Isnin, 15 September 2014

Tidakkan yang telah biasa, tapi biasakan yang tidak-tidak

OfisKajang, 16hbSeptember2014 - Selamat Hari Malaysia, pagi-pagi terpandangsatu topik yang boleh menjadi punca keretakan rumah tangga bila ada 2 personality yang sangat berbeza dalam hubungan suami isteri. sebenarnya kita kena berfikiran positif. ada yang baik dan ada yang perlu diperbaiki dalam semua hal. mana ada orang yang sentiasa sempurna. dan biasanya kalau bergaduh suami isteri saling menuduh itulah tanda EGO tapi tidak ada pasangan yang akan mengaku. 
 
 
Macam-macam yang telah dilaporkan oleh media samada cerita pasal isteri atau pasal suami. mungkin kita cari positif dalam negative nya tersebut. atau kita sewajarnya buat yang sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambar kartun di bawah. Beberapa persoalan seperti ini kena dijawab dengan jujur:
1) Adakah isteri membebel semenjak pertama kali berkenalan?
 
2) Setuju atau tidak isteri membebel sebaik sahaja dia menjadi isteri kita?
 
3) Setuju atau tidak dalam bebelan isteri ada yang ditegur oleh isteri?
 
4) Setuju atau tidak kerana perbezaan cara hidup sebelum ini, seperti kita suka campakkan pakaian atas sofa apabila pulang dari kerja berbanding letakkan dalam bakul pakaian untuk dibasuh, sebab itulah isteri bebel?
 
5) Setuju atau tidak sebenanya isteri juga penat bekerja dan apabila pulang kita tidak ke dapur tetapi ke depan tv?
kalau jawapan soal balas ini banyak yang anda setuju maka bersyukurlah isteri anda masih waras untuk membebel
 
Macam-macam yang telah dilaporkan oleh media samada cerita pasal isteri atau pasal suami. mungkin kita cari positif dalam negative nya tersebut. atau kita sewajarnya buat yang sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambar kartun di bawah.

Tapi jika lama sangat membebel juga adalah tidak sihat, sebab tu gambar di atas adalah pasangan yang agak berumur yang tutup mulut isterinya supaya dia boleh focus pada pemanduannya. hehehehe... sebab banyak dah yang diceritakan bersama.

 Cuba anda muhasabah begini,

1) Jika isteri tidak membebel, sunyi pula rumah anda, terpaksalah anda kuatkan suara radio atau tv

2) Bila senyap sahaja, anda akan kata isteri tidak pedulikan anda, Tanya sepatah jawab sepatah

3) Kalau nak senyap pergi perpustakaan la

4) Isteri berleter sebab tak suka dengan tingkah laku kita, cuba jangan buat isteri tak suka dan lihat kesannya, adakah bebel lagi?

5) Kalau lihat pada kes mahkamah, jika tak nak isteri bebel maka tambahlah isteri sebab bukan bebel yang anda dapat, tapi MAKI.. hahahha..


Pernah satu Malaysia gempar dengan kes lelaki belasah isterinya dalam lif, hem, tetapi bila baca kisah selanjutnya sebagai seoraang suami yang baca maka terasa macam ambik kau.. tapi jika komen seorang wanita pula ialah tak guna punya jantan.. 2&@%^&%#^@!!!

Pada zaman Saidina Umar RA  Ada suatu kisah ketika itu, di mana terdapat sepasang suami isteri yang acapkali bertengkar. Hal ini bermula kerana si suami tidak tahan akan leteran si isteri. Si isteri sering berleter tidak kira ketika memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya sehingga menipiskan tahap kesabaran si suami.
Bermula dari leteran itu, membuahkan pergaduhan antara si suami dan isteri ini. Suatu ketika, suami ini sudah tidak tahan lagi, maka dia berhasrat untuk mengadukan hal tersebut kepada Saidina Umar r.a yang merrupakan pemerintah ketika itu. Ketika tibanya si suami ini di kediaman saidina Umar, dia terkejut kerana mendengar leteran isteri Saidina Umar.
Namun dia mendapati tidak sedikit pun Saidina Umar membalas leteran isterinya itu. Lalu dia berfikir, “Bagaimana Saidina Umar ingin membantuku, sedangkan dia sendiri punya masalah sepertiku”. Belum sempat si suami beredar, Saidina Umar menegurnya dan bertanyakan hajatnya ke mari.
 
Lalu dia menceritakan permasalahannya kepada Umar. Para pembaca ingin tahu apa yang Saidina Umar katakan?
“Wahai si fulan, tidak patut rasanya jika aku tidak bersabar dengan karenah isteriku sedangkan dia sudah banyak berkorban untukku. Memasak untukku. Membasuh untukku. Menyiapkan keperluanku. Bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku. Bersabarlah, keadaannya itu tidak lama. Dia pasti akan baik sendiri".


KESIMPULANNYA, kalau tidak mahu isteri berleter cari lah isteri yang BISU. hehehe..