan spesifik. Walaupun ada dinyatakan bahawa lokasi yang
dipilih oleh pihak berkuasa adalah tempat awam, adalah tidak jelas samada
lokasi awam yang dipilih itu adalah juga tempat yang dikunjungi oleh orang
ramai atau tidak. Perlu ditegaskan bahawa adalah sangat penting lokasi awam
yang dipilih adalah juga merupakan lokasi yang dikunjungi oleh orang ramai. Ini
bertujuan menepati ciri hukuman sebat di khalayak ramai sebagaimana yang telah digariskan
oleh Allah SWT dalam Al Nur ayat 2.
Dalam masa yang sama, kod pakaian yang dipakai oleh pesalah
sewaktu menjalani hukuman sebat juga tidak diperincikan. Peruntukan undang-undang
harus memperincikan dengan lebih jelas jenis pakaian yang sepatutnya dipakai oleh
pesalah bermula dari aspek menutup aurat sehinggalah kepada jenis kain yang
dipakai. Adalah disarankan agar peruntukan undang-undang memperjelaskan bahawa
semua pesalah yang akan menjalani hukuman sebat diarahkan untuk menukar pakaian
mereka kepada suatu pakaian seragam khas yang standard yang hanya dipakai
sewaktu pesalah menjalani hukuman sebat. Pakaian seragam khas yang diperbuat
dari jenis kain yang sama ini mestilah digazetkan dalam undang-undang.
Dalam hal ini, pihak berkuasa mestilah menyediakan pakaian seragam
pelbagai saiz yang diperbuat dari jenis kain yang sama untuk dipakai oleh semua
pesalah yang akan menjalani hukuman sebat di seluruh negara. Selain itu terdapat
juga lacuna dalam peruntukan undang-undang mengenai prosedur bagaimana
seseorang pesalah yang akan menjalani hukuman sebat itu harus dikendalikan
menurut undang-undang.
Peruntukan undang-undang tidak memperincikan samada pesalah itu akan
dihukum sebat serta merta atau hukuman sebat itu boleh, atau perlu ditangguhkan
ke suatu tarikh lain. Sekiranya hukuman sebat itu ditangguhkan ke suatu tarikh
lain, peruntukan undang-undang tidak pula menjelaskan dengan terperinci
bagaimana pesalah itu akan dibawa ke lokasi tempat hukuman sebat itu akan
dilaksanakan. Adakah pesalah yang menyerahkan diri tanpa paksaan perlu digari
dan ditahan, atau pesalah tidak perlu diperlakukan sedemikian? Bagaimana pula
prosedurnya jika pesalah itu tiba-tiba enggan menyerahkan diri untuk dibawa ke
lokasi hukuman? Kesemua lacuna ini harus diperjelaskan bagi mengelak berulangnya
apa yang berlaku dalam Kes Kartika Sari Dewi Sukarno di mana
pihak mahkamah syariah dikritik kerana menangguhkan hukuman sebat ke atas
pesalah yang telah mengaku salah.
Di samping itu, isu menahan pesalah yang akan menjalani
hukuman sebat juga turut dikritik hebat. Bagi penulis, semua kritikan tersebut
tidak akan timbul sekiranya peruntukan undang-undang dapat memperincikan
prosedur pengendalian ke atas pesalah yang sebenar.
8. Bagi pesalah syariah di
Malaysia, siapa bertanggungjawab melaksanakan hukuman sebat terhadap mereka?
Dalam hal perlaksanaan hukuman sebat ini, pertindanan peruntukan
atau bidangkuasa tidak langsung berlaku. Ini kerana, perlaksanaan hukuman sebat
di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Peraturan Penjara adalah terpakai bagi
kesalahan-kesalahan Jenayah di bawah Kanun Kesiksaan serta Undang-Undang
Jenayah Federal yang lain seperti Akta Pengangkutan Jalan, Akta Dadah
Berbahaya, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) dan
sebagainya. Dalam masa yang sama, hukuman sebat di bawah Enakmen/Akta Prosedur
Jenayah Syariah pula adalah terpakai kepada kesalahan-kesalahan Jenayah syariah
di bawah Enakmen/Akta Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri sahaja.
Dengan yang demikian,
hukuman sebat di bawah Enakmen/Akta Prosedur Jenayah Syariah sepatutnya boleh
dilaksanakan oleh mahkamah syariah tanpa banyak masalah. Ini kerana pada
hakikatnya, Perkara 74(2) Perlembagaan
Persekutuan Malaysia telah memperuntukkan kuasa kepada Badan Perundangan Negeri
untuk menggubal undang-undang syariah (termasuk undang-undang prosedur jenayah
syariah) sebagaimana yang termaktub dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri.
Dalam kes Kamariah bte Ali dan lain-lain lawan Kerajaan
Negeri Kelantan dan satu lagi, Mahkamah telah memutuskan:
“Perlembagaan itu sendiri memberi kuasa kepada Badan Perundangan
Negeri (bagi negeri-negeri) untuk mengkanunkan Hukum Syarak dalam
perkara-perkara yang disebut dalam Senarai II, Senarai Negeri, Jadual
Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan...”
Di samping itu juga, seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa
Jenayah) 1965 turut sama memperuntukkan kuasa kepada mahkamah syariah untuk
melaksanakan hukuman sebat di bawah Enakmen/Akta Prosedur Jenayah Syariah
negeri-negeri.
Dengan ini, adalah jelas bahawa Kanun Tatacara Jenayah, Peraturan
Penjara serta Enakmen/Akta Prosedur Jenayah Syariah negeri-negeri masing-masing
mempunyai bidangkuasa eksklusif untuk melaksanakan hukuman sebat di bawah
bidangkuasa masing-masing sebagaimana yang telah dikurniakan oleh Perlembagaan
Persekutuan melalui mahkamah sivil, mahkamah syariah dan Jabatan Penjara.
9. Minta pandangan tuan,
tidakkah perlu hukuman sebat dilaksanakan dihadapan masyarakat umum bagi
mendidik dan mendatangkan gerun masyarakat untuk melakukan kesalahan
sebagaiamana di Aceh. Maka itu mengapa tidak Malaysia turut melaksanakan
hukuman sebat dihadapan masyarakat bagi membendung masalah sosial yang semakin
meningkat kini? Secara tidak langsung juga dapat membuka mata masyarakat
tentang bentuk hukuman yang tepat dalam Islam.
Pada hakikatnya, cara penguatkuasaan serta perlaksanaan hukuman sebat
menurut prinsip syariah adalah jauh berbeza dari cara penguatkuasaan dan
perlaksanaan hukuman sebat di bawah undang- undang jenayah sivil di Malaysia
khasnya dan undang-undang buatan manusia di negara-negara lain amnya. Ini
kerana hukuman sebat menurut prinsip syariah bukanlah bermatlamatkan untuk
menghukum pesalah semata-mata. Malah, menurut prinsip syariah, adalah menjadi matlamat
utama hukuman sebat untuk merawat pesalah secara dalaman agar beliau merasa
insaf sehingga berupaya untuk mendidik mental serta sifat keperibadiannya yang
kelak menjadi benteng dalaman agar tidak mengulangi perilaku jenayah tersebut.
Hukuman sebat tersebut haruslah dilaksanakan di khalayak ramai.
Ini dipersetujui oleh para ulama’ dan mazhab-mazhab Hanafi, Hambali, Shafie dan
Maliki. Syarat
ini adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah Al Nur, ayat 2 yang
bererti:
“...dan saksikanlah seksa ke atas keduanya akan sekumpulan
orang-orang yang beriman”
Sungguhpun mungkin ada yang berpandangan bahawa hukuman sebat di
tempat awam serta di khalayak ramai adalah memalukan, bahkan akan menimbulkan
kesan yang lebih mudharat jika ianya dilakukan di khalayak awam kerana pesalah
tersebut akan malu dan mungkin boleh membawa kepada bunuh diri kerana tidak
dapat menanggung malu sedangkan kesalahan yang dibuat ialah meminum arak tetapi
natijahnya adalah membawa kepada kematian. Manakala hujah berkaitan proses
sebatan yang mesti disaksikan oleh orang lain juga tidak dibincangkan secara
terperinci adakah para pegawai penjara yang melaksanakan hukuman sebat bersama
doktor dan sebilangan orang tertentu sahaja itu dimaksudkan dengan penyaksian
orang lain atau perlukah satu jumlah yang ramai di kalangan khalayak bahkan ada
juga kritikan yang menyatakan faktor ekonomi akan merundum disebabkan kurangnya
pelancong asing melawat ke negara kerana takut menyaksikan hukuman sebat
dilaksanakan.
Terdapat juga kritikan bahawa dengan hukuman sebat secara
syariah yang tidak menyakitkan berbanding sebatan sivil, manakah faktor yang
boleh membawakan keinsafan kepada pesalah sehingga menyebabkan kadar jenayah
syariah makin berleluasa, di sinilah penulis melihat dengan keringan sebatan
syariah tetapi apabila dijalankan di khalayak ramai akan membuka mata dan
memberikan pengajaran kepada masyarakat yang melihat bahawa hukuman tersebut
bagi kesalahan yang telah dinyatakan oleh nas mengikut syarak dan melaksanakan
perintah Alla adalah satu bentuk keutamaan. Di sinilah kecantikan dalam Islam
berkaitan sebatan syariah kerana ialah bersifat bukan sekadar menghukum tetapi
mendidik, merawat dan memberikan pengajaran.
Wallahualam.