Dalam membicarakan isu sensitif di negara kerana ianya menyentuh perihal agama lain jelas peruntukan Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-undang bertulis negara mengangkat darjat Islam sebagai agama rasmi namun meraikan agama-agama lain selain Islam untuk dipraktikkan di negara dengan aman dan harmoni.
Maksud permohonan keluar Islam yang mudah difahami oleh orang awam iaitu satu pengisytiharaan status Islam mengikut rekod pendaftaran negara kepada bukan Islam atau agama lain setelah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di negara ini.
Hal ini berbeza keadaannya di Singapura sebagai contoh, deklarasi beragama boleh diperoleh melalui pengakuan bertulis secara rasmi daripada peguam dan pendaftaran di rumah ibadat atau agensi sesuatu agama yang mahu dianuti. Bagi yang mahu memeluk Islam boleh lah ke Arqam iaitu agensi di bawah MUIS(Majlis Ugama Islam Singapura) dan bagi agama-agama lain boleh ke rumah ibadat mereka. Dalam erti kata lain, kebebasan memilih agama sangat mudah sehingga dijangkakan boleh menukar agama setiap hari mengikut keimanan individu tersebut.
Perihal ini sama dengan keadaannya di Indonesia dalam bertoleransi dalam agama dengan merujuk prinsip Pancasila. Hal ini akan dikupas lebih lanjut kerana peguam-peguam utama FASSO baharu sahaja pulang dalam melakukan penyelidikan sistem perundangan di Indonesia di Pengadilan Agama Jawa Tengah.
Oleh yang demikian, polimik skeptikal yang dilontarkan oleh sebahagian masyarakat yang tidak memahami perundangan adalah perlu dijelaskan tujuan undang-undang itu dilaksanakan bagi menegah dan mencegah status agama ini dipermainkan apatah lagi hal yang menyangkut tentang keimanan dan kesucian agama. Maka sebarang permohonan keluar Islam atau murtad hendaklah diputuskan melalui bidangkuasa Mahkamah Syariah sebagai contoh seperti berikut, dan FASSO adalah firma yang berpengalaman dalam mengendalikan hal ini.
ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN XI - AM
Seksyen 119. Keluar daripada Agama
Islam
(1) Seseorang Islam tidak boleh
keluar daripada Agama Islam atau disifatkan telah meninggalkan Agama Islam
sebagai agamanya melainkan jika dan sehingga dia telah memperoleh suatu
perisytiharan bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Suatu permohonan bagi
perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara ex parte
kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam mahkamah terbuka oleh orang yang
berhasrat untuk meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya.
(3) Suatu permohonan di bawah subseksyen
(2) hendaklah menyatakan alasan-alasan yang berdasarkannya pemohon berhasrat
untuk meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya dan hendaklah disokong oleh
suatu afidavit yang menyatakan semua fakta yang menyokong alasan permohonan
itu.
(4) Setelah diterima permohonan di
bawah subseksyen (2), Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang mendengar permohonan
tersebut hendaklah—
• (a) menasihati orang itu
supaya bertaubat, dan jika Hakim berpuas hati orang itu telah bertaubat
mengikut Hukum Syarak, hendak merekodkan taubat orang itu; atau
• (b) jika orang itu enggan
bertaubat, sebelum membuat apa-apa perintah terhadap orang itu, menangguhkan
pendengaran permohonan itu untuk tempoh 90 hari dan pada masa yang sama
menghendaki pemohon untuk menjalani sesi runding cara dan bimbingan bagi maksud
menasihati pemohon untuk menimbang semula Agama Islam sebagai agamanya.
(5) Jika pada bila-bila masa orang
yang dikehendaki menjalani sesi runding cara dan bimbingan itu telah bertaubat,
pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan
dengan secepat mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi
Syariah.
(6) Jika Hakim berpuas hati bahawa
orang yang dikemukakan di hadapannya mengikut subseksyen (5) telah bertaubat
mengikut Hukum Syarak, Hakim itu hendaklah merekodkan taubat orang itu.
(7) Jika setelah habis tempoh 90
hari yang disebut dalam perenggan (4)(b), orang itu masih enggan
bertaubat, maka pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan
suatu laporan dengan secepat mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah
Tinggi Syariah.
(8) Jika setelah diterima laporan
yang disebut dalam subseksyen (7), Mahkamah berpendapat bahawa harapan masih
ada untuk orang itu bertaubat, maka Mahkamah boleh menangguhkan pendengaran
permohonan orang itu di bawah subseksyen (2) dan pada masa yang sama
memerintahkan orang itu supaya menjalani sesi runding cara dan bimbingan yang
selanjutnya selama tempoh yang tidak melebihi satu tahun.
(9) Jika selepas perintah di bawah
subseksyen (8) dibuat, orang itu bertaubat, maka subseksyen (5) dan (6)
terpakai.
(10) Jika setelah habis tempoh yang
diperintahkan di bawah subseksyen (8) dan orang itu masih enggan bertaubat,
pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan
dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah boleh
membuat keputusan untuk mengisytiharkan bahawa orang itu meninggalkan Agama
Islam sebagai agamanya.
(11) Sebelum Mahkamah mengiytiharkan
bahawa orang itu telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya, Mahkamah
hendaklah membuat perintah mengenai perkara yang berikut:
• (a) pembubaran perkahwinan;
• (b) pembahagian harta
sepencarian;
• (c) hak perwalian;
• (d) hak pusaka; dan
• (e) hadhanah.
Bagi sesetengah negeri, permohonan keluar Islam adalah dilarang untuk dikendalikan oleh peguam-peguam muslim maka sebaiknya kepada pihak-pihak yang berhasrat untuk keluar Islam yang menepati syarat-syarat sebagaima diperuntukkan dalam seksyen di atas berjumpa dengan peguambagi mendapatkan khidmat rundingan terlebih dahulu.
Hubungi kami FASSO
014 642 0014
Hubungi kami FASSO
014 642 0014