Rabu, 29 April 2020

MACAM-MACAM RAGAM RUMAHTANGGA (siri 1)

30hb April 2020, Seremban

Betul dah kata ustaz tu.. setiap kali pasangan bergaduh mesti ada ruang perdamaian atau saat ketikanya boleh bertolak ansur. Maka para pasangan kena gunakan masa yang terhad itu bagi memperbetulkan semula masalah-masalah rumahtangga sesama suami isteri. rumahtangga kita adalah milik kita jangan diberikan campurtangan orang ketiga melainkan kita sudah tidak mampu lagi  namun dapatkanlah nasihat dari yang pakar dan betul.

Aduh, jangan lah kerana yang baharu kita burukkan yang lama. Bila kita mabuk bercinta maka kita akan jadi buta dan dibutakan. Maka para pasangan semua kena tabah jika berlaku krisis dalam rumahtangga dan dapatkan nasihat yang betul sebaiknya. jika berpolgami sekalipun janganlah sampai mengaibkan pasangan yang sedia ada. Busuk-busuk mereka pun, dialah yang bersama semasa kita membina kerjaya. manusia memang mudah lupa. 

kikikiki... bukan main senang hati abg Jamil dengar lagu ini. Namun, banyak perkara yang perlu difikirkan dan diambil berat dan bukan semudah itu mahu bernikah lagi dan lagi. Jika ada kesangsian dan pertanyaan adukan kepada kami.

FASSO 014 642 0014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan