SOALAN:
Saya ingin bertanyakan tentang hukum talak. Situasinya begini, ketika sedang makan kami berborak dan ada perkara yg suami tidak bersependapat dengan saya, lantas suami menyoal begini pada saya..., "kau nak aku ceraikan kau ke?"saya terus terdiam dan selepas marahnya reda kami berbaik semula.
Situasi kedua: 3 bulan lalu ketika kami pergi bercuti, dalam kereta semasa sesat mencari jalan suami marah-marah saya sehinggakan suami menyoal "kau nak talak berapa 1,2,3? cakap dgn aku..." Pertanyaan suami itu seolah-olah bertujuan untuk mengugut dan menggertak saya. Tak lama kemudian marahnya reda kami berbaik semula dan saling menyayangi. Perkara ni berlaku bila mana saya menjawab kata-kata suami kerana kami sering tidak bersependapat dalam sesetengah perkara. Adakah jatuh talak ke atas saya?
PENJELASAN:
Talak merupakan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Sabda Nabi Muhammad saw, "Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talak." Talak tidak mendatangkan dosa jika ia dilakukan mengikut garis panduan yang dinyatakan dalam Islam. Berdasarkan isu yang dibangkitkan, dalam kedua-dua situasi tersebut, tiada talak yang berlaku. Ini disebabkan suami hanya mengemukakan soalan, "kau nak aku ceraikan kau ke?", "kau nak talak berapa 1,2,3? cakap dgn aku...". Bahkan ada kes-kes yang dilaporkan sehingga talak 1000, goram bobonar agak e..
Dalam kedua-dua lafaz ini tiada bukti yang menunjukkan suami telah melafazkan talak dan tiada bahasa kiasan yang menunjukkan suami hendak menjatuhkan talak. Namun, suasana ini tidak boleh diteruskan. Pertengkaran yang melahirkan kemarahan adalah perbuatan yang dipengaruhi oleh Syaitan. Syaitan memang suka jika suami isteri bercerai berai. Pertengkaran antara suami isteri merupakan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Ini disebabkan pertengkaran akan menghilangkan perasaan kasih sayang antara pasangan, di mana kasih sayang merupakan antara objektif utama disyariatkan sesuatu perkahwinan.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21, yang bermaksud, “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Jabir melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Iblis meletakkan istananya di atas air. Kemudian dia menghantar bala tenteranya. Tentera yang paling rapat dengan Iblis ialah tentera yang paling besar melakukan fitnah terhadap manusia. Datang seorang tentera lalu berkata kepada Iblis, ‘Aku sudah melakukan begini dan begini.’ Iblis menyanggah, ‘Engkau tidak lakukan apa-apa pun.’ Datang seorang tentera lain, ‘Aku sudah menggoda seorang lelaki sehingga dia menceraikan isterinya.’ Iblis lantas mendekati tenteranya itu, lalu berkata, ‘Engkaulah orang yang paling rapat dengan aku.’” (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim)
Sekiranya masih ragu-ragu tentang status perkahwinan samada talaq telah jatuh atau tidak kita hendaklah mendapatkan pengesahan lafaz talaq dari pihak Mahkamah samada melalui peguam syarie atau tidak dan bukannya dengan merujuk kepada ustaz atau imam masjid kerana mereka tidak mempunyai autoriti yang muktamad dan hanya sekadar pandangan berbeza dengan keputusan mahkamah.