22hb JUN 2016- kerapkali hal ini berlaku di zaman mutakhir ini dan ianya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja samada isteri seorang ustaz mahupun lebih lagi. Artikel ringkas ini bukan mahu menuding jari kepada siapa termasuklah para suami namun akan diutarakan cadangan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda rumahtangga ini,
Memilih wanita hodoh bukanlah jawapan kepada tajuk isu semasa di atas termasuk juga menyembunyikan wanita dengan memakai niqab mahupun mengurung isteri daripada sebarang komunikasi termasuklah media sosial atau kejiranan. Mana ada orang di zaman ini yang hidup bersendirian bahkan masyarakat di zaman batu purba termasuklah paliolitik, mesolitik mahupun lipstik pasti akan bergaul dan berhubungan antara lelaki dan wanita bahkan dijelaskan oleh Allah di dalam al Quran ayat 13, dijadikan manusia lelaki dan wanita itu kamu berkenalan antara satu sama lain.
Namun mengapa wanita menjadi isu batang tubuh terhadap hal kecurangan bukankah lelaki atau sang suami yang seringkali bermain kayu tiga dan empat?
Bayangkan pengalaman dalam mengendalikan firma guaman da bahagian syariah sahaja sekiranya 10 kes berkaitan kecurangan 9 daripadanya disebabkan wanita. Kantoi dengan bekas boyfirend di sekolah lah, jumpa duda kayalah dan pelbagai lagi menjadikan institusi keluarga di Malaysia huru hara dan haru biru.
PUNCA WANITA CURANG
- Niat bersama dengan pasangan sekarang tidak jujur dan ikhlas dan kerana itu mereka bertemu dengan lelaki lain yang juga berniat jahat seperti merea. Allah dorongkan mereka dalam sekelompok manusia yang juga berniat yang sama.
- Tekanan hidup dengan mahukan gaya hidup mewah
- Kurang kasih sayang dari pasangan yang sedia ada termasuklah merasa kesunyian dengan pasangan yang ada kerana masing-masing sibuk bekerja
- Tidak tahu batasan agama
- Godaan luar termasuklah lelaki yang jahat
- Kisah silam
- Kepuasan seksual yang kurang dari pasangan sekarang
- Campurtangan orang luar dalam rumahtangga
LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
- Perbetul niat dalam berumahtangga, tujuan berkahwin dengan pasangan sekarang samada inginkan keseronokan atau betul-betul mahu bersama sehingga jodoh yang terakhir
- Tutup segala lubang-lubang yang boleh berlaku kecurangan, telefon contohnya dengan group Whatsapp dan pelbagai lagi mahupun apa-apa alasan yang nampak baik pada zahirnya sahaja seperti reunion sedangkan itu semua jalan syaitan menghancurkan mereka.
- Minta izin dalam sebarang penggunaan applikasi sosial dengan suami termasuklah untuk adakan group whatsapp dengan kawan-kawan sekerja dan sebagainya.
- Berdoalah kepada Allah agar pasangan dan diri kita jauh dari perkara yang menjatuhkan martabat seorang isteri sehingga melakukan maksiat.
- Lihatlah wajah suami dan anak-anak yang menyangka andalah seorang isteri dan ibu mithali dan terbaik dalam hidup mereka dan jangan hancurkan harapan mereka dan menjadi punca keluarga porak peranda di masa hadapan.