Selasa, 15 Disember 2015

KWSP HARTA SEPENCARIAN ke BUKAN???

Hukum Menjadikan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sebagai Harta Sepencarian

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 yang bersidang pada 22 Feb 2005 telah membincangkan Hukum Menjadikan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sebagai Harta Sepencarian. Muzakarah telah memutuskan bahawa Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Keterangan/Hujah: 
 
LATAR BELAKANG
 
Isu untuk menjadikan wang caruman KWSP sebagai harta sepencarian timbul apabila terdapat beberapa pihak yang mahukan pihak isteri juga turut mempunyai hak dalam caruman KWSP suami terutama apabila berlaku perceraian atau kematian si suami.
 
Undang-undang Pentadbiran Mahkamah Syariah di Kelantan dan Undang-undang Keluarga Islam di seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan ada mentafsirkan maksud harta sepencarian. Dari sudut perundangan, terdapat sedikit perbezaan dalam pentafsiran terminologi ini sungguhpun tidak terdapat perbezaan dari segi amalan pembahagian. Umumnya, harta sepencarian dapat didefinisikan sebagai harta sama ada harta alih atau harta tak alih yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama-sama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang diperoleh sebelum mereka berkahwin yang telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui usaha bersama.
 
Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa eksklusif untuk mendengar dan membicarakan tuntutan harta sepencarian daripada mana-mana pasangan Islam yang telah bercerai. Terdapat dua faktor yang diambil kira dalam menentukan sesuatu itu merupakan harta sepencarian atau tidak. Faktor pertama ialah sumbangan secara langsung. Sumbangan ini merujuk kepada usaha bersama yang jelas oleh pasangan suami isteri untuk memperoleh sesuatu aset itu. Ia merupakan faktor utama bagi mahkamah untuk mensabitkan adanya hak harta sepencarian semasa dalam tempoh perkahwinan.
 
Faktor kedua merujuk kepada sumbangan secara tak langsung oleh isteri atau suami kepada pasangannya dalam mendapatkan sesuatu aset. Sebagai contoh, suami bekerja untuk mendapatkan sumber pendapatan, manakala isteri ialah seorang suri rumah yang tidak bekerja bersama-sama dalam memperoleh sumber pendapatan tersebut. Namun, kebijaksanaan isteri dalam menguruskan rumah, anak-anak dan sebagainya ditafsirkan sebagai sumbangan secara tak langsung yang menjamin seseorang suami dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya.
 
Daripada huraian yang telah dibuat, caruman KWSP tidak dikategorikan sebagai harta sepencarian. Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 51, Simpanan KWSP ahli yang masih hidup adalah hak mutlak pencarum untuk kebajikan mereka pada hari tua yang tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain. Akta KWSP ini pula terletak di bawah undang-undang sivil.
 
HUJAH DAN DALIL
 
Tiada dalil khusus tentang harta sepencarian dan cara pembahagian dalam al-quran dan hadis. Namun demikian, Allah SWT telah pun menggariskan prinsip asas pemilikan iaitu ia berdasarkan kepada usaha tanpa membezakan antara lelaki dan wanita. Firman Allah SWT berikut ini menjadi asas kepada kepentingan pertimbangan sumbangan secara langsung dalam penentuan harta sepencarian:
 
Maksudnya:
Dan bagi orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian darpada apa yang mereka usahakan.(Al-Nisa': 32)
 
Mazhab Syafie menggariskan, konsep perkongsian harta boleh dilihat melalui syarikat al-‘inan yang perkongsian dalam bentuk harta dibuat oleh dua pihak atau lebih melalui akad, dan keuntungan kembali kepada pihak tersebut menurut upah yang munasabah dengan kerja. Mazhab Hanafi mengharuskan secara mutlak syarikat al-abdan di mana perkongsian berlaku apabila dua orang berkongsi tenaga dan usaha tanpa harta dan modal. Maka keuntungan kembali kepada kedua-dua pihak atas kadar upah yang munasabah mengikut kerja. Mazhab Maliki dan Mazhab Hambali juga bersependapat begini dengan mensyaratkan persamaan dari segi jenis kerja.
 
Berdasarkan pandangan para ulama, dapat dirumuskan bahawa sumbangan kerja menjadi faktor menentukan wang simpanan KWSP sebagai harta sepencarian atau tidak. Perkongsian wang simpanan KWSP bukanlah perkongsian berakad dalam bentuk harta. Sekalipun terdapat perkongsian usaha dan tenaga, namun sumbangan isteri atau suami kepada pasangannya di dalam atau di luar rumah bukanlah dari jenis kerja yang sama yang dilakukan oleh pasangan tersebut. Oleh itu, wang simpanan KWSP bukanlah bentuk harta sepencarian tetapi harta pusaka yang wajib diagih-agihkan kepada yang berhak menerimanya melalui hukum faraid.
 
Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)
 
NAMUN.....
 
Terdapat beberapa kaedah dan cara samada menjadikan harta tersebut sebagai harta sepencarian atau bukan bergantung juga kepada faktor-faktor takat sumbangan jenis pekerjaan pihak-pihak ataupun melalui langkah awal yang sewajarnya dibuat oleh pemilik harta KWSP atau ahli-ahli waris yang mahukan harta tersebut terlebih dahulu.. peguam boleh jelaskan.

Isnin, 10 Ogos 2015

النكاح

معنى النكاح لغة وشرعا


النكاح في اللغة‏:‏ يكون بمعنى عقد التزويج ويكون بمعنى وطء الزوجة قال أبو علي القالي‏:‏ ‏"‏فرقت العرب فرقا لطيفا يعرف به موضع العقد من الوطء، فإذا قالوا‏:‏ نكح فلانة أو بنت فلان أرادوا عقد التزويج، وإذا قالوا‏:‏ نكح امرأته أو زوجته لم يريدوا إلا الجماع والوطء‏"‏‏.‏

ومعنى النكاح في الشرع‏:‏ ‏"‏تعاقد بين رجل وامرأة يقصد به استمتاع كل منهما بالآخر وتكوين أسرة صالحة ومجتم





ومن هنا نأخذ أنه لا يقصد بعقد النكاح مجرد الاستمتاع بل يقصد به مع ذلك معنى آخر هو تكوين الأسرة الصالحة والمجتمعات السليمة لكن قد يغلب أحد القصدين على الآخر لاعتبارات معينة بحسب أحوال الشخص‏.‏







حكم النكاح






النكاح باعتبار ذاته مشروع مؤكد في حق كل ذي شهوة قادر عليه‏.‏ وهو من سنن المرسلين، قال الله تعالى‏:‏ ‏{‏وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلاً مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً‏}‏ ‏[‏الرعد-38‏]‏





ولذلك قال العلماء‏:‏ ‏(‏إن التزويج مع الشهوة أفضل من نوافل العبادة‏)‏ لما يترتب عليه من  المصالح الكثيرة والآثار الحميدة





وقد يكون النكاح واجبا في بعض الأحيان كما إذا كان الرجل قوي الشهوة ويخاف على نفسه إن لم يتزوج فهنا يجب عليه أن يتزوج لإعفاف نفسه وكفها عن الحرام ويقول النبي صلى الله عليه وسلم‏:‏ "يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء‏

















INGIN BERKONGSI MASALAH DENGAN SAYA???

Salam kepada mereka yang sudi membaca blog ini, terima kasih kepada mereka yang memberikan respon positif tentang kewujudan blog ini agar sedikit sebanyak usaha kecil ini dapat membantu masalah-masalah yang dihadapi oleh pasangan.

Namun, kerana sedikit masalah teknikal di bahagian chatbox menyebabkan saya sukar untuk menjawab semula soalan-soalan yang ditanya, dan sedikit masa lagi blog ini akan diupgrade bagi memudahkan para pembaca berinteraksi dengan saya.



Oleh yang demikian, sekiranya para pembaca menulis di ruangan chatbox sila tinggalkan email agar saya boleh menjawab terus kepada yang bertanya. Boleh juga menghubungi saya melalui talian-talian yang disediakan.

Terima kasih sekali lagi.

Jumaat, 7 Ogos 2015

KENAPA DIHEBOHKAN PERTUNANGAN?

Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.
Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
                    
Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan jangan bertunang dalam tempoh yang terlalu lama.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (makluman) tentang perkahwinan" (Hadith riwayat Ahmad sari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu anhu dan disahkan oleh al-Albani di dalamIrwa al-Ghali)
Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup selama-lamanya sampai mati.
                                 
PakarCinta sebenarnya mencadangkan anda mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah khabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat.
Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu. Qada’ dan qadar Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu. Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai.  Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah atau kenduri perkahwinan.
Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin. Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. 

Selasa, 31 Mac 2015

MALAYSIA SYARIAH LEGAL PROBLEMS SOLVER

TO US YOU PUT YOUR TRUST ON
 
In the name of Allah the Most Gracious, Most Merciful and Most Forgiving. May our effort in this micro businesses will always be blessed by Allah the Almighty.
 
 
The firm itself had been established since 20.02.2012 and founded by Al-Fadhil Ustaz Mohd Fahkrurrazi Bin Mohd Hanapi Al-Hafiz, Ph.D. The founder was born in Kuala Lumpur and spent most of his childhood time in Hulu Langat, Selangor and then moved to Nilai, Negeri Sembilan. Currently he resides in Sg. Ramal Dalam Kajang Bangi with his families. The Founder, being a Hafiz that he is, had been mesmerizing the Holy Al-Quran since 11 years old and from then he had been targeting to become one of the Imam for Masjidil Haram, Mecca and a very prominent Lawyer in due time.
 
Basically the firm had been collaborating with various Syarie and  Civil Law Offices throughout Malaysia. As it has been the main policy of the Firm to endure our daily life problems especially when it is related to Syara', Procedures,Registration and helping out the Society itself. For certain cases of the Firm would require a lot of parties involvement and most of the time to ease the process collaborations between Syarie and Civil law offices is a must. Hence, in today's society of Malaysian law practices it would not only strengthen the ties between Syarie and Civil Lawyer practitioner but enhances the bond between us pracititioner which form part of the society.
 
For instance in a situation where a person, being a Muslim had solemnized his or her marriage out Malaysia, i.e Canada, Australia, United States of the upper region and not forgetting our very own South East Asia Region. In such situation whereas certain procedures are omitted by the parties the firm will be the core of solving such issues in the future. The Firm had been prudently appointed and capable of handling any related Matrimonial issues.
 
The firm can be addressed through multi-lingual capacity be it in Arabic, English, Malay, and Mandarin for any enquiries in relation to Islamic Family Law and any other incidental inquiries related therein.
 
It has been an inherent duty of a Syarie Counsel to provide the utmost justifiable justices in whatever situation that is being put forward beforehand. In today's understanding of the Islamic Law there had been  a lot of misunderstanding of procedures, the law and most of all the Divine Law which had already been provided to us from Allah S.W.T.
 
Therefore, it is the Firm duty to ensure that such knowledge are properly shared with the society and to those who in need of legal counsel assistance.
 
In short, we are reachable at any time through this Blog, the Contact details as provided and any inquiries shall be received with open arms and a humble heart. InsyaAllah, we will deliver services to you as how you expected it to be and may Allah bless us all. Assalamualaikum.

Jumaat, 27 Mac 2015

Sabtu, 14 Mac 2015

Nusyuz: Bila isteri makin ramai yang derhaka

15hb Mac 2015, Kg.Sg.Ramal Dalam - Semenjak dua tiga menjak ini, ramai suami yang dating melontar dan memuntahkan masalah mereka tidak puas hati dengan para isteri. Dari A hinggalah ke Z semuanya diceritakan seolah telah lama berbuku dan bertingkat-tingkat kebengangan mereka dengan perangai dan tingkah laku isteri sehinggalah sang singa rumah ini akhirnya mengaum di pejabat ku dengan menyatakan ini dah melammmmppaaaauuuu ustaz!!! kemudian, isteri call.. "ye.. ye.. yang, jap lagi abang balik..." huhuhu.. tadi hang mengaum macam singa last.. last.. sejuk macam biskut pingpong kena air teh o.." piiirrraaahhhh...
 
KES 1

Ustaz, apa lagi yang saya tak beri ustaz, dari atas sampai bawah sampai dalam-dalam semua berjenama, sebut je lah nak apa mesti saya sediakan ustaz. Beg puluh ribu tu bukan satu saya belikan berpuluh-puluh.. kasut LV matching dengan beg sampai ke syiling rumah ustaz, tapi dia buat juga perangai macam ni.. dah setahun tak balik rumah, saya sabra je.. kali ni saya dah tak sabra ustaz, saya nak sabitkan dia nusyuz!
 
KES 2
 
Bukan saya tak nak belasah dia balik ustaz, dia ingat saya lelaki lembut ke macam serita suamiku en.sotong! saya ni ustaz dah 3 orang anak tau, dia ingat dia maki hamun saya baling-baling barang ke saya sampai luka badan saya ni saya tak sakit ke, kang kalau saya belasah dia kang polis tangkap saya pula, nasib baik perbuatan dia pukul saya tu saya rakam dalam cctv di rumah dan hp ustaz, saya nak sabitkan dia DERHAKA ustaz!
 
KES 3
 
Jantan tak guna! Sial! Ko ingat ko boleh suka-suka hati marah2 aku ke? Ustaz, ini rakaman yang saya rakam masa isteri saya maki saya, ustaz tengoklah keadaan rumah saya dengan anak-anak kecil, bersepah-sepah, dia sibuk keluar rumah meniaga online jual tudung lah tapi  keluar gi luar negara ambil stok tu dengan jantan lain tunjuk gambar dalam FB tapi keluarga langsung tak peduli. Anak makan ke tak saya yang berserabutnya. Ni baru-baru ni belum habis pantang lagi dah keluar pergi bantuan misi banjir ke pantai timur tulis dalam FB tapi anak baru lahir dia tinggal rumah kakak dia tak peduli dah anak-anak ada 4 orang. Apalah nasib suami macam saya ni ustaz... ni derhaka ni ustaz, saya dah tak boleh nak sabar.
 
 

KES 4

Hello u.. I ingat kat U lah that's Y I call U ni.. (gulp..) suami I ni hem, I pelik lah.. dah lah buat tak kisah je.. I keluar dengan lelaki sampai 2 3 pagi baru balik pun dia buat tak kisah, dia hanya kata asalkan U milik I, hem.. I bukan apa ustaz, dia ni dah lah jarang sentuh I, kadang2  3 bulan sekali buat tak kisah je keperluan I dari segi nafkah batin, I takut lah kalau I berzina ke kat luar, hem.. I ni derhaka ke ustaz kalau camni?


Memandangkan entri ini bagi membantu masyarakat memahami dengan lebih mudah dan ringkas maka penulisan saya akan berbeza tanpa menggunakan banyak perkataan dan akan 'highlight'kan poin-poin penting sahaja insha Allah. Mee maggi pun 2 minit, kalau ada 1 minit mesti lagi laku...
 
 
 
Apa itu NUSYUZ?
 
1. apabila isteri menjauhkan dirinya dari suaminya.
2.  apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
3.  apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syara’.
Pengisytiharan nusyuz hanya boleh disabitkan oleh mahkamah dan bukannya suami memandai2 kata isteri nusyuz dan saya tak perlu bagi nafkah.
 
AKTA/ENAKMEN: Sekiranya seorang isteri dengan sengaja tidak menurut suatu perintah yang diberikan oleh suaminya yang sah mengikut hukum syarak, seorang isteri boleh didakwa di bawah seksyen 129 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan.
 
Apa tempoh atau had masa isteri NUSYUZ?
 
 - Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi NUSYUZ.
 - Selepas bercerai tidak boleh dilabelkan isteri nusyuz.
 
 
 Isteri curang adakah NUSYUZ juga?
Ya kerana nusyuz boleh dibahagikan kepada 2:
1. Nusyuz melalui percakapan boleh berlaku sekiranya seorang isteri itu menengking atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada suami seperti menghina suami.
2. Nusyuz perbuatan pula berlaku apabila pihak isteri menunjukkan sikap kasar yang keterlaluan dan tidak menunjukkan penghormatan kepada pihak suami dan lebih bahaya ialah isteri menjalinkan kelakuan curang dengan lelaki lain. Hal ini secara jelas haram hukumnya.
 
Apa yang perlu dilakukan jika isteri tadi NUSYUZ?
- hubungi peguam anda (0123167660)
Nusyuz sebelum pensabitan mahkamah:
1. Nasihat isteri
2. Asingkan tempat tidur
3. Pukul mendidik bukan mendera
Perkara-perkara hendaklah dilakukan kerana kebiasaan nya hakim akan mempastikan terlebih dahulu bahawa suami telah pun mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dan mengikut hukum syarak.
Bagi proses pensabitan mahkamah:
1. kumpulkan bukti-bukti
2. buat aduan di pejabat agama di kawasan tempat tinggal anda
3. laporan sesi kaunseling dari pegawai yang menerima aduan di pejabat agama
4. memfailkan kes di mahkamah
 
 
Apa kesan isteri NUSYUZ?
Suami dibenarkan untuk tidak memberi nafkah isteri SAHAJA
Menurut peruntukan undang-undang yang ada juga, seorang isteri yang sudah disabitkan oleh mahkamah tidak lagi berhak untuk menuntut TUNGGAKAN NAFKAH termasuk NAFKAH 'IDDAH sekiranya perceraian berlaku.
Persepsi negative sekiranya isteri pernah disabitkan nusyuz oleh mahkamah
AKTA/ENAKMEN: Seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 59 Akta 303, isteri yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah dari suaminya sehinggalah isteri kembali menjalankan tanggungjawabnya terhadap suami.
 
Boleh ke failkan isteri NUSYUZ sedangkan isteri telahpun memfailkan tuntutan cerai seperti fasakh?
Boleh. Sehubungan itu, kes nusyuz ini biasanya dijadikan sebagai satu pembelaaan dalam tuntutan perceraian ta’liq atau fasakh yang menggunakan alasan tidak memberi nafkah.
Selain itu, undang-undang juga memperuntukkan bahawa jika seorang isteri disabitkan nusyuz, mahkamah berbidangkuasa untuk memerintahkan isteri agar kembali taat kepada suami.
AKTA/ENAKMEN: Merujuk Arahan Amalan Mahkamah Syariah No 11 tahun 2001 ada menyebutkan mana-mana kes nusyuz hendaklah didengar dalam kes induk dan tidak perlu dibuat secara berasingan.
Perkara Penting: Sekiranya isteri tadi NUSYUZ berpunca daripada suami maka sukar untuk mensabitkan seorang isteri nusyuz. Contoh suami tidak beri nafkah makanan maka isteri keluar tanpa kebenaran suami bekerja atau mendapatkan makanan bukanlah NUSYUZ kerana berpunca dari suami yang ZALIM.
 
"...Sayang sayang juga, kerana Allah kita sayang,... marah-marah sayang, kerana sayang kita marah"
 
 

Rabu, 11 Februari 2015

TADARRUJ: Realiti atau Fantasi Pelaksanaan HUDUD

Ditulis oleh: MOHD FAKHRURRAZI BIN MOHD HANAPI
(Artikel Mengenai Pengaplikasian HUDUD secara TADARRUJ)
Gambar hiasan: pelaksanaan hukuman sebatan penjara yang bukan mengikut sebatan syariah bagi kesalahan bukan kesalahan syariah.
 
Pendahuluan

 
            Dalam gelojak perasaan dan semangat yang berkobar-kobar untuk melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya di negara sehingga menyebabkan kita terlupa bagaimana undang-undang Islam yang sebenarnya hendak dilaksanakan. Bahkan tidak dapat dinafikan bahawa perundangan Islam tertegak berdasarkan beberapa prinsip dan salah satu prinsipnya ialah dengan jalan tadarruj. Ini bermakna pensyariatan undang-undang Islam berlaku secara perlahan-lahan, berperingkat-peringkat dan sedikit demi sedikit. Tidak terlalu ekstrimis mahupun pasimis tetapi ianya bergerak ke arah penambahbaikan, dan bukan terhenti di suatu takuk sahaja. Prinsip ini digunakan untuk memelihara kepentingan dan kemaslahatan manusia serta menghindari mereka dari sebarang kemudaratan dan kerosakan. Justeru itu, pemakaian prinsip ini banyak dipengaruhi oleh keadaan, suasana dan cara masyarakat di sesebuah tempat tersebut. Sebelum sempurnanya penurunan wahyu, prinsip tadarruj ini jelas sekali terpakai dalam banyak kes-kes yang melibatkan pensyariatan kepada umat Islam.

 
Objektif Kajian
 

  1. Memurnikan pandangan dan pemikiran dalam proses perlaksanaan undang-undang Islam di semua peringkat.
  2. Menggesa pihak-pihak terbabit bergerak dan melakukan penambahbaikan dalam pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia.
  3. Mengetahui beberapa langkah mengharmonikan undang-undang statut dan Islam baik di dalam negara atau di luar negara seperti Mesir dan Sudan.

 Definisi

 

Tadarruj (beransur - ansur) dalam pelaksanaan undang-undang Islam juga mempunyai kaitan yang rapat berhubung keringanan dan kemudahan kepada umat Islam. Ini sesuai dengan matlamat perundangan yang ditetapkan oleh syarak iaitu memberikan kemaslahatan dan menghindarkan kemudharatan.[1]

 
Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 185:
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
 
Manakala Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 28:
28. Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumNya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
 
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 32:
 
 
32. Dan orang-orang Yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan Dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (Wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu Dengan teratur satu persatu.
 
Malah al-Qurtubi juga mentafsirkan ayat tersebut menyatakan sekiranya al-Quran itu turun sekaligus sudah tentu apa yang dibawanya yang terdiri daripada pelbagai hukum-hakam yang begitu luas menyebabkan Islam akan lari meninggalkan Islam dan orang kafir tidak mahu mendekati Islam.[1]
 
 
Bentuk-bentuk Tadarruj
 
Terdapat beberapa bentuk tadarruj dalam pembinaan hukum, antaranya ialah:
Tadarruj Zamani: Hukum-hukum ini tidaklah diturunkan dalam satu waktu sahaja bahkan ada yang dahulu dan ada yang kemudian. Ini bermakna undnag-undnag Islam tidaklah terbentuk secara sekaligus. Sebaliknya ia memakan masa sepanjang tempoh kerasulan nabi muhammad s.a.w iaitu lebih kurang 23 tahun.
 
Tadarruj dalam pensyariatan hukum secara umum:  Pada zaman awal Islam , pensyariatan hukum tidak hanya tertumpu kepada soal undang-undang atau syariah. Sebaliknya tumpuan adalah diberi hukum-hukum yang berkaitan dengan permasalahan akidah dan juga akhlak. Aspek-aspek ini adalah perlu bagi melengkapkan persediaan umat Islam untuk menerima tanggungjawab yang semakin bertambah iaitu hukum-hukum yang berkaitan dengan syariah seperti tanggungjawab individu, masyarakat dan juga negara yang merangkumi hukum berkaitan muamalat, nikah-kahwin, jihad, jenayah dan sebagainya.[2]
 
Tadarruj dilihat dari sudut taklif hukum: Apa yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu hukum itu ditaklifkan dari hukum asalnya yang harus kemudian diharamkan atau yang dilarang pada asalnya kemudian diharuskan. Misalnya pengahraman arak. Pada awalnya arak hanya disebutkan sebagai suatu yang memudaratkan tanpa diarahkan supaya ditinggalkan sehinggalah datang ayat yang mengharamkan sama sekali meminum arak. Begitu juga dengan hukum menziarahi kubur kerana pada asalnya adalah dilarang oleh nabi Muhamammad s.a.w tetapi kemudiannya diharuskan.[3] 
 
Tadarruj dilihat dari sudut kuantiti taklif hukum: Ini bermaksud terdapatnya unsur beransur-ansur dari sudut kuantiti taklif yang difardhukan iaitu dari yang ringan kepada yang lebih berat. Contohnya dalam kewajipan solat. Pada awalnya solat adalah difardhukan sebanyak 2 kali sehari sahaja kemudian selepas berlakunya peristiwa isra' mi'raj, solat difardhukan kepada 5 kali sehari semalam. Begitu juga zakat yang pada awalnya tidak ditentukan nisab dan haulnya tetapi kemudian ditetapkan nisab atau kadarnya dan juga haulnya.
 
  
Contoh-contoh Pengaplikasian Tadarruj
 
Tadarruj dalam penurunan al-Quran
 
Sebagaimana yang sedia maklum berkaitan penurunan al-Quran kepada nabi Muhammad s.a.w adalah dalam bentuk berperingkat-peringkat dan dalam prinsip tadarruj, ini kerana al-Quran telah pun ada di Luh mahfuz sejak azali lagi secara sempurna dan kemudiannya diturunkan oleh Allah secara sekaligus ke langit bumi dan diturunkan kepada nabi Muhamammad s.a.w berbetuk sedikit demi sedikit bagi memenuhi manfaat manusia serta mengelakkan daripada sebarang kesusahan dan kesempitan.
  
Tadarruj dalam suasana masyarakat
 
Tadarruj dalam perundangan Islam sama sekali tidak dapat dipisahkan dengan keadaan dan suasana sesebuah masyarakat. Ini kerana setiap masyarakat memiliki cara hidup dan adat tersendiri yang sebahagiannya bertentangan dengan nilai moral dan juga peradaban manusia.
 
Bukan sekadar di zaman Arab jahiliyyah sebelum kedatangan Islam yang dipengaruhi kepercayaan karut-marut dan adat yang diwarisi oleh nenek moyang mereka bahkan di Malaysia juga ketika dipanggil tanah melayu yang banyak dipengaruhi oleh adat daripada agama Hindu.[4]
 
Bahkan dengan kedatangan Islam, usaha mengembalikan masyarakt kepadaajaran Islam yang hakiki perlu kepada satu usaha yang beransur-ansur dan berperingkat-peringkat dan jika dilaksanakan sekaligus sudah tentu ianya menimbulkan rasa tidak puashati dan kesusahan bagi mereka bahkan faktor ini juga menjadi pertimbangan syarak apabila sesuatu hukum mahu dijalankan.[5] Untuk proses pengharaman arak kepada orang Islam sebagai contoh, Allah tidak mengharamkannya sekaligus tetapi dilakukan secara beransur-ansur.[6] Ini jelas diinyatakan dalam firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 219:
219. Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
 
Seterusnya ayat kedua pula menjelaskan larangan terhadap orang Islam dari bersembahyang dalam keadaan mabuk. Ini bermakna Islam melarang umat Islam daripada meminum arak ketika ingin mengerjakan sembahyang yang boleh menyebabkan mereka tidak mengetahui perbuatan sembahyang dan apa yang mereka ucapkan. Firman Allah s.w.t dalam surah an-nisa' ayat 43:
43. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
 
Seterusnya barulah diturunkan ayat tentang pengharaman arak tersebut sebgaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 90-91:
90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
91. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu Dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara Yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
 
Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa prinsip tadarruj ini berkait rapat dengan keadaan dan  suasana sesebuah masyarakat apatah lagi apabila menyentu isu pelaksanaan undang-undang Islam.
 
 Tadarruj dan Proses Pembaikan Undang undang
 
Tadarruj merupakan satu proses penting yang boleh menjadi makanisma untuk menilai sama ada sesuatu undang undang itu boleh diterima dan sesuai untuk dilaksanakan di dalam masyarakat ataupun tidak terutaa dalam kes yang tidak ada ketentuan yang qat'i dalam Al Quran atau Sunnah. Oleh sebab itu kita melihat dalam perundangan Islam terdapat beberapa kaedah yang berfungsi sebagai agen penilai yang mana perlaksanaannya berlaku dalam bentuk tadarruj. Antara nya ialah nasih dan mansukh, am dan khas, mutlak dan muqayyad. Kaedah ini berlaku dalam bentuk tadarruj iaitu berperingkat-perinkat di mana satu hukum disyariatkan dn kemudian datang hukum lain merubah hukum sedia ada atau hukum awal tadi. Proses yang terjadi ini merupakan proses pengislahan undang-undang yang mana ianya mengambil kira kemaslahatan dan kebajikan keatas umat Islam, di samping menyesuaikannya dengan keadaan dan suasana sebuah masyarakat.[1] Ini dinyatakan dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 106;
106. Apa sahaja ayat keterangan Yang Kami mansukhkan (batalkan), atau Yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti Yang lebih baik daripadanya, atau Yang sebanding dengannya. tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
 
Antara contoh tadarruj, dan penyempurnaan undang undang melalui proses nasih dan mansukh ialah amalan menziarahi kubur pada awalnya ia diharamkan oleh Nabi saw kerana bimbang ia boleh menyebabkan berlakunya perkara perkara syirik dan penyembahan berhala dikalangan umat Islam yang masih lemah Iman mereka, sehinggalah ianya kemudian diharukan sebagai salah satu cara untuk mengingati hari akhirat dan zuhud di dunia. Selain itu ayat yang berkaitan dengan 'iddah perempuan yang ditalak satu dan dua pada asalnya ialah tiga kali suci iaitu firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:
228. Dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak Yang dijadikan oleh Allah Dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu Dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. dan isteri-isteri itu mempunyai hak Yang sama seperti kewajipan Yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) Dengan cara Yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
 
Ini bermakna ia merangkumi perempuan yang hamil dan sebagainya, sehinggalah datang ayat yang lainnya yang mentakhsiskan keumuman ayat tersebut bagi perempuan yang hamil, sebagaimana firman Allah  dalam surah
4. Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan Yang tidak berhaid. dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak Yang dikandungnya. dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya Segala urusannya.
              
Sebahagian dari kaedah-kaedah yang dinyatakan di atas berlaku dalam bentuk sekali gus dan ada yang berlaku dalam bentuk tadarruj. Bentuk tadarruj diguna pakai adalah bertujuan untuk membaiki dan menyempurnakan lagi sistem perundangan islam bagi memudahkan mereka mengamalkan dan mematuhi peraturan atau undang-undang tersebut.
 
 
Sejarah Pelaksanaan Hukum Islam di Nusantara dan Tanah Melayu
 
Pada zaman abad ke 16 Masihi, kerajaan bermazhab Shafie menjadi mazhab ikutan utama di Mesir, Syria, Hijaz, Arab Selatan dan kawasan-kawasan sekitar Teluk Parsi, Afrika Timur, Nusantara dan bahagian Asia Tengah.[1]
 
Di zaman kerajaan Islam Pasai telah terdapat perlaksanaan hukum-hukum Fiqh Islam sebagaimana catatan oleh Marco Polo yang menyebut tentang hal tersebut hanya menegaskan bahawa penduduk Parsi mengikut Undang-undang Muhammad, (Muhammadan Law), tanpa menyebut mazhab anutan mereka,[2] Namun Ibnu Battutah kemudiannya menjelaskan kedudikan tersebut dengan menyatakan bahawa penduduk di kawasan itu telahpun bermazhab Shafie dan ini merupakan bukti pertama yang menjelaskan bahawa mazhab Shafie menjadi pegangan ramai orang Islam di rantau ini.[3]
 
Pada zaman kerajaan Islam Melaka, perkembangan yang sama juga terus berlaku di mana Sultan sering didatangi oleh ulama-ulama fiqh dari luar termasuklah baginda memerintahkan agar ulama-ulama ini menjadi guru kepada masyarakat.[4] Bahkan Sultan Muzaffar Shah (1446-1457) telah cuba melaksanakan hukum Islam dengan menggubal undang-undang Melaka yang dikenali sebagai Risalah Hukum Kanun atau Undang-undang Melaka.[5] Pengaruh undang-undang tersebut juga meluas di kepulauan Melayu hingga melahirkan Undang-undang Johor, Undang-undang Kedah, Undang-undang Pahang, Undnag-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak, Undang-undang Sungai Ujong dan Undang-undang Kanun Brunei.[6]
 
Pada zaman kerajaan Islam Acheh sekitar kurun ke 17 Masihi perkembangan Islam lebih pesat lagi kerana kemunculan karya-karya fiqh karangan ulama tempatan. Seterusnya pada zaman abad ke-18 Masihi,  lahir juga ulama-ulama fiqh yang hebat di Nusantara sehinggalah abad ke-19 Masihi. Proses Islamisasi ini yang berlaku serentak dengan gerakan menerapkan lunas-lunas fiqh Islam telah mendorong ke arah kelahiran satu corak kesusasteraan Islam di Nusantara yang menekan soal perundangan. Nilai-nilai peru Islam dan institusi-institusinya ke dalam hukum adat Melayu, iaitu Undnag-undang Adat Temenggong dan Undang-undang Adat Perpatih.[7] Proses penyerapan ini berlaku menerusi ubah suai hukum adat Melayu dengan undang-undang Islam. Namun demikian terdapat juga adat-adat Melayu yang belum diubahsuai dan tidak diterima oleh undang-undang Islam bahkan adat-adat ini hanyalah sekadar adat sahaja.
 
Semasa kuasa penjajah British mula bertapak ke Tanah Melayu pada akhir abad ke-18 Masihi, undang-undang yang berjalan di negara ini ialah undang-undang Islam yang bercampur dengan adat Melayu tetapi pihak penjajah kemudiannya telah memisahkan agama daripada hal-hal pentadbiran kerana sudah menjadi dasar penjajah meletakkan segala urusan keagamaan dan adat di bawah kuasa raja-raja Melayu dan segala masalah bersabit dengan pemerintahan di bawah kuasa penjajah.
 
Walaupun perundangan Islam dapat berjalan di negeri-negeri Tanah Melayu tetapi tiada sebuah negeri tersebut mempunyai perlembagaan Islam yang bertulis. Hanya pada abad ke-20 Masihi, Johor telah muncul sebagai satu-satunya negeri yang mula merintis jalan ke arah tersebut dengan menguatkuasakan sebuah perlembagaan Islam pada tahun 1985 Masihi. Negeri tersebut pada masa itu di bawah kerajaan pemerintahan Sultan Abu Bakar yang telah menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1985 dengan menjadikan Islam sebagai agama negeri.[8]  Hal ini kemudianny diikuti oleh Terengganu yang menggubal Undang-undang Tubuh nya pada tahun 1911 Masihi.[9]
 
Seterusnya pada tahun 1913 Masihi, Sultan Ibrahim memperkenalkan Majalah Ahkam Johor sebagai Undang-undang mal Islam Johor yang diambil daripada Majallah al Ahkam al Adliyyah yang dilaksanakan di Turki di bawah kerajaan Othmaniyyah pada tahun 1869 Masihi.[10]
 
 
 
Halangan-halangan Pelaksanaan Hukum Jenayah Islam di Malaysia
 
1.     Penafsiran Artikel 4(1) di dalam Perlembagaan Malaysia yang mengangkat Perlembagaan sebagai kuasa tertinggi dan meletakkan Islam di dalam perlembagaan terbatas memandangkan Negara kita memiliki dua sistem mahkamah iaitu sivil dan syariah. Bahkan peruntukan ini juga tidak menyatakan secara jelas adakah peruntukan perlembagaan ini merupakan peruntukan utama yang menghalang pelaksanaan Islam kerana ia tidak merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Dalam banyak hal berkaitan juga perlembagaan itu masih bergantung kepada tafsiran mahkamah bagi mengisytiharkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi Negara itu tidak semestinya mutlak dalam menghalang pelaksanaan undang-undang Islam.[11]
 
2.     Pelaksanaan Islam dalam konteks Undang-undang Jenayah Islam tidaklah bergantung kepada Artikel 3 sahaja malah ianya bersifat umum yang cuba memberikan karakter kepada perlembagaan dan pentadbiran Negara kerana bergantung kepadanya adalah tidak tepat dan masih kabur dan emmerlukan kepada penjelasan kedudukan, formula dan skima yang mendasari undang-undang jenayah yang ada , khususnya Kanun Keseksaan, Acara Jenayah, Akta Keterangan 1950 dan seumpamanya.
 
3.     Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa sebarang undang-undang negeri yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlawanan dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang negeri itu adalah terbatal setakat mana ianya berlawanan dengan undang-undang persekutuan itu.
 
4.      Isu bilangan ahli parlimen di Malaysia. “Di atas kertas”, kita melihat sukar melaksanakan hukum hudud di Malaysia kerana Malaysia menggunapakai sistem demokrasi berparlimen. Sebagai pindaan perlembagaan bagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang memerlukan 2/3 persetujuan ahli parlimen. Ahli parlimen Islam yang ada sekarang hanyalah 132 orang yang mana ia memerlukan 16 lagi ahli parlimen yang bukan beragama Islam untuk mencapai majoriti 2/3 dalam dewan parlimen. Kalau ikut rasionalnya, agak sukar orang bukan Islam untuk bersetuju. Sedangkan yang beragama Islam ada juga yang tak bersetuju, inikan pula orang bukan Islam.
 
5.     Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355)  membataskan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan sebarang undang-undang berkaitan jenayah syariah dengan hanya boleh mengenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman-hukuman tersebut sahaja. Ia adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan ia berkuatkuasa di seluruh Persekutuan atau seluruh negara, termasuk di negeri-negeri.
 
  1. Pelaksanaan hukum Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia memerlukan satu penafsiran baru. Menurut Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pelaksanaan hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat.[12] “Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan sunah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat,” kata beliau.
 
Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini, kata beliau sambil menambah, “cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan.” “Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira,” kata beliau lagi. Katanya, ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini.
 
“Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir,” kata beliau lagi. Jelas beliau, hukuman rejam pula patut mengambil kira pandangan yang memasukkannya di bawah takzir bererti pemerintah boleh meminda dan menukar atau membatalkannya.
 
Di samping tafsiran ihsan itu hendaklah disempitkan kepada maksud lelaki ataupun perempuan yang masih berkahwin bukan yang pernah berkahwin, kata Asri dalam kertas kerja pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru hari ini. Kelantan kerajaan pimpinan PAS bercadang untuk melaksanakan hukum hudud selepas menerajui negeri itu pada 1990.
 
“Ini kerana pengkhianatan kepada pasangan dan keluarga sesuatu yang amat buruk. Di samping takzir, hukuman rejam mempunyai suasana zaman yang berbeza, itupun perlu diambil kira dalam membahaskannya,” kata beliau lagi. Asri menambah, jika suasana kondusif, perubahan zaman dan tempat diambil kira dalam pelaksanaan hukuman, maka akan didapati hudud mencapai matlamat pencegahan, pendidikan dan dalam masa yang sama menonjolkan keindahan hukuman tersebut.
 
“Jika tidak, hukuman itu akan membawa fitnah dan salah sangka terhadap Islam. Saya selalu sebutkan hudud bagaikan wanita yang baik, ia akan indah jika bersuamikan lelaki yang baik. Namun keindahannya akan hilang jiwa berada di bawah suami yang fasik dan rosak,” kata tokoh agama yang dilihat progresif ini.
 
Dalam kertas kerja itu, Asri juga berkata menggambarkan negara Islam atau ‘design’ negara yang diperintah oleh Allah dan rasul- Nya sebagai negara hudud adalah gambaran tidak tepat. Oleh itu kata beliau, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam kerana asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan Sunah. “Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya. Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat.
 
“Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat,” kata beliau. Katanya, penafsiran perkataan ‘makruf’ dan ‘munkar’ hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum dan kenegaraan secara khususnya. Oleh itu katanya, keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum. “Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa. “Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa,” kata beliau sambil menambah, “kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga.”
 
Malah katanya, kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat atas kebaikan itu dengan rakyat mendoakan pemerintah, pemerintah mendoakan rakyat. “Suasana cinta dan kasih tersebar secara meluas,” katanya. Asri juga berkata, pelaksanaan hudud hendaklah mengambil kira persoalan suasana hudud itu dilaksanakan kerana suasana yang tidak kondusif akan menyebabkan kesan negatif kepada pelaksanaan sesuatu hukuman. “Ini kerana Nabi s.a.w sendiri mengambil kira persoalan ini,” katanya.
 
Katanya ia bermakna pelaksanaan hudud yang membawa kepada umat Islam lari atau salahfaham terhadap Islam, atau Islam ditohmah dengan tuduhan liar sehingga menggugat keimanan umat Islam yang lain patut dielakkan. “Hari ini suasana berubah, media massa sering digunakkan untuk memberikan imej yang salah mengenai Islam. Persediaan ke arah menangani hal itu juga amat penting,” katanya. Katanya, Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang hudud, baginda mengujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda.
 
“Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan undang-undang. “Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suasana kebajikan; bantu-membantu, tolong-menolong antara masyarakat yang kukuh,” kata beliau sambil menambah, “jaminan hak rakyat yang diberikan iaitu berkaitan dengan suasana halal yang mudah; mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya.”
 
“Tiada alasan untuk lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan; sukar mendapat dan menebusi perkara haram. “Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak dihukum; pertama kerana dia telah mencemarkan suasana harmoni yang telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun mudah,” kata beliau.
 
Prinsip Tadarruj Dalam Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam
 
Suatu persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah prinsip tadarruj ini masih relevan dalam melaksanakan undang-undang Islam selepas al-Quran sempurna diturunkan dan ketika mana undang-undang Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya. Dari pengamatan penulis, prinsip tadarruj ini boleh digunapakai dilihat dari dua sudut:
           
Pertama, dari segi pelaksanaan. Apa yang dimaksudkan disini ialah sekiranya sesebuah kerajaan atau pihak ingin melaksanakan hukum-hukum Islam dalam situasi prasarana kepada pelaksanaannya yang masih belum sempurna maka konsep tadarruj ini perlu diadaptasikan. Adalah suatu tindakan yang salah, jika pelaksanaan undang-undang Islam ini dilakukan terus tanpa adanya persediaan dari berbagai sudut, antaranya kajian perundangan, meminta pandangan pakar-pakar dari pelbagai disiplin terutamanya dalam bidang perundangan, penyediaan qadi dan pegawai-pegawai mahkamah yang terlatih yang mana kesemuanya itu memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Aspek persediaan ini penting supaya pelaksanaan undang-undang Islam nantinya tidak menimbulkan kegelisahan dan keresahan kepada masyarakat terutama dalam situasi kebanyakan masyarakat Islm yang cakupannya amat luas meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Keadaan ini lebih ketara bagi masyarakat bukan Islam yang sering ditakutkan dengan nama yang dikaitkan dengan Islam. Ini ditambah lagi dengan peranan media masa yang sering menggambarkan hukum Islam dalam bentuknya yang negative. Jadi perlu bagi pihak yang ingin melaksanakan Islam terlebih dahulu mendidik masyarakat tentang hakikat hukum Islam yang sebenarnya. Penerangan ini bukan dalam erti kata bahawa semua masyarakat harus memahami undang-undang tersebut tetapi memadai jika dikatakan bahawa majoriti masyarakat sudah mengetahui undang-undang Islam tersebut.
           
Oleh kerana undang-undang Islam sangat luas yang merangkumi semua hal sebagaimana undang-undang ciptaan yang ada sekarang, maka pelaksanaannya memakan masa. Jadi adalah tidak praktikal kalau kita menunggu semua undang-undang ini siap sepenuhnya kemudian dilaksanakan sekaligus. Jadi kalau kita memakai prinsip tadarruj ini maka kita laksanakan sebahagian undang-undang yang telah sempurna dan kemudian sebahagian undang lain apabila ianya telah sempurna. Ini memandangkan bahawa sebahagian perundangan yang sedia ada seperti yang diamalkan di mahkamah-mahkamah Syariah sudah mempunyai asas kepada pembentukan undang-undang sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Begitu juga perkara-perkara yang berkaitan dengan muamalat atau ekonomi Islam, perundangan yang sedia ada sudah mampu menjadi asas kepada pembentukan sisten ekonomi Islam yang sempurna. Bagi aspek-aspek yang belum ada asasnya seperti undang-undang fitnah, pentadbiran dan perlembagaan, tort dan sebagainya, ia akan dilaksanakan kemudian. Jadi adalah kurang bijak untuk kita menanti keseluruhan undang-undang Islam itu sempurna barulah ingin dilaksanakan. Kalau kita memakai prinsip tadarruj ini, maka mana-mana undang-undang yang dianggap sempurna akan dilaksanakan dahulu diikuti undang-undang lain seterusnya melihat dari segi teknikalnya, ia menunjukkan bahawa konsep tadarruj ini tidak boleh dipisahkan sama sekali dalam pelaksanaan hukum-hukum Islam masa kini.
           
Satu lagi aspek pelaksanaan yang secara semulajadi memakai prinsip tadarruj ini ialah bilamana suatu pihak mampu untuk melaksanakan hukum Islam tetapi tidak dapat dilaksanakan sekaligus kerana halangan masa dan tenaga. Justeru itu, dalam peringkat persediaan dan kajian, ini hukum Islam yang sebenarnya tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu kita perlu mengekalkan hukum yang sedia ada buat sementara waktu sebelum hukum-hukum Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya. Misalnya, hukum hudud yang ingin dilaksanakan. Ia memerlukan kajian dan sebagainya. Dalam tempoh kajian tersebut sudah tentu hukum yang sedia ada misalnya kesalahan berzina hanya dikenakan denda RM 3,000.00 atau penjara 3 tahun dilaksanaka, Jika selepas dua tahun, keadaan masih tidak mengizinkan, kita boleh tingkatkan hukuman mungkin 7 tahun penjara dan denda RM 10,000.00. Dalam masalah ini atau jenayah yang terdapat dalam Enakmen Jenayah Negeri, segala prasarana perundangan ini sudah sedia ada. Tetapi jika ia berkaitan dengan hudud yang lain seperti mencuri, qazaf, membunuh yang tidak termasuk dalam Enakmen Jenayah negeri maka keperluan kepada prinsip tadarruj ini tidak boleh dinafikan.
           
Kedua, dari segi hukuman. Prinsip tadarruj ini boleh digunakan dalam kes-kes yang kesalahannya hanya dikenakan hukuman berbentuk ta’zir yang terserah kepada budibicara hakim atau pemerintah bagi mengenakan bentuk atau jumlah hukuman bagi sesuatu kesalahan itu. Misalnya kesalahan tidak memakai hijab atau tudung atau kesalahan memandu laju, maka pada peringkat awal diringankan hukumannya kemudian selepas beberapa tahun ditingkatkan hukumannya bergantung kepada suasana dan keadaan masyarakat. Dalam hal ini bentuk hukuman yang bersifat beransur-ansur, bermula dengan hukuman yang ringan dan denda yang sedikit kepada yang lebih berat yang mana kesemuanya bergantung kepada keadaan dan suasana.
 
 
Tadarruj dalam Pengharmonian Undang-undang Syariah dan Statutori.
 
Untuk pengharmonian antara undang-undang Syariah dan statutori menggunakan prinsip Tadarruj, ada beberapa cadangan dilakukan. Antaranya ialah :
1)     Undang-undang syariah mempunyai kuasa secara normatif terhadap undang-undang statuari;
2)     Saling penetrasi antara undang-undang Syariah dan undang-undang statutori; dan
3)     Wujud secara berseiringan antara kedua-dua sistem perundangan,[13] yang mempunyai bidangkuasa pelengkap antara kedua-duanya.
 
Antara tiga cadangan ini, hanya cadangan pertama mungkin boleh meredakan konflik antara perundangan yang diamalkan di Negara Islam. Untuk menjayakan pengharminian ini, perlulah diberi peranan yang lebih kepada undang-undang Syariah untuk membentuk  satu falsafah perundangan yang perlu dimiliki oleh para hakim dalam sistem kehakiman Negara. Ada usaha-usaha yang telah dilakukan di Negara-negara Arab bagi mengharmonikan pentadbiran undang-undang negara. Contohnya di Sudan dan Mesir, para hakim telah berusaha untuk mengislamkan sistem undang-undang Negara sebagaimana jelas berlaku di mahkamah-mahkamah rendah sehingga ke mahkamah-mahkamah rayuan, tetapi belum lagi di Mahkamah Agung (Supreme Court)[14]  di negara-negara berkenaan. Para qadi dan hakim di mahkamah Sivil juga dalam banyak kes di Sudan cuba mengelakkan peruntukan-peruntukan statutory yang bertentangan dengan undang-undang Syariah dan sebagai gantinya mengaplikasikan undang-undang Syariah yang belum dikodifikasikan, dalam usaha mensyariahkan undang-undang di negara itu.[15]
 
Kesimpulan dan Cadangan
 
Gerakan pembaharuan yang dipelopori oleh Jamal al-Din al-Afghani (1839-1897) dan Shaykh Muhammad ‘Abduh (1849-1905) telah berjaya membentuk semula pemikiran perundangan Syariah dari dalam dan akhirnya gerakan pemodenan ini dilakukan oleh para sarjana yang berotoriti untuk menyesuaikan dengan tuntutan dan keperluan semasa masyarakat Islam. Kepada gerakan ini, pintu ijtihad perlu dibuka semula, dengan berasaskan kepada doktrin maslahan. Walau proses ini tidak berjaya membentuk satu metodologi perundangan Syariah yang baru, kerana ia dianggap mengganggu teori perundangan tradisi dan membawa penggubalan perundangan secara persendirian (tashri)[1]  tetapi ia telah membuka jalan untuk penerokaan kepada pembentukan metodologi perundanganyang baru. Untuk menyambung usaha pembaharuan ini, Syakh Ahmad Muhammad Shakir (m.1958), seorang qadi di Mesir telah mengemukakan metodologi perundangannya dengan mencadangkan supaya mahkamah Syariah menggunakan tiga sumber, iaitu sumber asal Syariah (al-Quran al-Sunnah, al-ijma dan al-qiyas), undang-undang statutori dan keadilan (al-adl). Sebagai penyelesaian sokongan, beliau lebih menyokong penggunaan konsep al-takhayyur dari sumber-sumber lain, selagi penggunaannya tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.[2] Kemungkinan cadangan ini dibuat untuk memudahkan pengharmonian antara teori dan amalan undang-undang Syariah dan Barat.
 
Senario di Sudan
 
Satu lagi percubaan dilakukan untuk pengharmonian antara undang-undang Syariah dan Barat iaitu dilakukan di Sudan. Dalam usaha meletakkan Syariah sebagai undang-undang negara, Hasan al-Turabi, seorang pakar undang-undang dan ahli sains politik, telah mencadangkan metodologi hukum yang baru dijadikan asas pengharmonian undang-undang di antara undang-undang Syariah dan Barat. Sumber-sumber hukum selain dari al-Quran, al-Sunnah, al-ijma, al-qisas, al-istihsan dan al-darurah, beliau juga memperakukan penegakan semula Syariah dengan melalui kodifikasi statutory, yang diamalkan di Barat, dengan berasaskan doctrin al-takhayyur. Pelaksanaan teori al-Turabi ini dilakukan dengan mengaplikasikannya dalam Akta Pengadilan (peraturan-peraturan Asas) (the Judgements (Basic Rules) Act) (Qanun usul al-Ahkam), 1983. Akta ini memberi kuasa kepada mana-mana hakim, di dalam kes lacuna di dalam peruntukan statut Syariah dan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, menggunakan ijtihad dengan berdasarkan kepada prinsip-prinsip undang-undang mengikut turutan berikut; iaitu al-ijma, al-qisas, al-maslahan doktrin dahuluan perundangan (mahkamah nasional Sudan) dan adat, selagi semuanya itu tidak bertentangan undang-undang Syariah dan keadilan, iaitu termasuk ekuiti dan keprihatinan (good conscience).[3]
 
Senario di Mesir
 
Agak berlainan pula berlaku di Mesir. Di dalam peruntukan Fasal 2, Perlembagaan 1980, dibahagikan kepada dua undang-undang yang diamalkan di Negara itu. Pertama, prinsip-prinsip fundamental dan kedua ialah peraturan-peraturan terperinci. Dijelaskan bahawa prinsip-prinsip fundamental, yang diterima pakai oleh semua para ulama’, berpksikan kepada kaedah klasik Syariah, yang ditetapkan dalam ilmu usul al-fiqh di dalam empat mazhab, teori perundangan mazhab Mu’tazilah, dan mengikut pandangan pemikiran modenis Islam. Prinsip-prinsip asas perundangan ini ditetapkan sebagai tidak boleh diubah, yang merupakan norma-norma perundangan yang kukuh (unequivocal). Peraturan-peraturan terperinci pula, sebaliknya,dibenarkan untuk diubahsuai dengan jalan pentafsiran, mengikut perubahan keadaan, masa dan tempat di mana ia diamalkan. Walaupun pada dasarnya, para pakar undang-undang itu, tetapi Mahkamah Agung Perlembagaan (the Supreme Constitutional Court), pada masa yang mendatang adalah dibenarkan untuk dirujukkan kepada badan pembuat undang-undang (legislative) dan ijtihad perundangan untuk kepentingan awam. Pada tahun 1994, Mahkamah Agung Perlembagaan telah menolak satu tuntutan atau rayuan untuk  membatalkan keputusan mahkamah yang mewajibkan suami membayar nafkah anak ke belakang, iaitu ke hari ia mula tidak membayarnya, dengan alasan bahawa keputusan sedemikian bertentangan dengan doktrin berhubung dengan dengan nafkah dalam mazhab Hanafi. Mahkamah Agung itu memutuskan pembayaran ke tarikh belakang tersebut adalah mengikut prinsip Syariah dan mengarah supaya menghindarkan kesulitan (mashaqqah) terhadap masyarakat dan dalam kes ini ialah kepada anak tersebut. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah ini menunjukkan bahawa sekiranya terdapat kesamaran atau kekosongan dalam prinsip-prinsip perundangan, keperluan kepada pnyesuaian undang-undang Syariah secara anjal hendaklah dilakukan bagi disejajarkan dengan keperluan semasa. Mahkamah Agung Perlembagaan juga telah memutuskan bahawa undang-undang statutory adalah amat penting di dalam metodologi perundangan Syariah masa kini.[4]
 
Senario di Malaysia
 
Yang terpenting apabila pejabat Peguam Negara, melalui Bahagian Syariahnya dan juga Parlimen ataupun Dewan Undangan (DUN) Negeri, dalam kes Malaysia atau lainnya, merancang untuk mengkodifikasi undang-undang Syariah melalui pemakaian prinsip-prinsip Syariah dan mekanisme yang ditetapkan bagi mengadaptasi undang-undang Syariah bersesuaian dengan masyarakat kontemporari yang sentiasa berubah hendaklah mengikut beberapa syarat yang diperlukan. Antaranya ialah :
1)     Bahagian Syariah, Pejabat Peguam Negara dianggotai oleh ahli perundangan yang mempunyai kepakaran secara dwi-sistem perundangan, iaitu Syarian dan Sivil atau Commom Law Inggeris;
2)     Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, sekurang-kurangnya memahami secara asas kedua-dua sistem perundangan tersebut; bahkan diwajibkan hadir mendengar taklimat dan kursus berkaitan undang-undang jenayah Islam sebagaimana kewajipan memiliki lessen memandu dengan sukatan pelajaran, teori dan praktikal yang wajib hadir dengan tempoh masa tertentu.
3)     Penggubalan undang-undang statutori hendaklah berasaskan kepada kerangka dan prinsip-prinsip jurispruden Islam yang digunapakai oleh setiap mazhab ortodoks Islam. mana-mana fatwa yang dibuat oleh seorang mufti, melalui jawatankuasa Syariah negeri atau jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hendaklah juga mempunyai kuasa perundangan bagi mengisi mana-mana kekosongan dalam pelbagai aspek perundangan Syariah yang sentiasa berkembang;
4)     Pengenalpastian hendaklah dibuat terhadap mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang Syariah yang diamalkan dan membuat perancangan untuk, sekurang-kurangnya diminimumkan percanggahan sedemikian dan akhirnya hendaklah dihapuskan mana-mana yang bertentangan diserap dan diasimilasikan mana-mana peruntukan perundangan yang bersesuaian sehingga menjadi bersepadu dan mencapai pengharmonian yang sebenar antara undang-undang Syariah dan Sivil;[5]
5)     Kerjasama dan kordinasi perlu diwujudkan antara pakar-pakar perundangan Syariah dan Sivil di dalam pentadbiran undang-undang Negara, seperti para hakim, qadi, mufti, pengamal undang-undang dan para sajana perundangan di pusat-pusat pengajian tinggi untuk membentuk, menyelaras dan mengharmonikan pengamalan undang-undang tersebut, sama ada dalam bidang-bidang kekeluargaan, ekonomi, pentadbiran, politik dan lain-lain. Di Malaysia telahpun ditubuhkan jawatankuasa teknikal undang-undang untuk tujuan tersebut, tetapi ia perlu diteruskan, dikemaskini dan dipergiatkan lagi sehingga tercapai tujuan pengharmonian sistem perundangan Negara yang sebenarnya wujud di negara ini.
6)     Di Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah ditubuhkan pada 15 Disember 1998 berfungsi untuk menyelaraskan pentadbiran undang-undang Syariah di Malaysia. Ia juga akan menjadi Mahkamah Rayuan Syariah di Peringkat Prsekutuan. Penubuhan Jabatan ini adalah sebagai kemuncak kepada penyatuan, pemodenan dan pengharmonian pengamalan undang-undang Syariah di Malaysia, sepatutnya dicontohi oleh negara-negara Islam yang lain.[6]
 
Akhirnya, pembentukan satu minhaj atau metodologi baru dalam sistem perundangan Syariah, yang tidak berpisah dari asas-asas metodologi klasik sahaja yang membolehkan untuk memperlengkapkan lagi undang-undang ini bagi tujuan pengharmonian pengamalan antara undang-undang Syariah dan Sivil. Ini hanya boleh dilakukan melalui kaedah ijtihad berwibawa, dan dengan ijtihad sedemikian sahajalah undang-undang Syariah berupaya untuk memenuhi semua tuntutan dan keperluan umat Islam semasa. Para pakar perundangan juga perlu membutikan kewibawaan, berdaya saing, berdaya cipta, berdaya ubah, jujur dan berani untuk mentafsir semula dan membentuk satu kaedah perundangan Syariah baru, tanpa menyeleweng dan menyimpang dari cirri-ciri dan rangka bentuk undang-undang Syariah yang diformulasikan oleh para fuqaha’ terdahulu, kerana ia adalh warisan utama (al-turath) yang tidak boleh diabaikan rujukan kepadanya. Walau bagaimanapun, untuk berpegang kepada hanya kepada teori-teori atau kaedah-kaedah klasik semata-mata tidaklah memadai kerana peruntukan-peruntukan metodologi usul al-fiqh dan al-qawa’id al-fiqhiyyah klasik tidak dapat memenuhi tuntutan perkembangan semasa. Perlu juga digunakan teori-teori baru, seperti pemakaian konsep fiqh al-awlawiyyat (fiqh keutamaan), dengan mengadoptasi elemen-elemen fiqh al-muwazanat (fiqh perimbangan)[7] dan al-tayyar al-wasati (aliran kesederhanaan)[8] di dalam penggubalan dan pengaplikasian undang-undang Syariah (tatbiq al-qanun li al-Syari’ah) pada keseluruhannya, di samping penggunapakaian konsep dan doktrin perundangan moden, sama ada dari Barat atau lainnya.
 
Undang-undang Syariah juga tidak seharus semuanya dilokalisasikan sebagai satu sistem perundangan tempatan atau nasional, kerana ia adalah satu sistem sejagat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemboleh amalan di setiap tempat, masa dan keadaan, tanpa disempadankan oleh mana-mana daerah atau Negara ataudibataskan oleh masa dan keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, sebahagian dari undang-undang Syariah itu perlu bercirikan local untuk disesuaikan dengan keadaan, tempat dan kemanusiaan yang memerlukannya yang bersifat tempatan, seperti dalam undang-undang perlembagaan, pentadbiran, diri dan lain-lain.
 
 
Berdasarkan perbincangan diatas kita dapati bahawa prinsip tadarruj merupakan antara asas dalam pelaksanaan undang-undang Islam walaupun hukum-hukum Islam itu telah sempurna selepas selesainya penurunan al-Quran. Ini ditegaskan oleh Dr Yusuf al-Qardawi yang menyatakan bahawa “ Sekiranya kita ingin menegakkan (masyarakat Islam yang hakiki) maka jangan kita sangka ianya dapat ditegakkan dengan tulisan pena atau dengan perintah daripada raja atau ketua Negara atau majlis pemerintah atau parlimen. Tetapi masyarakat Islam yang hakiki hanya dapat dibina melalui jalan beransur-ansur, yang saya maksudkan ialah dengan persediaan dan persiapan pemikiran, psikologi, akhlak dan juga kemasyarakatan.”
 
Persoalan terburu-buru ingin melaksanakan hukum Islam dengan mengabaikan aspek prasarana dalam pelaksanaan hukum Islam hendaklah ditinggalkan. Apa yang penting ialah keikhlasan, bilamana sudah ada tekad dan keazaman untuk melaksanakan hukum-hukum Islam maka biarlah kita berperingkat-peringkat dalam melaksanakannya agar pelaksanaannya sempurna dan tidak mengundang banyak permasalahan. Sekalipun kesempurnaan ini memang sukar dicapai, tetapi boleh dicapai melalui pembaikan dari masa ke semasa dengan syarat pelaksanaan tersebut hendaklah meminimakan sebanyak mungkin permasalahan yang bakal atau mungkin timbul. Persoalan sama ada sesuatu undang-undang itu sudah sesuai untuk dilaksanakan atau tidak hendaklah diserahkan kepada pakar-pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan. Faktor keikhlasan ini boleh diikat dengan faktor masa iaitu meletakkan tempoh masa tertentu misalnya dua tahun atau tiga tahun atau empat tahun atau sebagainya yang difikirkan perlu bagi menyediakan prasarana berkaitan bagi melaksanakan hukum Islam sepenuhnya. Faktor penetapan masa ini penting bagi mengelakkan prasangka bahawa prinsip tadarruj ini digunakan sebagai alasan untuk tidak melaksanakan hukum Islam.
 
 
 
Rujukan
 
Al-Quran al-Karim.
 
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Laporan Tahunan 2001.
 
Abdul Aziz Bari, 2005, Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.
 
Muhammad Khudari Bek, 1967, Tarikh al-tasyri' al-Islami, Beirut: Dar al-Fikr.
 
Yusuf al-Qardawi, 1986, al-khasais al-Ammah li al-Islam, Qaherah: Maktabah Wahbah.
 
Al-Qattan, Manna', 1995, Tarikh al-Tasyri' al-Islami, Beirut: Muassasah al-Risalah, Beirut.
Abdul Basir Mohamad dan Jafril Khalil, 1998, Modul Sejarah Perundangan Islam, Modul 13, Pusat Pengajian Luar Kampus, Universiti Kebangsaan Malaysia.
 
Abdul Karim Zaydan, 1987, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, Beirut: Muassasah al-Risalah.
 
Al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari, 1988, al-jami' li Ahkam al-Quran, jilid 10, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
 
Sayyid Qutb, 1985, Ma'alim fi al-Tariq, Riyad: Ittihad al-Islami al-Alami.
 
Az-Zuhayli, Wahbah, 1986, Usul al-Fiqh al-Islami, juz 2. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu'asir.
 
K.Balz (1999), “The Secular Reconstruction of Islamic Law: The Islamic Supreme Constitutional Court and the ‘Battle over the Veil’ in State Run School”. In B.Dupret, M. Berger and L. Zuwaini(eds), Legal Pluralism in the Arab World. The Hague, London & Boston: t.p.
 
C.B Lombardi (1988), “Islamic Law as a Source of Contitutional Law in Egypt : The Constitutionalization of the Sharia in a Modern Arab State”, Columbia Journal of Transanational Law 37.
 A. Layish and g.R. Warfurg (2002), The Reinstatement of Islamic Law in Sudan under Numayri. An Evaluation of a Legal Experiment in the Light of Its Historical Contexxs methodology and Repercussions. Leiden; Lazac.
 
Lihat W.B.Hallaq (1997), A History of Islamic Legal Theories. Cambridge: Cambridge University Press. lihat juga R.Peters, ‘Ijtihad dan Taqlid in 18th and 19th Century Islam”, Die Welt des Islams 30.
 
R.Shaham (1999), “An Egyptian Judge in a Period of Change: Qadi Ahmad Muhammad Shakir (1892-1958)”, Journal of the American Oriental Society. 119.
 
C.B. Lombardi (1998), “Islamic Law as a source of Constitutional Law in Egypt : The Constitution of the Sharia in a Modern Arab State”, Columbia Journal of Transnational Law A.Layish and G.R.Marburg.
 
Yusuf al-Qardawi, (2000/1421) Fi fiqh al-Awlawiyyat : Dirasah Jadidah Fi Daw’ al-Quran wa al-Sunnah. Qaherah : Maktabat Wahbah.
 
J. Schacht, Introduction, op cit., h. 19; dan N.J. Coulsan, History of Islamic Law.


[1] Lihat W.B.Hallaq (1997), A History of Islamic Legal Theories. Cambridge: Cambridge University Press. lihat juga R.Peters, ‘Ijtihad dan Taqlid in 18th and 19th Century Islam”, Die Welt des Islams 30,hh. 131-145
[2] R.Shaham (1999), “An Egyptian Judge in a Period of Change: Qadi Ahmad Muhammad Shakir (1892-1958)”, Journal of the American Oriental Society. 119, hl. 440-455.
 
[3] A. Layish and G.R. Warturg, op.cit.,hh. 79-94.
 
[4] C.B. Lombardi (1998), “Islamic Law as a source of Constitutional Law in Egypt : The Constitution of the Sharia in a Modern Arab State”, Columbia Journal of Transnational Law 37,hh.81-123; dan A.Layish and G.R.Marburg, op cit., hh. 124, 169-170.
 
[5] Penerapan dan pengasimilasian elemen-elemen perundangan asing ke dalam sistem perundangan Syariah telah berjaya dilakukan pada peringkat period formatif pada zaman awal Islam, sama ada dalam bidang pengkonseptualisasi undang-undang, penginstitusian dan pengamalan pentadbirannya. Lihat J. Schacht, Introduction, op cit., h. 19; dan N.J. Coulsan, History of Islamic Law, op cit., h.27.
[6] Lihat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Laporan Tahunan 2001, h. 22.
 
[7]  Yusuf al-Qardawi, (2000/1421) Fi fiqh al-Awlawiyyat : Dirasah Jadidah Fi Daw’ al-Quran wa al-Sunnah. Qaherah : Maktabat Wahbah, h. 25.
[8]  Ibid., hh. 191-196.
 


[1]    Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiah, Darul Fikr al-Arabi, tanpa tarikh, hal. 42.
[2]    Marco Polo, The Travels of Marco Polo, London (terjemahan) Aldo Ricci, hal. 282.
[3]    Ibnu Battutah (arab), Rehlah Ibnu Battutah, Beirut 1960, hal. 618. Lihat juga H.A.R Gibb (terjemahan) Ibn Batutah Travel in Asia and Africa, New York, 1929, hal.274.
[4]    W.G Shahhabear, Sejarah Melayu, The Malayan Publishing House Ltd., Singapura, 1950, hal.115.
[5]    Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Melayu Sepintas lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hal.25.
[6]    M.B. Hooker(ed), The Law of South East Asia, vol.1, The pre-Modern  Texts, Butterworth & Co, (Asia) Pte. Ltd. 1988, hal. 376. Lihat juga Yock Fang, Undang-undang Melaka, The Hague, 1976, hal.1.
[7]    Abdul Halim Muhammady, Sumbangan Institusi Pengajian Tinggi Islam Ke Arah Perlaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia, Seminar Syariah, Universiti Malaya, 1987, hal.7. Lihat juga Hooker, Readings in Malay Adat Laws, Singapore University Press, 1970, hal.93.
[8]    Undang-undang Tubuh Kerajaan-Johor 1895, Fasal 57. Lihat juga Buyong Adil, Sejarah Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hal.288.
[9]    Law of The Constitution of Terengganu, 1911 Malayan Constitutional Documents No.2.
[10]  Majallah Ahkam Johor, Kerajaan Johor, Muar 1331H.
[11] Abdul Aziz Bari, 2005, Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication, Hal 102-103.
[12] www.drmaza.com
[13]   K.Balz (1999), “The Secular Reconstruction of Islamic Law: The Islamic Supreme Constitutional Court and the ‘Battle over the Veil’ in State Run School”. In B.Dupret, M. Berger and L. Zuwaini(eds), Legal Pluralism in the Arab World. The Hague, London & Boston: t.p, hh. 231-233.
[14] Lihat C.B Lombardi (1988), “Islamic Law as a Source of Contitutional Law in Egypt : The Constitutionalization of the Sharia in a Modern Arab State”, Columbia Journal of Transanational Law 37. hl. 118-119; A. Layish and g.R. Warfurg (2002), The Reinstatement of Islamic Law in Sudan under Numayri. An Evaluation of a Legal Experiment in the Light of Its Historical Contexxs methodology and Repercussions. Leiden; Lazac, h. 263
 
[15] Ibid., hl. 174-180, 267, 276-277


[1] Az-Zuhayli, Wahbah, Usul al-Fiqh al-Islami, juz 2. Dar al-Fikr al-Mu'asir, Beirut, 1986, hal. 936.
 


[1] Al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari, al-jami' li Ahkam al-Quran, jilid 10, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, 1988
[2]    Muhammad Khudari Bek, Tarikh tasyri' al-Islami, Dar al-Fikr, Beirut, 1967, hal.18.
[3]    Yusuf, al-Qardawi, al-Khasais al-Ammah li al-Islam, Maktabah Wahbah, Qaherah, 1986, hal.163.
[4]    Muhamammad Khudari, op.cit. Hal. 163.
[5]    Abdul Basir Mohamad dan Jafril Khalil, Modul Sejarah Perundangan Islam, Modul 13, Pusat Pengajian Luar Kampus, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998.
[6]    Muhamammad Khudari, op.cit. Hak. 17-18.
 
 


[1] Abdul Karim Zaydan, 1987, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, Beirut: Muassasah al-Risalah, hal. 378.