Selasa, 12 Ogos 2014

CELIK UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM: ISU TALAK

 
SOALAN:

Saya ingin bertanyakan tentang hukum talak. Situasinya begini, ketika sedang makan kami berborak dan ada perkara yg suami tidak bersependapat dengan saya, lantas suami menyoal begini pada saya..., "kau nak aku ceraikan kau ke?"saya terus terdiam dan selepas marahnya reda kami berbaik semula.

Situasi kedua: 3 bulan lalu ketika kami pergi bercuti, dalam kereta semasa sesat mencari jalan suami marah-marah saya sehinggakan suami menyoal "kau nak talak berapa 1,2,3? cakap dgn aku..." Pertanyaan suami itu seolah-olah bertujuan untuk mengugut dan menggertak saya. Tak lama kemudian marahnya reda kami berbaik semula dan saling menyayangi. Perkara ni berlaku bila mana saya menjawab kata-kata suami kerana kami sering tidak bersependapat dalam sesetengah perkara. Adakah jatuh talak ke atas saya?

PENJELASAN:

Talak merupakan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Sabda Nabi Muhammad saw, "Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talak." Talak tidak mendatangkan dosa jika ia dilakukan mengikut garis panduan yang dinyatakan dalam Islam. Berdasarkan isu yang dibangkitkan, dalam kedua-dua situasi tersebut, tiada talak yang berlaku. Ini disebabkan suami hanya mengemukakan soalan, "kau nak aku ceraikan kau ke?", "kau nak talak berapa 1,2,3? cakap dgn aku...". Bahkan ada kes-kes yang dilaporkan sehingga talak 1000, goram bobonar agak e..

Dalam kedua-dua lafaz ini tiada bukti yang menunjukkan suami telah melafazkan talak dan tiada bahasa kiasan yang menunjukkan suami hendak menjatuhkan talak. Namun, suasana ini tidak boleh diteruskan. Pertengkaran yang melahirkan kemarahan adalah perbuatan yang dipengaruhi oleh Syaitan. Syaitan memang suka jika suami isteri bercerai berai. Pertengkaran antara suami isteri merupakan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Ini disebabkan pertengkaran akan menghilangkan perasaan kasih sayang antara pasangan, di mana kasih sayang merupakan antara objektif utama disyariatkan sesuatu perkahwinan.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21, yang bermaksud, “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Jabir melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Iblis meletakkan istananya di atas air. Kemudian dia menghantar bala tenteranya. Tentera yang paling rapat dengan Iblis ialah tentera yang paling besar melakukan fitnah terhadap manusia. Datang seorang tentera lalu berkata kepada Iblis, ‘Aku sudah melakukan begini dan begini.’ Iblis menyanggah, ‘Engkau tidak lakukan apa-apa pun.’ Datang seorang tentera lain, ‘Aku sudah menggoda seorang lelaki sehingga dia menceraikan isterinya.’ Iblis lantas mendekati tenteranya itu, lalu berkata, ‘Engkaulah orang yang paling rapat dengan aku.’” (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim)

Sekiranya masih ragu-ragu tentang status perkahwinan samada talaq telah jatuh atau tidak kita hendaklah mendapatkan pengesahan lafaz talaq dari pihak Mahkamah samada melalui peguam syarie atau tidak dan bukannya dengan merujuk kepada ustaz atau imam masjid kerana mereka tidak mempunyai autoriti yang muktamad dan hanya sekadar pandangan berbeza dengan keputusan mahkamah.

Jumaat, 30 Mei 2014

Nak Cerai ke Tak???

PejabatCawanganKajang, 31hbMei2014, 2:53am, sengaja aku nyatakan waktu aku menulis. Sangat terganggu dengan kes-kes yang datang, kalau suami yang curang itu biasa boh, tapi kebanyakan yang mengadu kepada ku ialah Sang Suami yang menagdu tentang kecurangan isteri masing-masing, bahkan ada juga pengakuan mereka yang curang dan dirakam, sampai ke telinga ini, Ya Allah, kelak aku akan menjadi saksi kepada merekah di mahshar, benarlah gambaran mahshar itu sangat menakutkan, dengar masalah orang juga adalah kerja yang memsabitkan aku perlu adil dan berkecuali dalam hal-hal mereka.
 
Wahai para isteri, Nabi SAW menangis teresak-esak bila ditanya oleh anakanda baginda SAW Fatimah RA apakah yang ditangiskan amat sangat oleh nabi SAW, maka jawab baginda beliau teringatkan gambaran azab qiamat dan neraka dipenuhi dengan para wanita, hadith oleh Abdullah Bin Umar RA:
 

عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَمْر عنَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم أَنَّهُ قَالَ يَامَعْشِرَ النِّسَاءِ تَصَدَّ قْنَ وَأَكْثِرْنَ الا سْتِغْفَارَفَأِنِّى
رَأَ يْتُكُنَّ اَكْثَرَ اَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرأَةٌ مِنهُنَّ جَزْلَهٌ
وَمَاَلنَا يَرَسُولُ الله أَكْثَرَ اَهْلَ النَّارِ
قَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ العَشِيْرَ
وَمَا رَايْتُ مِنْ مَا قِصَاتِ عَقْلٍ وَدِيْنٍ أَغْلَب لِذِى لُبٍّ مِنْكُنَّ 
قَالَتْ يَارَسُولَ الله وَمَانُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّيْنِ 
قَالَ أَمَا نُقْصَانُ العَقْلِ فشهادة امراتين تعدل شهادة 
رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيالِى مَا تُصَلِّى
وَتُفْطِرُ فِى رَنَضَانَ فَهذَا نُقْصَانُ الدِّيْنِ
 
"Hai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta ampun, kerana saya lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka.
Maka bertanya seorang wanita yang cerdik, katanya : "Ya Rasulullah, apakah sebab kebanyakkan kami ahli neraka?" Jawab Rasulullah SAW :
"Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami, dan saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang pendandan dan agama yang merusakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat , lebih dari kaum wanita"
Katanya pula: "Apakah yang dimaksudkan kurang pandangan dan kurang agama?"
Jawab Rasulullah SAW : "Adapun yang dimaksudkan kurang pandangan ialah kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki, dan wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa dibulan Ramadhan , inilah maksud kurang agama".


(Hadis sahih riwayat Muslim)
 
Wahai Para Suami, sebenarnya dirimu itu adalah KETUA dalam rumahtangga. Maka sewajarnya para suami mempersiapkan diri sebelum berumahtangga dan semasa telah diijabkabul, andai isterimu menzalimi kamu sebenarnya adalah bermula dari mu sendiri yang terlupa dan alpa kerana kamu menyangkakan bahawa esoklah baru bertaubat, esoklah baru ajak bini ke masjid, esoklah baru suruh bini taat, ingat macam cerita P.Ramlee Anakku Sazali, ini semua kerana bapak asyik cakap oh.. anakku sazali sehingga Sazali membabi buta, cuba tukar dialog tu, ini semua kerana para suami membabi buta juga dalam berkeluarga lahirlah perangai semacam itu juga.. sudah lah selalu makan BABI dalam coklat, perangai pun turut serta... maka kena ingat para suami sekalian, dayus suami tidak akan membolehkannya masuk syurga, didiklah berterusan isteri-isteri anda kerana yang dinilai di sisi Allah SWT bukanlah natijah dari apa yang kita usahakan tetapi apakah usaha kita pada jalan akhirat kita, anak-anak dan isteri...
 Konflik??? pastikan ada dalam rumahtangga, tetapi jika anda telah tidak bercakap dengan pasangan anda, tidak hiraukan mereka, hanya seketika menjenguk perihal anak-anak, lebih banyak mengadap handphone berbanding berkomunikasi dengan pasangan, dan macam-macam lagi, symptom begini memang disukai oleh iblis.. AWAS!!! ANDA DALAM BAHAYA, buatlah sesuatu.
Doalah agar anda bahagia bersama pasangan hingga ke akhir hayat.

Rumah Lelong: Antara Realiti dan Kesedaran

Pejabat FASSO, Nilai 28hbMei2014 - Pernah sebelum memiliki bangunan pejabat sendiri, pergi mencuba merasai sendiri pengalaman pembelian hartanah secara lelong di Seremban, gara-gara kebanyakan kedai-kedai dan kilang sekitar Nilai adalah milikan bangsa lain ditambah dengan isu-isu yeah.. semua orang akan bercakap memang dan sinonim bila bangsa ni dan bangsa tu, tapi itu tak bermakna orang Melayu tak boleh maju, sebenarnya apa bangsa pun samabahkan Allah nyatakan pun dalam quran, kalau nak mesti berusaha, kalau jadi bangsa apa pun tapi MALAS NAK MAMPOS, maka u damn it. Im serious!!! Ok masuk balik pada artikel ni, ini pun ditulis oleh pelajar praktikal AIMIRAH dari USIM yang aku arahkan dia pergi untuk mempelajari ilmu yang jarang nak dikongsi, berkaitan HARTANAH.
 
"ramai ke yang pergi?, Tanya ku pada Amirah, "UUUIiiiissshhh, ramai sangat ustaz, adalah 6 orang dalam dewan yang muat 300 orang", balas dia. " "Shhhuuhh..."
 
 
Ketika negara sedang membuat persiapan menuju tahun 2020 yang hanya berbaki 6 tahun lagi, ketidakstabilan ekonomi dilihat semakin membimbangkan terutamanya kepada orang Melayu. Ekonomi pada masa kini yang kebanyakannya didominasi oleh orang bukan Melayu menyebabkan masih ramai lagi orang Melayu yang dikelilingi dengan hutang dan mempunyai masalah kewangan. Walaupun kaum Melayu mendominasi Negara ini namun, kebanyakan pemilik tanah terdiri daripada golongan kaum bukan Melayu.  Masih ramai lagi orang Melayu yang hanya berada di tahap biasa-biasa dan tidak mahu menjadi orang yang luar biasa.
 
Ada beberapa faktor yang menyebabkan kurangnya orang Melayu menjadi pemilik tanah, antaranya ialah sikap tidak mahu mengambil tahu. Sikap ini menyebabkan orang Melayu terus berada ditahap yang sama tanpa ada penambahbaikan. Selain itu, keistimewaan orang Melayu yang sudah biasa disubisidi membuatkan orang Melayu sudah berasa selesa dengan keadaan seperti ini. Malah sikap suka mengeluh tanpa melakukan sebarang usaha untuk menjadikan hidup luar biasa membuatkan menjadi punca ekonomi orang Melayu tidak setanding dengan ekonomi orang bukan Melayu. Kebanyakan orang Melayu tidak mahu melabur untuk diri sendiri.
“RM 133,000 – price for Studio Apartment (psf)”
“RM 420,000 –price for Teres House”
“RM 911,000 –price for Semi D House”
 Ini adalah harga rumah pada waktu ini dan dijangka akan meningkat lagi. Satu kajian memberitahu bahawa pada tahun 2020 kelak, rumah teres akan mencecah harga 1 juta. Sesiapa yang mahu membeli rumah pada tahun 2020 mesti mempunya gaji sebanyak RM 12,000 sebulan. Adakah kita, orang Melayu ini mampu untuk mencapai gaji sebanyak itu untuk membolehkan kita memiliki sebuah rumah jika kita masih berasa selesa dengan keadaan kita sekarang ini?? Jadi, jika kita ingin menjadi pemilik tanah dan gain money from our properties, lets gain KNOWLEDGE first!!!

 
There are four types of human in this world which are EMPLOYEE, SELF-EMPLOYED, BUSINESMAN and INVESTOR. Let us think for a while, what kind of human we are now?? The expertise said that most of orang Melayu in the first and second categories which are an EMPLOYEE and SELF-EMPLOYED.  Not many of orang Melayu in the other two categories, BUSINESMAN and INVESTOR. Some will argue and ask is it wrong to be an employee and self-employed? Indeed, there is no wrong with it BUT to stabilize our own economy and finance we MUST involve ourselves in BUSINESS or INVESTMENT.
 
Income can be gained by 3 ways which are earned, portfolio and passive. We earn our income if we are working. If we work we earn our money and if not we earn nothing. We also can gain our income by investment which can be categorized as portfolio. Besides that, passive is the most difficult way which not many of people can gain income by this way. For example, we have a house and we rented it to others and we get money from it.
“LET MONEY WORK FOR YOU”
ASSET vs LIABILITIES.  People will understand asset is properties that belong to us like car, house and so forth. Meanwhile, liabilities are what we are paying like bills and etc. A car can be considered as an asset. But regarding to the expertise, a car can be considered as a liability. WHY??? This is because the expertise defines assets put money in the pocket and liabilities take money from the pocket. A car can be a liability if we just pay for the car like petrol, tolls, and services without gain any profit from it. A brilliant man can gain high profit from his car by renting the car to student, especially until he does not need to pay the car anymore.
“INVEST IN YOURSELF”
KNOWLEDGE is the key to success. Invest in yourself first before blow your money to others. TURN UP is a first good step to change your lifestyle from zero to hero. TURN UP means attend to the expertise and gain knowledge from them.  This is because they already expert and has knowledge on how to be extraordinary people. Even though we must pay some of huge money to them, but the outcomes and output that we gained from them is very   Learn their technics and skills so that we can make a smooth way to achieve our own lifestyle.
Thus, let us TURN UP ourselves to gain more knowledge so we can improve our life better than before. “Letakkan matlamat dalam hidup dan bertindak kea rah merealisasikan matlamat hidup untuk memiliki kejayaan dunia seiring dengan kejayaan akhirat”
Talk given by Dr. Nuradli USIM
 
Diharapkan terbuka mata kita semua, bahawa taqdir hidup manusia adalah atas usaha mereka dan doa kepada Allah SWT. Siapa malas diakan lemas, siapa lambat diakan tersekat, hidup memberi lebih bermakna dari meminta........... BRIM, hehehe


Isnin, 5 Mei 2014

Siapa kata Peguam bukan Pendakwah? Jangan PANDAkwah dah ler...

PejabatBergerakBKK4448, Kajang-Nilai-Batu Kikir - Pasoh, 26hb Mei2014 -  Sambil merenung di jendela, tiba-tiba terlintas persoalan yang ditanyakan oleh hamba Allah, "ustaz, tak salah ke bela orang salah...?" Aku jawab dengan yakin kerana dari darjah 6 aku pernah bertanyakan soalan yang sama kepada seorang ustazah, masih ingat lagi namanya Nurhanim Bin Haji Naim(hampi 20 tahun tidak bertemu), ..."beginilah tuan, sabda nabi SAW dengan mafhum hadith bahawa kita berhukum pada perkara yang zahir, yang jelas dilihat dan dipertimbangkan dengan akal yang waras, maknanya kita tidak tahu lagi seseorang itu BERSALAH atau TIDAK, bahkan seseorang itu belum bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah, melalui perbicaraan dalam mahkamah, kalau pun dia bersalah dan kita(peguam) tahu dia memang bersalah maka bila mewakili pesalah bukanlah menukar tuduhan atas mereka tetapi memohon agar dikurangkan hukuman kerana mereka mengaku perbuatan mereka yang terlanjur itu adalah SALAH, kita bukanlah PENGHUKUM tetapi PENDAKWAH.." 
 
MAKA jelas, inilah visi yang aku lihat, berapa ramai klien yang dating pasti akan aku nasihatkan mereka bahawa keputusan kita ini bermakna kita telah mengenepikan perasaan anak-anak, keluarga dan orang-orang yang membantu kita dahulu semasa majlis kenduri kendara kita, jelasnya kita adalah manusia yang hanya mahu menerima dan jarang memberi. Kalau kitalah berada di tempat anak-anak kita sekarang, tidakkah kita akan mendendami kedua orang tua kita dahulu yang melakarkan aib pada sejarah perjalanan hidup kita, Ingat para pasangan di luar sana, anak-anak yang dukacita semasa dia membesar adalah bapa dan ibu yang dukacita bila mereka membesar.
Semua  orang akan cakap keputusan mereka adalah yang terbaik untuk keluarga, namun fikirkanlah sedalam-dalam-dalam-dalam-dalam-dalam-dalam-dalam-dalam-dalam-dalam-dalam-dalam(nasib baik ada copy paste..hehehe).. Fikirlah sendiri!

Wakil Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) 2014


KUALA LUMPUR - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa kerajaan supaya memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap pentadbiran harta membabitkan orang Islam agar masalah itu dapat diselesaikan secara holistik.
  
Presidennya Musa Awang berkata sehingga hari ini kes melibatkan pentadbiran harta orang Islam seperti pindah milik harta, tuntutan wasiat, faraid dan juga hibah (pemberian harta kepada orang lain semasa pemilik hidup) masih diputuskan oleh Mahkamah Sivil yang kadang kala mengambil masa yang lama.
  
Musa berkata amalan sekarang apabila permohonan pentadbiran harta dibuat di Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi Sivil selepas kematian pemiliknya, sijil Faraid diperlukan untuk menyokong permohonan itu dan waris-waris perlu membuat permohonan di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan sijil itu.

Beliau berkata ini bermakna orang Islam terpaksa menghadiri dua perbicaraan di tempat yang berlainan bagi menyelesaikan pentadbiran harta berbanding orang bukan Islam dan ia akan memakan masa.
  
"Ada sesetengah kes (pentadbiran harta) mengambil masa 10 tahun untuk diselesaikan di Mahkamah Sivil. Sekiranya proses kes itu melibatkan satu mahkamah sahaja iaitu Mahkamah Syariah, ia akan menjimatkan masa dan cepat diselesaikan mungkin antara dua hingga tiga tahun," katanya dalam sidang media di Mahkamah Syariah di Jalan Duta, di sini hari ini.
  
Musa berkata sehubungan itu, PGSM akan mengadakan Konvensyen Peguam Syarie kali ke-3 pada 18 April ini bagi membincangkan beberapa masalah berkaitan pentadbiran harta orang Islam.
  
Musa berkata konvensyen itu dengan tema bertajuk "Perluasan Bidang kuasa Mahkamah Syariah Terhadap Pentadbiran Harta Orang Islam" akan mengumpulkan peguam-peguam syarie dari seluruh negara bagi mendapat kata sepakat dan sepadu bagi mendesak Kerajaan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap pentadbiran harta orang Islam.
  
Beliau berkata PGSM juga boleh membantu memberikan idea dan pandangan kepada kerajaan bagi tujuan penambahbaikan peruntukan undang-undang sedia ada yang memerlukan pindaan, tambahan, pemansuhan atau mencadangkan undang-undang baharu bagi menjamin kesejahteraan umat Islam.

Ini kerana, Musa berkata apabila berlaku kematian, waris mungkin keliru atau tidak tahu di mana harta pusaka si mati boleh diselesaikan sama ada di Amanah Raya Berhad atau Unit Pembahagian Pusaka, Mahkamah Syariah atau Mahkamah Tinggi Sivil.
  
"Jika institusi berlainan yang menguruskan pembahagian harta pusaka, ini akan menimbulkan kecelaruan dan kesukaran kepada waris-waris yang beragama Islam," katanya.
  
Musa menjelaskan pada masa kini, permohonan untuk Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka orang yang meninggal dunia sama ada orang Islam atau bukan Islam dibuat di Mahkamah Sivil.
  
Beliau menegaskan di dalam statut undang-undang Syariah tiada peruntukan khusus berkenaan tatacara permohonan Surat Kuasa Mentadbir.
  
Bagaimanapun beliau berkata di Sabah, terdapat peruntukan yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengeluarkan surat mentadbir.
  
"Kenapa peruntukan seperti di Sabah ini tidak dimasukkan juga ke statut undang-undang negeri lain, supaya masalah umat Islam dapat diselesaikan secara holistik," katanya. - Bernama

Isnin, 14 April 2014

PERMOHON HAK PENJAGAAN ANAK (HADHANAH)

Bila berlaku  penceraian, maka pihak-pihak yang ego dengan tindakan masing-masing akan mengenepikan perasaan anak-anak mereka walaupun mereka kata mereka sayang dan lakukan demikian kerana mementingkan anak-anak. Inilah gambaran biasa atau lebih tepat lagi wayang-wayang yang dimainkan oleh ibu atau bapa sedangkan pada hakikatnya soal mereka adalah lebih utama berbanding anak-anak. Bahkan lebih buruk lagi bila ada pihak-pihak yang melarikan anak-anak tadi dan membawanya ke tempat yang tidak dapat dihubungi oleh pihak-pihak lain. Maka bergegaslah mereka mencari saluran yang boleh mendapatkan hak penjagaan bagi anak-anak mereka atau lebih dikenali sebagai HADHANAH.
 
    Seksyen 82 Enakmen Keluarga Islam Perak Tahun 2004 memperuntukkan Orang-Orang Yang Berhak menjaga Kanak-Kanak.Di Mahkamah Syariah Perak lazimnya, pasangan yang telah bercerai akan memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah Hak Penjagaan untuk menetapkan Penjaga anak-anak mereka samaada Hak Penjagaan anak diberikan kepada Ibu ataupun Bapa. Mengikut seksyen 82 Enakmen Keluarga Islam Perak Tahun 2004, mana-mana pihak bapa atau ibu atau mana-mana pihak yang berkepentingan boleh menuntut Hak Penjagaan Anak walaupun ibu atau bapa kanak-kanak yang dituntut belum berpisah atau bercerai.
    Biasanya penjagaan anak-anak dibawah umur 9 Tahun adalah tertakluk kepada perintah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah manakala anak-anak yang berumur 9 Tahun ke atas adalah tertakluk kepada kehendak anak-anak itu samada mahu tinggal bersama Bapa atau Ibu. Di Mahkamah Tinggi Syariah, anak-anak yang berumur 9 Tahun ke atas yang menjadi pertikaian akan dipanggil oleh Hakim di dalam Kamar untuk Hakim bertanyakan siapakah penjaga yang mereka mahukan.
    Di Mahkamah Syariah Perak, Permohonan Hak Penjagaan Anak ( Hadhanah) hendaklah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang berpejabat di Mahkamah Syariah Perak, Aras 5, Jalan Pari, Off Jalan Tun Abdul Razak, 30100, Ipoh, Perak.
Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi proses penfailan kes :-
•Saman dan Penyata Tuntutan ( Hendaklah ditaip sendiri oleh Pemohon)
•Kad Pengenalan Plaintif (Pemohon)
•Sijil Nikah atau Sijil Cerai ( Ibu dan bapa kanak-kanak)
•Surat Beranak anak-anak
•Repot Polis ( Jika Ada )
•Dokumen-Dokumen yang menyokong permohonan.

Isnin, 24 Mac 2014

Pejabat Tetuan Fakhrurrazi Associates

Wisma Ar Razi yang juga merupakan pejabat rasmi bagi Firma Guaman Tetuan Fakhrurrazi & Associates. Terletak di Bandar Baru Nilai bertentangan dengan Masjid Putra Nilai Negeri Sembilan merupakan lokasi strategik bagi laluan ke selatan dan juga Sepang bagi menuju ke Lapangan Terbang KLIA. Berhampiran dengan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Negeri Sembilan, Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan dalam lingkungan emas Mahkamah Rendah Syariah Kajang Hulu Langat Selangor.
 
Dirasmikan pada awal bulan Februari 2014 merupakan pejabat guaman cawangan ke 3 selepas di Diamond Square Kuala Lumpur dan Sungai Ramal Dalam Kajang Selangor. Penubuhan cawangan ke-3 ini adalah bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan khidmat konsultasi guaman yang terbaik dari yang pakar di sebelah Selatan dan kawasan sekitar yang terdekat seperti di Bandar Sri Putra, Enstek, Kota Sri Emas, Banting, Sepang, KLIA dan Bandar Baru Salak Tinggi.
 Memilih tema kondusif, mesra dan efisyen adalah bagi menyantuni hati-hati pelanggan yang sediakala menghadapi masalah rumahtangga yang menyerabutkan pemikiran mereka dan merasa tenang sebaik sahaja melangkah kaki ke pejabat guaman bagi menceritakan perihal yang berlaku dalam hidup mereka. Disamping kakitangan firma yang mesra dan memudahcarakan sesuatu sudut pandang terhadap kes yang mereka hadapi atau disaman agar dugaan yang mereka hadapi dapat diatasi dengan rasa yakin pada Allah yang akan menyelesaikannya.
Firma guaman juga menggunakan teknologi terkini bagi menjelaskan perancangan perjalan sesuatu kes terutama kes-kes yang rumit kepada pihak pelanggan agar mereka meyakini dan memberikan kepercayaan sepenuhnya dalam pihak peguam menjayakan hasrat para pelanggan selari dengan tuntutan syariah dan efisiensi.
 Tempoh sesuatu kes didaftarkan dan diambil tindakan oleh pihak firma guaman adalah sesegera yang boleh agar merit kes yangdiuruskan oleh firma mencapai objektif dan mengikut tuntutan pelanggan secara professional. Susunan index pemfailan juga membuktikan firma guaman membuktikan kekemasan dan ketelitian dalam mengendalikan sesuatu kes agar mencapai kepuasan pelanggan semaksima mungkin.
 Ruang bacaan dan rujukan kitab-kitab terkini mencerminkan penghujahan berdasarkan sumber hukum syarie tidak dibuat dengan sambil lewa bahkan menunjukkan kesungguhan firma memberikan perkhidmatan yang terbaik.
 Ruang perbincangan yang privasi dan etika guaman yang disanjung setinggi langit agar para pelanggan tidak merasa takut dan kecewa dengan kerahsiaan kes mereka.
 Para peguam yang berdedikasi dan firma guaman yang beramal di seluruh negeri-negeri di Malaysia menunjukkan kesungguhan membantu para pelanggan yang menghadapi masalah bukan sahaja berkaitan perkahwinan tetapi juga menyatukan usaha pelanggan yang telah berpindah dan bermastautin di tempat lain tetapi menggunakan khdimat guaman yang sama dan dipercayai tanpa perlu mengalihkan khidmat kepada peguam lain.

"Kami berkhidmat kerana ALLAH, khidmat professional kami persembah, bersama kami berusaha mengubah, usaha tawakkal kepada ALLAH, hanya DIA kami berserah..."