Selasa, 21 Jun 2016

ISTERI CURANG: Apa penyelesaiannya?

22hb JUN 2016- kerapkali hal ini berlaku di zaman mutakhir ini dan ianya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja samada isteri seorang ustaz mahupun lebih lagi. Artikel ringkas ini bukan mahu menuding jari kepada siapa termasuklah para suami namun akan diutarakan cadangan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda rumahtangga ini,


Memilih wanita hodoh bukanlah jawapan kepada tajuk isu semasa di atas termasuk juga menyembunyikan wanita dengan memakai niqab mahupun mengurung isteri daripada sebarang komunikasi termasuklah media sosial atau kejiranan. Mana ada orang di zaman ini yang hidup bersendirian bahkan masyarakat di zaman batu purba termasuklah paliolitik, mesolitik mahupun lipstik pasti akan bergaul dan berhubungan antara lelaki dan wanita bahkan dijelaskan oleh Allah di dalam al Quran ayat 13, dijadikan manusia lelaki dan wanita itu kamu berkenalan antara satu sama lain.

Namun mengapa wanita menjadi isu batang tubuh terhadap hal kecurangan bukankah lelaki atau sang suami yang seringkali bermain kayu tiga dan empat?

Bayangkan pengalaman dalam mengendalikan firma guaman da bahagian syariah sahaja  sekiranya 10 kes berkaitan kecurangan 9 daripadanya disebabkan wanita. Kantoi dengan bekas boyfirend di sekolah lah, jumpa duda kayalah dan pelbagai lagi menjadikan institusi keluarga di Malaysia huru hara dan haru biru.

PUNCA WANITA CURANG
  1. Niat bersama dengan pasangan sekarang tidak jujur dan ikhlas dan kerana itu mereka bertemu dengan lelaki lain yang juga berniat jahat seperti merea. Allah dorongkan mereka dalam sekelompok manusia yang juga berniat yang sama.
  2. Tekanan hidup dengan mahukan gaya hidup mewah
  3. Kurang kasih sayang dari pasangan yang sedia ada termasuklah merasa kesunyian  dengan pasangan yang ada kerana masing-masing sibuk bekerja 
  4. Tidak tahu batasan agama
  5. Godaan luar termasuklah lelaki yang jahat
  6. Kisah silam
  7. Kepuasan seksual yang kurang dari pasangan sekarang
  8. Campurtangan orang luar dalam rumahtangga


LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

  1. Perbetul niat dalam berumahtangga, tujuan berkahwin dengan pasangan sekarang samada inginkan keseronokan atau betul-betul mahu bersama sehingga jodoh yang terakhir
  2. Tutup segala lubang-lubang yang boleh berlaku kecurangan, telefon contohnya dengan group Whatsapp dan pelbagai lagi mahupun apa-apa alasan yang nampak baik pada zahirnya sahaja seperti reunion sedangkan itu semua jalan syaitan menghancurkan mereka.
  3. Minta izin dalam sebarang penggunaan applikasi sosial dengan suami termasuklah untuk adakan group whatsapp dengan kawan-kawan sekerja dan sebagainya.
  4. Berdoalah kepada Allah agar pasangan dan diri kita jauh dari perkara yang menjatuhkan martabat seorang isteri sehingga melakukan maksiat.
  5. Lihatlah wajah suami dan anak-anak yang menyangka andalah seorang isteri dan ibu mithali dan terbaik dalam hidup mereka dan jangan hancurkan harapan mereka dan menjadi punca keluarga porak peranda di masa hadapan.



Sabtu, 16 Januari 2016

Negara Janda dan Duda

Mahkamah Syariah Kemaman, 17hb Januari 2016 - Apa nak jadi dengan negara kita? mungkin ini di antara keluhan kita sebagai warga negara yang berjaya, berkelapangan dan berbahagia dengan keluarga yang berada di sisi, penuh kasih sayang, anak-anak yang membahagiakan, wah indahnya umpama syurga sementara. Wujud ke illustrasi ini? Maka tidaklah terkejut sekiranya perkahwinan yang tidak lebih 5 tahun biasanya akan memilih penceraian berbanding pendamaian bagi menyelesaikan masalah rumahtangga mereka, bahkan ada di antara alasan-alasan perkahwinan yang tidak masuk akal dan remeh temeh tapi itu realitinya.


Lagi mengejutkan apabila akhbar pun menyenaraikan punca-punca penceraian dengan alasan yang sangat remeh. kerana itu puncanya ialah:


kurang ILMU.      kurang SABAR.    kurang AJAR.


Wahai bani adam, walaupun teruk mana pasangan kita, terimalah seadanya mereka, jika kita belum mencapai tahap seperti Saidina Ali RA, janganlah bermimpi berpasangankan Fatimah RA. Jadikanlah pasangan kita aset untuk kita ke syuarga, fikirkanlah banyak memberi berbanding menerima. Jangan lupa berdoa pada Allah agar perkahwinan kita kekal sehingga ke JANNAH.

www.lawyersyarie4u.com

SELAMAT TAHUN BAHARU 2016!!!

Salam kebahagian kepada semua,

Bagi meneruskan legasi perundangan syariah terutamanya berkaitan undang-undang keluarga Islam negeri-negeri di seluruh Malaysia maka firma FAKHRURRAZI & ASSOCIATES telah mewujudkan website pemfailan bagi klien-klien bagi menyemak status kes mereka yang dikendalikan oleh firma kami dalam Bahasa Melayu, English dan Arab. Para Pelanggan yang dihormati boleh melayari, websiter tersebut di:

www.lawyersyarie4u.com


Terima kasih di atas sokongan padu dan kepercayaan semua klien-klien dengan bekerjasama dengan firma FASSO bagi menyelesaikan permasalahan anda dengan cara profesional pihak kami. Doakan kami berjaya di tahun yang baharu 2016 dan begitu juga anda semua.

Selasa, 15 Disember 2015

KWSP HARTA SEPENCARIAN ke BUKAN???

Hukum Menjadikan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sebagai Harta Sepencarian

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 yang bersidang pada 22 Feb 2005 telah membincangkan Hukum Menjadikan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sebagai Harta Sepencarian. Muzakarah telah memutuskan bahawa Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Keterangan/Hujah: 
 
LATAR BELAKANG
 
Isu untuk menjadikan wang caruman KWSP sebagai harta sepencarian timbul apabila terdapat beberapa pihak yang mahukan pihak isteri juga turut mempunyai hak dalam caruman KWSP suami terutama apabila berlaku perceraian atau kematian si suami.
 
Undang-undang Pentadbiran Mahkamah Syariah di Kelantan dan Undang-undang Keluarga Islam di seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan ada mentafsirkan maksud harta sepencarian. Dari sudut perundangan, terdapat sedikit perbezaan dalam pentafsiran terminologi ini sungguhpun tidak terdapat perbezaan dari segi amalan pembahagian. Umumnya, harta sepencarian dapat didefinisikan sebagai harta sama ada harta alih atau harta tak alih yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama-sama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang diperoleh sebelum mereka berkahwin yang telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui usaha bersama.
 
Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa eksklusif untuk mendengar dan membicarakan tuntutan harta sepencarian daripada mana-mana pasangan Islam yang telah bercerai. Terdapat dua faktor yang diambil kira dalam menentukan sesuatu itu merupakan harta sepencarian atau tidak. Faktor pertama ialah sumbangan secara langsung. Sumbangan ini merujuk kepada usaha bersama yang jelas oleh pasangan suami isteri untuk memperoleh sesuatu aset itu. Ia merupakan faktor utama bagi mahkamah untuk mensabitkan adanya hak harta sepencarian semasa dalam tempoh perkahwinan.
 
Faktor kedua merujuk kepada sumbangan secara tak langsung oleh isteri atau suami kepada pasangannya dalam mendapatkan sesuatu aset. Sebagai contoh, suami bekerja untuk mendapatkan sumber pendapatan, manakala isteri ialah seorang suri rumah yang tidak bekerja bersama-sama dalam memperoleh sumber pendapatan tersebut. Namun, kebijaksanaan isteri dalam menguruskan rumah, anak-anak dan sebagainya ditafsirkan sebagai sumbangan secara tak langsung yang menjamin seseorang suami dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya.
 
Daripada huraian yang telah dibuat, caruman KWSP tidak dikategorikan sebagai harta sepencarian. Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 51, Simpanan KWSP ahli yang masih hidup adalah hak mutlak pencarum untuk kebajikan mereka pada hari tua yang tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain. Akta KWSP ini pula terletak di bawah undang-undang sivil.
 
HUJAH DAN DALIL
 
Tiada dalil khusus tentang harta sepencarian dan cara pembahagian dalam al-quran dan hadis. Namun demikian, Allah SWT telah pun menggariskan prinsip asas pemilikan iaitu ia berdasarkan kepada usaha tanpa membezakan antara lelaki dan wanita. Firman Allah SWT berikut ini menjadi asas kepada kepentingan pertimbangan sumbangan secara langsung dalam penentuan harta sepencarian:
 
Maksudnya:
Dan bagi orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian darpada apa yang mereka usahakan.(Al-Nisa': 32)
 
Mazhab Syafie menggariskan, konsep perkongsian harta boleh dilihat melalui syarikat al-‘inan yang perkongsian dalam bentuk harta dibuat oleh dua pihak atau lebih melalui akad, dan keuntungan kembali kepada pihak tersebut menurut upah yang munasabah dengan kerja. Mazhab Hanafi mengharuskan secara mutlak syarikat al-abdan di mana perkongsian berlaku apabila dua orang berkongsi tenaga dan usaha tanpa harta dan modal. Maka keuntungan kembali kepada kedua-dua pihak atas kadar upah yang munasabah mengikut kerja. Mazhab Maliki dan Mazhab Hambali juga bersependapat begini dengan mensyaratkan persamaan dari segi jenis kerja.
 
Berdasarkan pandangan para ulama, dapat dirumuskan bahawa sumbangan kerja menjadi faktor menentukan wang simpanan KWSP sebagai harta sepencarian atau tidak. Perkongsian wang simpanan KWSP bukanlah perkongsian berakad dalam bentuk harta. Sekalipun terdapat perkongsian usaha dan tenaga, namun sumbangan isteri atau suami kepada pasangannya di dalam atau di luar rumah bukanlah dari jenis kerja yang sama yang dilakukan oleh pasangan tersebut. Oleh itu, wang simpanan KWSP bukanlah bentuk harta sepencarian tetapi harta pusaka yang wajib diagih-agihkan kepada yang berhak menerimanya melalui hukum faraid.
 
Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)
 
NAMUN.....
 
Terdapat beberapa kaedah dan cara samada menjadikan harta tersebut sebagai harta sepencarian atau bukan bergantung juga kepada faktor-faktor takat sumbangan jenis pekerjaan pihak-pihak ataupun melalui langkah awal yang sewajarnya dibuat oleh pemilik harta KWSP atau ahli-ahli waris yang mahukan harta tersebut terlebih dahulu.. peguam boleh jelaskan.

Isnin, 10 Ogos 2015

النكاح

معنى النكاح لغة وشرعا


النكاح في اللغة‏:‏ يكون بمعنى عقد التزويج ويكون بمعنى وطء الزوجة قال أبو علي القالي‏:‏ ‏"‏فرقت العرب فرقا لطيفا يعرف به موضع العقد من الوطء، فإذا قالوا‏:‏ نكح فلانة أو بنت فلان أرادوا عقد التزويج، وإذا قالوا‏:‏ نكح امرأته أو زوجته لم يريدوا إلا الجماع والوطء‏"‏‏.‏

ومعنى النكاح في الشرع‏:‏ ‏"‏تعاقد بين رجل وامرأة يقصد به استمتاع كل منهما بالآخر وتكوين أسرة صالحة ومجتم





ومن هنا نأخذ أنه لا يقصد بعقد النكاح مجرد الاستمتاع بل يقصد به مع ذلك معنى آخر هو تكوين الأسرة الصالحة والمجتمعات السليمة لكن قد يغلب أحد القصدين على الآخر لاعتبارات معينة بحسب أحوال الشخص‏.‏







حكم النكاح






النكاح باعتبار ذاته مشروع مؤكد في حق كل ذي شهوة قادر عليه‏.‏ وهو من سنن المرسلين، قال الله تعالى‏:‏ ‏{‏وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلاً مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً‏}‏ ‏[‏الرعد-38‏]‏





ولذلك قال العلماء‏:‏ ‏(‏إن التزويج مع الشهوة أفضل من نوافل العبادة‏)‏ لما يترتب عليه من  المصالح الكثيرة والآثار الحميدة





وقد يكون النكاح واجبا في بعض الأحيان كما إذا كان الرجل قوي الشهوة ويخاف على نفسه إن لم يتزوج فهنا يجب عليه أن يتزوج لإعفاف نفسه وكفها عن الحرام ويقول النبي صلى الله عليه وسلم‏:‏ "يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء‏

















INGIN BERKONGSI MASALAH DENGAN SAYA???

Salam kepada mereka yang sudi membaca blog ini, terima kasih kepada mereka yang memberikan respon positif tentang kewujudan blog ini agar sedikit sebanyak usaha kecil ini dapat membantu masalah-masalah yang dihadapi oleh pasangan.

Namun, kerana sedikit masalah teknikal di bahagian chatbox menyebabkan saya sukar untuk menjawab semula soalan-soalan yang ditanya, dan sedikit masa lagi blog ini akan diupgrade bagi memudahkan para pembaca berinteraksi dengan saya.



Oleh yang demikian, sekiranya para pembaca menulis di ruangan chatbox sila tinggalkan email agar saya boleh menjawab terus kepada yang bertanya. Boleh juga menghubungi saya melalui talian-talian yang disediakan.

Terima kasih sekali lagi.

Jumaat, 7 Ogos 2015

KENAPA DIHEBOHKAN PERTUNANGAN?

Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.
Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
                    
Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan jangan bertunang dalam tempoh yang terlalu lama.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (makluman) tentang perkahwinan" (Hadith riwayat Ahmad sari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu anhu dan disahkan oleh al-Albani di dalamIrwa al-Ghali)
Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup selama-lamanya sampai mati.
                                 
PakarCinta sebenarnya mencadangkan anda mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah khabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat.
Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu. Qada’ dan qadar Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu. Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai.  Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah atau kenduri perkahwinan.
Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin. Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.